Perbincangan:Bill Gates

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sebagai ensiklopedia, saya berharap agar perkara-perkara terlalu peribadi atau yang tidak berkaitan tidak dituliskan di sini. Sebagai seorang jutawan dan juga pemilik syarikat yang mempunyai banyak saingan, Bill Gates selalu dikutuk dan banyak laman-laman yang dibuat untuk menyindir beliau. Administrator di Wikipedia English terpaksa meletakkan artikel Bill Gates sebagai "protected" kerana terlalu banyak penulis yang bukan sahaja menulis perkara-perkara yang menghentam Bill Gates secara peribadi, malah kerana sesetangah penulis meletakkan pautan-pautan yang menghina beliau. Saya berharap kita disini tidak akan menghadapi situasi sedemikian. Saya merombak keseluruhan artikel yang lama kerana ianya sudah tidak lagi tepat dan juga kerana mempunyai sesetengah perkara-parkara yang tidak sesuai untuk ensiklopedia- Jay 02:10, 31 Januari 2007 (UTC)[balas]

Telah mengemaskini data terkini untuk tahun 2008 - Jay 12:09, 27 April 2008 (UTC)[balas]