Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Maklumat umum
JenisPerpustakaan awam
Ditubuhkan15 September 1979
No. telefon609-622 1100 / 609-622 0052
Laman sesawangtrglib.gov.my Sunting ini di Wikidata
Lokasi
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
LokasiPerbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Jalan Kemajuan, Padang Hiliran, 21572 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) merupakan sebuah Badan Berkanun Negeri, ia telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu Bil.7 Tahun 1974 dan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 6 Julai 1974.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Februari 1976, satu mesyuarat pertama penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah diadakan dengan pembentukan satu Jawatankuasa kerja dengan peruntukan awal sebanyak RM20,000.00 oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan tersebut. Hasilnya bangunan Tun Abd. Razak telah dibina pada awal 1977 oleh Kerajaan dengan perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta.

Enakmen ini telah dikuatkuasakan dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1977, di pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di Bangunan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Bukit Che Long, Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu. Ia kemudiannya dipindahkan ke Bangunan Wisma Darul Iman (kini Wisma Negeri) pada 29 Jun 1977 bersama pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu di bilik perpustakaan pejabat tersebut di tingkat lima.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Awam Terengganu cawangan Marang

Pada 1 November 1978 beberapa orang kakitangan baru telah mula diambil untuk mengisi kekosongan di dalam pelbagai jawatan terutama di bahagian pentadbiran dan pengurusan perpustakaan. Kerja-kerja pembelian dan pemerosesan buku dilakukan dengan lebih giat. Pada bulan April 1979 pembinaan Bangunan Tun Abdul Razak siap sepenuhnya . Pada 13 April 1979 adalah hari yang bersejarah bagi warga perpustakaan kerana dapat menduduki bangunan sendiri iaitu Bangunan Tun Abdul Razak di Jalan Paya Bunga (kini Jalan Sultan Ismail). Pada 29 Jun 1979, bangunan ini telah dibuka dengan rasminya oleh Al Marhum DYMM Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni AlMarhum Sultan Zainal Abidin.

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu memulakan perkhidmatannya pada 15 September 1979 dan mulai 1 Januari 1980 telah memperluaskan kepada perkhidmatan pinjaman. Semenjak itu , Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu terus berkembang pesat dan mempunyai rangkaian perkhidmatan perpustakaan di daerah Besut, Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun , Marang, Setiu dan Pekan Kerteh. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu juga menubuhkan Perpustakaan Bergerak dan Perpustakaan Desa di seluruh pelosok negeri Terengganu bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat. Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu mempunyai kakitangan seramai 156 orang. Dari jumlah tersebut seramai 7 orang adalah kakitangan profesional.[1]

Naik taraf[sunting | sunting sumber]

Hasil dari perkembangan ilmu dan maklumat yang kian pesat, bangunan perpustakaan ini tidak lagi mampu menampung jumlah pengunjung dan menempatkan koleksi bahan yang sedia ada.Jesteru itu wujudlah perancangan untuk menyediakan sebuah perpustakaan baru yang lengkap bagi memenuhi keperluan masyarakat serta menampung dan menyokong kegiatan penyelidikan dan pembacaan.Tapak seluas 5.5 ekar di Padang hiliran telah diperuntukan untuk pembinaan perpustakaan Negeri Terengganu. Bangunan setinggi 5 tingkat ini yang menelan belanja RM33 juta telah siap sepenuhnya pada penghujung Jun 2001 manakala perasmian bangunan telah disempurnakan oleh DYMM Al Sultan Terengganu pada Ahad, 22 Julai 2001 sempena sambutan ulangtahun keputeraan baginda yang ke-39.[perlu rujukan]

Pengurusan dan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Peneraju Perkhidmatan Perpustakaan Yang Terunggul

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Menyediakan prasarana dan sumber ilmu yang lengkap, terkini dan kondusif untuk seluruh masyarakat
  • Memupuk budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat
  • Mengumpul dan memelihara warisan intelek dan budaya negeri
  • Membina masyarakat berilmu dan berintegriti

[sunting | sunting sumber]

  • Jata Negeri yang terletak di bahagian atas logo menunjukkan PPAT sebagai sebuah badan berkanun yang bernaung di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu
  • Warna kuning melambangkan daya pemikiran dan intelektual masyarakat yang ingin dicapai oleh PPAT bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya saing
  • Simbol buku yang terbuka melambangkan PPAT sebagai sebuah institusi perpustakaan yang unggul dan berorientasikan ilmu sebagai teras pembelajaran sepanjang hayat
  • Perkataan PPAT yang unik dan berangkai mewakili perpaduan dan semangat kerjasama di kalangan warga kerja PPAT
  • Warna putih melambangkan hasrat PPAT untuk membina sebuah masyarkaat yang berilmu dan berintegriti melalui penerokaan ilmu
  • Warna hitam melambangkan tekad dan iltizam setiap warga PPAT untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat
  • Penggunaan tulisan jawi di dalam logo menunjukkan kesungguhan PPAT untuk menyemarakkan kembali tulisan jawi sekaligus memartabatkannya ke tahap yang lebih tinggi

Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan Sehingga Disember 2016
Bil Janji Menepati masa % Bilangan aduan diterima Melebihi masa Bilangan aduan diterima Bilangan aduan yang dijawab dan diselesaikan Tunggakan
1 Memproses kad ahli dalam masa tiga Minit 100 Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada
2 Memproses pinjaman dan pemulangan buku dalam masa tiga minit 100 Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada
3 Memberi perkhidmatan rujukan berarah dalam masa tiga minit dan rujukan maklumat dalam masa 15 sehingga 30 minit 100 Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada
4 Menyediakan prasarana yang selesa dan kondusif
5 Memberikan layanan yang mesra dan profesional kepada semua pelanggan

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pengenalan PPAT - Sejarah Penubuhan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-24. Dicapai pada 2014-11-21.