Perbincangan:Daerah Kecil Tungku

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
         Daerah Tungku mendapat nama sempena nama sebatang sungai yang terletak kira-kira 5km dari pekan kecil Tungku. Sungai ini mendapat nama apabila pegawai British yang membuat pemetaan sampai dimuara sungai Tungku. Menurut cerita apabila pegawai tersebut sampai dimuara sungai mereka bertemu dengan penduduk Dusun yang sedang menjala ikan di kawasan tersebut untuk bertanya nama sungai tersebut. Pegawai tersebut bertanya dalam bahasa Inggeris "Apakah nama tempat ini", disebabkan penduduk tidak memahami soalan tersebut. Mereka tidak menghiraukan pertanyaan itu, tetapi pegawai terbabit terus bertanya. Oleh itu salah seorang daripada penduduk itu menjawab "TUN KU" yang bermaksud "Apa peduli ku", sejak itu sungai Tungku dipanggil Tungku.
         Kewujudan daerah ini bermula dengan pembukaan Kg Dengan oleh Orang Cina pada Tahun 30an. Sungguhpun Kg Dengan wujud pada Tahun 30an Namun terdapat beberapa perkampungan Peribumi yang telah wujud lebih lama dan tidak ada kepastian atau kajian dibuat berkenaan kewujudan Masyarakat Peribumi terutama Etnik Dusun Begak (Begahak) dikawasan ini. Walaupun demikian kg Dengan tetap menjadi Nadi kepada Kampung-kampung sekitarnya dan menjadikan Kg Dengan sebagai pusat Ekonomi dan Pentadbiran. Seiring dengan kemajuan keperluan serta peningkatan populasi dikawasan ini. Erzal Bin Kaping (bincang) 21:24, 4 Mac 2018 (UTC)[balas]
Perlu rujukan bertulis dari sumber yang sahih bagi mengelak cereka dimasukkan di sini. Yosri (bincang) 13:24, 5 Mac 2018 (UTC)[balas]