Perbadanan Penyiaran British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perbadanan Penyiaran British (BBC)
BBC.svg
Jenis Siaran radio dan televisyen
Negara Bendera United Kingdom United Kingdom
Ketersediaan Negara; antarabangsa (melalui BBC Sejagat, Perkhidmatan Dunia BBC dan bbc.co.uk)
Cogan kata "Negara Akan Mencakapkan Keamanan Kepada Negara" (Nation Shall Speak Peace Unto Nation)
Slogan "Inilah apa yang kami buat" (This is what we do) (Digunakan untuk berbagai-bagai treler iklan BBC)
Tokoh utama Michael Grade (Pengerusi),
Mark Thompson (Ketua Pengarah)
Tarikh pelancaran 1922 (radio)
1927 (pemerbadanan)
1932 (televisyen)
Nama lampau British Broadcasting Company Ltd (1922-1927)
Laman web
www.bbc.co.uk


Perbadanan Penyiaran British, biasanya dikenali sebagai BBC, ialah perbadanan penyiaran yang terbesar di dunia dari segi jumlah penonton, dan menggaji 26,000 orang pekerja di United Kingdom pada dirinya, dengan peruntukan belanja sebanyak £4 bilion (AS$7.9 bilion). [1]

Diasaskan pada tahun 1922 sebagai Syarikat Penyiaran British, ia kemudian diberikan Piagam Diraja dan dijadikan sebuah perbadanan bebas yang dimiliki oleh kerajaan pada tahun 1927. Perbadanan ini menerbitkan rancangan dan membekalkan perkhidmatan maklumat dalam televisyen, radio, dan internet.

Misi BBC dinyatakan sebagai "memberitahu, mendidik, dan menghibur", [2] dengan cogan katanya, "Negara Akan Mencakapkan Keamanan Kepada Negara" (Nation Shall Speak Peace Unto Nation).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Garis masa BBC

Syarikat Penyiaran British yang asal ditubuhkan pada tahun 1922 oleh sekumpulan syarikat telekomunikasi (termasuk anak syarikat General Electric dan AT&T) untuk menyiarkan perkhidmatan radio percubaan. Rancangan pertama disiarkan pada 14 November 1922 dari stesen 2LO yang terletak di Rumah Marconi, London.[3]

Syarikat Penyiaran British, dengan John Reith sebagai pengurus besarnya, kemudian menjadi Perbadanan Penyiaran British pada tahun 1927 apabila ia diiktiraf sebagai perbadanan Piagam Diraja dan tidak lagi merupakan sebuah syarikat persendirian. BBC memulakan penyiaran televisyen percubaan pada tahun 1932 dengan menggunakan sistem 30-talian mekanik penuh. Sistem ini diperkembangkan oleh John Logie Baird. BBC kemudian membekalkan perkhidmatan yang tetap (dikenali sebagai Perkhidmatan Televisyen BBC) pada tahun 1936. Ketika itu, sistem BBC bersilih ganti antara sistem 240-talian mekanik Baird dan sistem 405-talian EMI elektronik penuh. Keunggulan sistem elektronik memperlihatkan sistem mekanik ditamatkan pada akhir tahun tersebut.

Penyiaran televisyen tergendala antara 1 September 1939 hingga 7 Jun 1946 semasa Perang Dunia II. Sebuah mitos bandar yang dilaporkan secara meluas mengatakan bahawa apabila perkhidmatan disambung semula, juruhebah Leslie Mitchell bermula dengan berkata: "Seperti yang saya berkata sebelum saya diganggu dengan biadab..." Sebenarnya, orang pertama yang muncul apabila siaran disambung semula ialah Jasmine Bligh, dan perkataan-perkataannya ialah: "Selamat petang para penonton. Apa khabar? Adakah kamu ingat akan saya, Jasmine Bligh...?" [4]

Persaingan terhadap BBC diperkenalkan pada tahun 1955 dengan kemunculan ITV, sebuah televisyen komersil yang bebas. Disebabkan oleh laporan Pilkington pada tahun 1962 yang memuji BBC dan membidas ITV kerana tidak memberikan rancangan bermutu yang cukup, [5] BBC diberikan kebenaran untuk memulakan saluran TV yang kedua (BBC 2) pada tahun 1964. Dengan itu, salurannya yang lama dinamai semula sebagai BBC 1. BBC 2 disiarkan dengan warna mulai daripada 1 Julai 1967, diikuti oleh BBC 1 dan ITV pada 15 November 1969.

Pada tahun 1974, CEEFAX, perkhidmatan teleteks, diperkenalkan tetapi tidak disiarkan secara in-vision sehingga awal April 1980. Pada tahun 1978, BBC mogok sejurus sebelum Hari Krismas dan dengan itu, menyekat semua penyiaran kedua-dua saluran televisyen dan menyatukan keempat-empat stesen radionya.

Sejak pembatalan kawal selia pasaran televisyen dan radio United Kingdom pada dekad 1980-an, BBC telah menghadapi persaingan yang semakin meningkat dari sektor komersil (dan dari Saluran 4, syarikat penyiaran awam yang dibiayai oleh pengiklan), khususnya perkhidmatan-perkhidmatan televisyen satelit, televisyen kabel, dan televisyen digital.

Bahagian Penyelidikan BBC telah memainkan peranan yang utama dalam pengembangan teknik-teknik penyiaran dan perakaman. Pada masa awal, ia menjalankan penyelidikan yang penting dalam akustik, tingkat penyiaran rancangan, dan pengukuran hingar.

Penyiasatan Hutton pada tahun 2004 dan laporan-laporan susulannya menimbulkan kesangsian tentang piawai kewartawanan dan keberkecualian BBC yang akhirnya mengakibatkan peletakan jawatan ahi-ahli pengurusan atasannya ketika itu.

Perbadanan[sunting | sunting sumber]

Piagam Diraja[sunting | sunting sumber]

BBC merupakan syarikat awam separa berautonomi yang beroperasi sebagai syarikat penyiaran awam yang ditubuhkan di bawah Piagam Diraja yang dikaji semula setiap 10 tahun; maka secara teknikal BBC merupakan separa pertubuhan bukan kerajaan (quango) dan perbadanan awam tidak berjabatan, sungguhpun jarang dianggap sedmikian kerana perbadanan ini ditubuhkan lama sebelum wujudnya istialh ini. Sehingga 2007, Perbadanan ini dikendali oleh sebuah lembaga gabenor yang dilantik oleh Raja atau Ratu British atas nasihat kerajaan untuk satu penggal empat tahun, tetapi mulai 1 Januari 2007 Lembaga Gabenor-Gabenor ini diganti oleh BBC Trust. BBC dikehendaki oleh piagamnya untuk memastikan dirinya bebas dari pengaruh politik dan komersial serta hanya menyambut kehendak penonton dan pendengarnya.[6]

LIhat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pharr, Susan; Krauss, Ellis (ed.) (1996). Media and Politics in Japan. Percetakan Universiti Hawaii. m/s. m.s. 5. ISBN 824817613. 
  2. "Laman web BBC: Mengenai BBC - Tujuan dan nilai". http://www.bbc.co.uk/info/purpose/. Capaian 2006-07-06. 
  3. "Pejabat Akhbar BBC: Tarikh-tarikh utama BBC". http://www.bbc.co.uk/pressoffice/keyfacts/stories/keydates.shtml. Capaian 2006-10-28. 
  4. "Baird: Sunting yang menulis semula sejarah". http://www.transdiffusion.org/emc/baird/tvoff.php. Capaian 2006-08-11. 
  5. "Laman web BBC: Jawatankuasa Penyiasatan (m.s. 4)". http://www.bbc.co.uk/heritage/more/pdfs/committees_of_enquiry.pdf. Capaian 2006-09-30. 
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan charter tidak disediakan

Biblilografi[sunting | sunting sumber]

  • Briggs, Asa. The BBC - The First Fifty Years – versi ringkas untuk sejarah 5-jilid yang ditulis oleh pengarang yang sama. Percetakan Universiti Oxford, 1985. ISBN 0-19-212971-6
  • Coulton, Barbara. Louis MacNeice in the BBC – penulis dan penerbit dalam Jabatan Rencana radio BBC dari 1941 hingga 1961. Faber & Faber, 1980. ISBN 0-571-11537-3
  • Gilder PhD., Eric. Mass Media Moments in the United Kingdom, the USSR and the USA – Latar belakang sejarah yang berkait dengan British Broadcasting Company Ltd, syarikat-syarikat pengasas, hubungan rentas Atlantik; sistem pelesen Pejabat Pos Besar; pesaing-pesaing komersil dari Eropah sebelum Perang Dunia II dan luar pesisir pada 1960-an. "Lucian Blaga" Percetakan Universiti Sibiu, Romania. 2003. ISBN 973-651-596-6
  • Milne, Alasdair. Memoirs of a British broadcaster – Sejarah peristiwa satelit perisikan Zircon yang ditulis oleh seorang bekas Ketua Pengarah BBC. Sebuah siri rancangan radio BBC yang dipanggil "Kongsi Gelap" (The Secret Society) menyebabkan pihak polis di kedua-dua England dan Scotland menyerang dan merampas dokumen-dokumen BBC sebagai sebahagian kempen penapisan kerajaan. Coronet, 1989. ISBN 0-340-49750-5
  • Moran, Lord. - Churchill at War 1940 to 1945 - The Memoirs of Churchill's Doctor, dengan pendahuluan oleh anak Lord Moran, John, Lord Moran kini. Diari ini yang memberikan gambaran Churchill yang mendalam ditulis oleh Sir Charles Watson (Lord Moran yang tua), pakar perubatan peribadi kepada Churchill, yang menghabiskan tahun-tahun perang dengan Perdana Menteri. Dalam diarinya, Moran juga mencatat wawasannya terhadap perangai Churchill, termasuk saat-saat apabila Churchill tidak hemat, dan pandangannya terhadap peristiwa BBC disusupi anggota komunis. Carroll & Graf, 2002. Penerbitan semula ISBN 0-7867-1041-1
  • Parker, Derek. David & Charles. Radio: The Great Years – Sejarah rancangan radio BBC sejak dari permulaan sehingga tarikh penerbitan. 1977. ISBN 0-7153-7430-3
  • Spangenberg, Jochen. The BBC in Transition. Reasons, Results and Consequences – Merangkumi huraian tentang BBC dan faktor-faktor mempengaruh dari luar sehingga 1996. Deutscher Universitaetsverlag. 1997. ISBN 3-8244-4227-2
  • Wilson, H.H. Pressure Group – Sejarah perjuangan politik untuk memperkenalkan televisyen komersil di United Kingdom. Percetakan Universiti Rutgers, 1961.
  • West, W.J. Truth Betrayed – Penilaian kritis terhadap BBC, London, 1987. ISBN 0-7156-2182-3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]