Perbincangan:Anak Tupai Adventure Team

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini lebih kepada pengiklanan. Namun demikian saya telah hantar mesej kepada penulis rencana (lihat Perbualan_Pengguna:Ruzman) supaya kemaskini rencana ini. Saya ragu-ragu sama ada patutkah rencana ini dibenarkan atau dipadam? Carian google juga tidak menunjukkan hit yang banyak.[1]Master2841 18:51, 21 Disember 2006 (UTC)[balas]


Saya telah mengemaskini rencana ini untuk lebih kelihatan seperti ensiklopedia berbanding pengiklanan. Terima kasih kepada Master2841 atas komen yang membina. — Ruzman 02:40, 22 Disember 2006 (UTC)[balas]

Rencana ini masih lagi tidak kelihatan seperti sebuah ensiklopedia. — Master2841 17:55, 25 Disember 2006 (UTC)[balas]

Saya bimbang rencana ini menyalahi polisi yang tertulis di Wikipedia:Kesalahan biasa Wikipedia dan Wikipedia:Wikipedia bukanlah. Bagaimana pendapat pengguna lain? — Master2841 18:02, 25 Disember 2006 (UTC)[balas]

Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya telah membaca polisi yang tertulis di Wikipedia:Kesalahan biasa Wikipedia dan Wikipedia:Wikipedia bukanlah. Saya mendapati rencana ini tidak melanggar mana-mana polisi yang tertulis. Untuk pengetahuan semua, banyak kelab-kelab atau persatuan-persatuan mendaki, menyelam, dan sebagainya terdapat dalam lawan web utama wikipedia iaitu www.wikipedia.org. Anda boleh mencari dengan menggunakan kata kunci seperti "hiking club", atau "climb club" dan lihat hasil pencarian. Terima kasih. — Ruzman 15:25, 27 Disember 2006 (GMT +08:00)

Dari segi tajuk, saya rasa boleh kekal. Dari segi isi boleh diperbaiki lagi. ...Aurora... 10:57, 1 Januari 2007 (UTC)[balas]
Rencana ini sebenarnya melanggar http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Notability_(organizations_and_companies) kerana ia bersumber organisasi itu sendiri (syok sendiri) dan tiada sumber pengesahan lain. Ie. Jika kata panjat K2, perlu ada sumber lain yang mengesahkan ia benar benar berlaku. (Contoh sahaja) Yosri (bincang) 08:47, 5 Mei 2013 (UTC)[balas]