Perbincangan:Ahmad Maasom Pergau

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tiada satupun maklumat diberi boleh disahkan kerana kesemuanya dari sumber meragukan. Yosri (bincang) 10:53, 30 Disember 2017 (UTC)[balas]

5 Biodata Haji Ahmad Maasom boleh dibaca dari buku JOHAN QARI DAN QARIAH terbitan JAKIM [1] tiada ebook atau website hak cipta terpelihara. Hang Kenal ker Tok Guru Ahmad Maasom Pergau ni .. hang lahir tahun berapa ?

Oleh kerana ia merupakan rujukan bukan di talian, ia tidak dapat disahkan. Kalau ada yang mendakwa dia raja Melaka bersumber rujukan buku "Raja Melaka Maasom" yang tak ada manusia boleh sahkan, masih dianggap status tidak dapat disahkan. Yosri (bincang) 13:13, 10 Januari 2018 (UTC)[balas]


Penyelia si Yos ni mmeng Ben lah nampaknya..memang disahkan Yos ni memang Ben ( bahasa cina) tak baca ka link bahasa arab . ada duit beli la buku ni tak mahal RM100 shaj senaskah. Ada aku tulis Tuan Guru ni Raja Melaka wahai Yosri si Ben. kalau berani jumpa bincang dengan saya di Shah Alam atau Subang.

Ini bukan sekolah, cikgu mengulang ajar. Sudah banyak beri penjelasan dan tolak ansur, hendak tujuk keras kepala lagi. Sila baca dan patuhi dasar Wikipedia. Suntingan yang tidak memenuhi syarat akan dihapuskan tanpa perlu penjelasan lanjut. Ini adalah bagi melindungi dia juga. Jika ada orang lain sunting yang dia XXX buruk laku atau YYY buruk perangai dalam buku ZZZZ yang harganya RM1000, lagi penyelia mahu beli buku. Kalau tiada rujukan, jangan masukkan... full stop! Yosri (bincang) 14:08, 10 Januari 2018 (UTC)[balas]

Poodah layan budak-budak macam ni la,

Untuk suntingan tanpa memerlukan rujukan, sila cipta di laman berikut:-
* Vanity Page, MyWikiBiz!.
* Bodohpedia.
* Tololpedia. Yosri (bincang) 14:11, 10 Januari 2018 (UTC)[balas]
Contentious material about living persons (or, in some cases, recently deceased) that is unsourced or poorly sourced—whether the material is negative, positive, neutral, or just questionable—should be removed immediately and without waiting for discussion. Users who persistently or egregiously violate this policy may be blocked from editing. Yosri (bincang) 14:18, 10 Januari 2018 (UTC)[balas]
hendak tujuk keras kepala lagi... ini adalah serangan peribadi dari penyelia  https://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Larangan_serangan_peribadi

http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawah/senarai-pemenang-kebangsaan/23-arkib/johan-qari/28-haji-ahmad-bin-mat-som ditemui sumber online dari JAKIM , siapa JAKIM? anda perlu rujukan siapa JAKIM penjual mee kicap?

Hanya bahan rujukan sahih seperti ini yang diterima pakai. Teruskan memasukkan sumber rujukan pada suntingan masa hadapan bagi mengelak masalah. Bahan tanpa rujukan berkemungkinan dihapuskan serta merta, terutamanya sekiranya ia menyentuh mengenai tokoh. Yosri (bincang) 15:24, 10 Januari 2018 (UTC)[balas]

dah bagi link pun tak sahih lagi .. elok pun anda padam sumbangan saya tv digital percuma di malaysia.. tu.. setidaknya ianya nampak seperti promosi untuk tv free negara luar. saya cuma tengok EPL sahaja secara percuma jika kelapangan. terima kasih kerana tidak menghapuskan rencana Ahmad Maasom Pergau , jika anda tidak memiliki buku yg saya bagi rujukan anda diizinkan memadam perkataan yg diragui sumber..kerana tiada pautan online..saya hanya meringkaskan dari biodata lengkap beliau. Saya cuma berjumpa beliau semasa kecil dan awal remaja dulu kerana anaknya belajar sekolah di Kedah ( sumber diragui kerana tiada pautan online )

Ia dihapuskan di atas permintaan penciptanya.. 2 X. Ayat sebenar "tidak dapat disahkan." Yosri (bincang) 15:38, 10 Januari 2018 (UTC)[balas]


Tesis PhD  : Haji Ahmad bin Mat Som Pergau dan sumbangannya dalam pengajian tarannum di Kelantan / Universiti Malaya. Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith. Diselia oleh Prof. Dr Mohd. Yakub @ Zulkifli Hj. Mohd. Yusoff. Personal Author: Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad BP42 A2 UM 2008 AlJarumi 18:13, 12 Julai 2018 (UTC)

Saluran TV Mu Indonesia ada menyiarkan rencana Qari Nusantara Ahmad Maasom .(Malaysia) . TVMu siaran free to air Gramedia Kompas (K-Visio) satelit measat3a 91.5°E sama satelit dgn astro broadcasting , decoder DVB-S2 boleh dibeli di Lazada / Shopee dll AlJarumi 00:57, 16 Julai 2018 (UTC)

Topik baru[sunting sumber]

Kepada Terluang Harap jangan dibuang rujukan no 6 http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawah/senarai-pemenang-kebangsaan/23-arkib/johan-qari/28-haji-ahmad-bin-mat-som Buku %^&*()$# - AlJarumi 20:09, 6 Mac 2018 (UTC)

Saya pun memang berharap rujukan no. 6 yang tidak wujud tidak dibuang. –Jeluang Terluang (bincang) 20:12, 6 Mac 2018 (UTC)[balas]

kenapa anda buang rujukan no6 ?

http://www.makkawi.com/Articles/Show.aspx?ID=120 memang terdapat nama Tuan Guru Ahmad Maasom kenapa anda memandai edit?? &^&%$ - AlJarumi 20:17, 6 Mac 2018 (UTC)

Rujukan 6. sumber biodata online ringkas ditemui dari http://www.alquran.gov.my/index.php/ms/info-tilawah/senarai-pemenang-kebangsaan/23-arkib/johan-qari/28-haji-ahmad-bin-mat-som

harap jangan buang .. inilah rujukan yg penting hampir sama dengan rencana .

kalau tak kenal Tokoh tersebut harap jangan masuk campur edit arkitel sumbangan org , kalau merosak punah rujukan 6 ..saya tidak berpuas hati. jangan buang masa saya *&^%$#@ - 20:22, 6 Mac 2018 (UTC)

Saya tidak membuang rujukan tersebut. Cuba anda cari dalam laman suntingan, pasti terdapat rujukan tersebut. –Jeluang Terluang (bincang) 20:22, 6 Mac 2018 (UTC)[balas]

perlu rujukan apa lagi arkitel no 6 pun dah memadai %%%%%%***&^%$# - 20:26, 6 Mac 2018 (UTC)

?
Wikipedia memerlukan lebih daripada satu rujukan bagi mendapatkan pandangan berkecuali. Lagipun "rujukan no. 6" itu saya tidak buang pun, cuba anda cari dalam rencana tersebut. –Jeluang Terluang (bincang) 20:32, 6 Mac 2018 (UTC)[balas]

Terima Kasih . saya menghargai anda . ulum / Al-Quran / Qurra / Makkah / qiraat, taranum, tajwid dan bertalaqqi musyafahah tak perlu dijelaskan memang bahasa arab tapi hampir semua melayu tahu istilah ini ibarat perkataan wudhu; solat takbir tahmid syukur mimbar khutbah dll --ni cerita tokoh nak cerita semua tu panjang cerita la , boring la nak cerita pasal Mengaji Mulut ke Mulut Guru baca anak murid dengar dan baca Tasmiq bacaan Quran dgn guru , panjang ceritanya ..ha ha ha.. AlJarumi 20:44, 6 Mac 2018 (UTC)

Sama-sama. Tetapi kita masih perlu mengambil kira orang lain juga, yang mungkin tidak seberapa arif mengenai istilah-istilah khusus ini. Istilah yang sudah diketahui umum seperti al-Quran, solat dan sebagainya bolehlah dianggap tidak perlu diterangkan tetapi bukanlah istilah seperti asbab al-nuzul dan lain-lain yang memerlukan pengetahuan yang lebih lanjut. Tidak perlu diterangkan dengan panjang lebar, sekadar huraian pendek sudah memadai. –Jeluang Terluang (bincang) 20:53, 6 Mac 2018 (UTC)[balas]

Terimakasih sekali lagi saya setuju keadaan begini. 100% saya bersetuju dengan penambahbaikan anda ,, istilah itu biarkan lah . ianya biodata ringkas Tuan Guru sahaja tiada minat saya untuk terangkan Talaqqi dll dlm rencana tokoh _-AlJarumi 21:04, 6 Mac 2018 (UTC)

Buku link rujukan ini adalah versi kedua dan tidak seperinci seperti versi pertama yang dicetak JAKIM sempena 50 tahun Kemerdekaan. Buku ini lebih fokus kepada versi antarabangsa - tetapi ada lagi salinan catatan peribadi Tuan Guru yang amat teperinci yang bukan dimiliki oleh umum , InsyaAllah masih ada dalam simpanan anak-anak murid tertentu beliau. Cukup sekadar ringkasan tentang Tuan Guru Ahmad Maasom Al-Farqawi Salinan Buku peribadi Tuan Guru amat terperinci kisah hidupnya. terdapat kisah dimana kenapa beliau berhijrah ke Trengganu dari Kelantan.-AlJarumi 09:47, 11 Mac 2018 (UTC)

kisah hidup Beliau kenapa dan mengapa Beliau berhijrah dari Kelantan ke Terengganu , saya tidak dapat siarkan di wikipedia kerana tiada ditemui dlm web rujukan JAKIM , dan buku edisi Pertama. hanya ada dalam salinan catatan buku peribadi Tuan Guru yg dimiliki oleh anak murid beliau yg tertentu dan tidak dimiliki oleh umum. - AlJarumi 03:44, 16 Mac 2018 (UTC)

saya rasa pelik nama khas diubah dari huruf besar kepada kpd huruf kecil .. Al-Quran adalah nama Khas .. AlJarumi 12:03, 22 Mac 2018 (UTC)

Ahmad Maasom ni dah dibuat tesis PHD . sekadar nak bagitau kepada individu yg tak mengenali beliau.. beliau diibaratkan "Bapa Qari Malaya/Malaysia." AlJarumi 18:16, 12 Julai 2018 (UTC)