Perbincangan:Adza Rinawati Adenan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Karier Mula menyanyi di hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur sejak tahun akhir 1999, Rina pernah membuat persembahan secara kontrak di El Nino, Jalan Mayang bersama kumpulan Latin, dan menubuhkan kumpulan pertamanya, D'Adza bersama adik beradiknya iaitu Adza Adzriyati Adza Irdawati & Adza Tutyrianti pada tahun 2000 dimana kontrak pertama mereka ialah di Sri Nira Lounge di Port Dickson. Kemudian mereka bersama membuat persembahan setiap malam di Hotel Equatorial KL, Dorsett Hotel KL, Pan Pacific KLIA, Hotel Concorde KL, Shangri La Hotel KL, Times Square Hotel, Concorde Shah Alam, Royale Chulan KL, Luna Bar, Saloma Bistro, G Tower dan banyak lagi.

Setelah penghijrahan kakak sulung mereka, Adza Adzriyati, Rina mula mengorak langkah sendiri dengan menyertai kumpulan rock Electric 5 selama hampir 4 tahun dengan membuat persembahan di Hotel Royale Chulan, Cafe Society Zouk, G Tower dan Saloma Bistro.

Setelah dibubarkan, Rina menyertai kumpulan Prime Time band dianggotai Rik Omar (drum) Riza (keyboard) dan Marina (bass) sejak 2018 sehingga kini. Mereka membuat persembahan di WIP, BSC Bangsar, Souled Out Hartamas, Mezze, The Social dan Sarastro, Tribeca KL.

Mula menceburkan diri dalam bidang kecergasan sebagai instructor Zumba sejak 2014 sehingga kini. Masih aktif menyanyi dan mengajar Zumba, Rina juga kini juga bekerja sebagai seorang copywriter di sebuah syarikat pengiklanan tempatan.