Perbincangan:Bahasa Bugis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Selamat Pagi,

Saya dari Kuala Lumpur, tidak pandai bercakap bugis. Namun begitu saya sangat berminat untuk mempelajarinya. Saya baru balik dari Sulawesi Selatan dan gagal menemukan kamus bugis-melayu/indonesia/inggeris. Ada buku teks mengenai lontara bugis tetapi terlalu awal untuk saya mempelajarinya. Sekarang saya sedang mengumpul berdikit-dikit perkataan bugis yang saya ketahui melalui dvd, laman web ini dan sumber lain. Tetapi struktur ayat atau penggunaan perkataan tersebut belum dapat saya garap. Melalui laman ini yang kerap saya layari sejak akhir-akhir ini, saya mengharapkan pelayar lain yang budiman dapat membantu saya untuk mempelajari bahasa bugis atau memberitahu sumber untuk mempelajarinya.

Sekian terima kasih.

ay.

ingin belajar........[sunting sumber]

hai..saya merupakan salah seorang yang berdarah bugis namun sedikit yang saya kesali adalah kegagalan saya menguasai bahasa ini..diharap seandainya ada yang boleh mengajar saya bahasa ini dapatlah kiranya memberi tunjuk ajar.

Sebenarnya dalam friendster ada grup "Persatuan Anak-anak bugis". Di sana terdapat satu thread "Kamus bugis". Walaupun ejaan mereka kurang tepat, tetapi sekurang-kurangnya sebutan betul atau menghampiri sebutan sebenar. Anda boleh mula dari situ. Tambahan lagi, untuk pengetahuan anda, wujud wikipedia Bugis. Anda boleh menyumbang di sana. ~kurnia~ 15:00, 7 Februari 2008 (UTC)

Masuk facebook dan cari "Belajar dan Mengajar Bahasa Bugis"

Keraguan[sunting sumber]

"Bahasa Bugis ditulis menggunakan konsonan Lontara, berdasarkan konsonan Brahmi dan hari ini, ianya turut ditulis dalam tulisan Rumi."

Saya mempunyai keraguan mengenai baris kata di atas. Aksara lontara masih lagi digunakan hingga ke hari ini. Banyak buku-buku terutamanya buku-buku berkaitan agama masih ditulis menggunakan aksara lontara. ~kurnia~ 15:06, 7 Februari 2008 (UTC)