Pergi ke kandungan

Perbadanan Taman Negara Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perbadanan Taman Negara Johor

[sunting | sunting sumber]

Untuk memelihara dan melindungi hidupan liar dan juga untuk kepentingan geologi, arkeologi, sejarah, etnologi dan lain-lain kepentingan dalam sains dan fizikal, melalui pemeliharaan dan berfungsi untuk membangunkan pendidikan, kesihatan, nilai astetik dan rekreasi awam.

Membangunkan taman-taman negara Johor dan tapak-tapak Ramsar Johor sebagai Pusat Pemuliharaan Biodiversiti bertaraf dunia melalui aktiviti-aktiviti kajian, pendidikan alam sekitar dan eco-pelancongan, dan mencapai taraf Tapak Warisan Dunia 2010.

Membangunkan taman-taman negara Johor dan tapak-tapak Ramsar Johor sebagai Tapak Alam Sekitar bertaraf dunia menjelang 2015.

  1. Untuk mewujudkan taman-taman sejadi yang berpotensi sebagai Taman Negara Johor dan memaksimakan faedah-faedah daripadanya sesuai dengan konsep pelbagaiguna.
  2. Untuk menasihatkan Pihak Berkuasa Negeri mengenai perkara-perkara berhubung dengan pemeliharaan, penggunaan, pengawalan, pengurusan dan kemajuan taman-taman negara dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dirujuk kepadanya dari masa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  3. Untuk memulakan, menyelaraskan dan mengawal aktivit-aktiviti Taman Negara yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini.
  4. Untuk memperkenalkan Negeri Johor Darul Ta'zim sebagai negeri yang kaya dengan sumber alam semulajadi dan sebagai pusat tarikan pelancong.
  5. Untuk menjaga dan mengekalkan alam semulajadi mengikut satu sistem pengurusan secara bertaraf antarabangsa.
  6. Untuk mengurus dan menyelenggarakan kumpulan Wang Taman Negara (Johor) yang di tibuh di bawah Enakmen.

Taman-taman di bawah seliaan Perbadanan Taman Negara Johor

  1. Taman Negara Johor Tanjung Piai (Penghujung Benua Asia, Diisytihar sebagai Tapak Ramsar pada 31 Januari 2003)
  2. Taman Negara Johor Pulau Kukup (Diisytihar sebagai Tapak Ramsar pada 31 Januari 2003)
  3. Taman Negara Johor Gunung Ledang
  4. Taman Negara Johor Endau Rompin Selai
  5. Taman Negara Johor Endau Rompin Peta
  6. Taman Laut Sultan Iskandar (Pulau Tinggi, Pulau Besar, Pulau Pemanggil, Pulau Rawa, Pulau Aur & Pulau Sibu)