Perbincangan:Gereja Jesus Benar

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gereja Yesus Benar ini Protestan atau Katolik?Yosri 09:53, 3 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Gereja Yesus Benar atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai True Jesus Church. Dalam Bahasa Indonesia dikenali sebagai Gereja Yesus Sejati. Ia merupakan satu pertubuhan agama Kristian yang non-denominasi (indipendent). Segala ajaran yang dibawakannya adalah mengikut Alkitab (Holy Bible). Pertubuhan agama ini tidak juga menyokong atau menentang mana-mana denominasi kristian yang lain, tetapi berpegang kepada prinsip kebenaran berpandukan alkitab. walaubagaimana pun jika mengikut pengkategorian, Gereja Yesus Benar boleh dikategorikan dalam kumpulan protestan dalam cabang pentakotalisme. Bagi pihak gereja pula, mereka percaya bahawa gereja ini adalah Gereja Rasul (Hujan Akhir) yang dibaik-pulihkan atau dikembalikan kepada keadaan asal seperti Jemaat pada Zaman Rasul (Hujan Awal).jika saudara Yosri ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pertubuhan ini boleh datang ke mana-mana gereja yang berdekatan dan pihak gereja adalah bersedia untuk membantu. oleh TJC member 11Dec2005 1.39PM GMT+8

Terima kasih di atas penjelasan tersebut. Saya hanya ingin memastikan saya tidak tersilap mengkelaskan denominasi agar tiada yang tersinggung.Yosri 09:55, 12 Disember 2005 (UTC)[balas]


Terjemahan oleh Kamus Dewan:

baptis
upacara mencelupkannya ke dalam air, di mna seluruh tubuh diselamkan di dalam air.
pembaptisan
perihal (perbuatan, upacara) membaptis(kan). — PM Poon 02:17, 31 Ogos 2006 (UTC)[balas]