Perbincangan:Getaran Jiwa (lagu)

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gabungan[sunting sumber]

Perbincangan berkaitan penggabungan dapat dibaca di bawah:



Tidak setuju. Ia patut dikembangkan seperti rencana lagi di Wiki Inggeris yang masih mengekalkannya walaupun ringkas. Lihat I Remember Clifford. Yosri (bincang) 12:14, 23 Disember 2012 (UTC)[balas]

Juga tak setuju. Memadam rencana senang tapi nak mewujudkan sesebuah rencana sukar. Lebih baik disimpan apa yang dah ada dan cuba kembangkan. Algazel (bincang) 02:07, 24 Disember 2012 (UTC)[balas]
Saya buat macam itu pun ada sebab. Bukannya saya suka membuang laman tanpa sebab. Bagaimana kita nak kembangkan laman ini sedangkan mencari maklumat mengenainya agak sukar? Seperti yang telah saya terangkan dalam tag yang diletakkan, lagu ini boleh diletakkan sebagai subtopik dalam laman Senarai lagu nyanyian P. Ramlee. Lagi satu, laman Kategori:Lagu P. Ramlee sudahpun dipadam oleh Yosri. Tidak relevan kalau laman mengenai lagu-lagu P. Ramlee mengunakan kategori ini. Setahu saya, lagu ini memang pernah dirakamkan oleh dua artis Malaysia iaitu KRU dan Sheila Majid. Tetapi, saya rasa perkara ini boleh diletakkan sebagai subtopik dalam halaman "Senarai lagu nyanyian P. Ramlee". Saya rasa, laman mengenai lagu sesuai diwujudkan jika lagu tersebut merupakan single bagi artis yang tertentu dan mempunyai album yang memuatkan lagu tersebut. Contohnya, lagu Kau Pergi Jua oleh Adam Ahmad (daripada album Kau Pergi Jua) dan lagu Happy Pills oleh Norah Jones (daripada album Little Broken Hearts). Irfanshaharuddin (bincang) 02:50, 24 Disember 2012 (UTC)[balas]

────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────Maaf, mungkin saya salah faham maksud anda. Notis itu berbunyi, Laman ini telah dicadangkan untuk dihapuskan, ... <-- itu yang saya tak setuju, tak kira sama ada ia dimasukkan ke dalam sebuah senarai atau tidak. Lagipun kalau ia mahu dijadikan subtopik, rencananya perlu wujud, melainkan jika dibayangkan senarai itu hanya mengandungi dakwat hitam.

  • Kadang-kadang ada perkara, khususnya perkara berkaitan "Malaysiana", yang ketandusan maklumat berkaitannya tapi itu tidak bererti yang Wiki:ms tak mengandungi penulisan tentang perkara tersebut, mahupun hanya sedikit. Apa yang saya maksudkan ialah, jumlah maklumat yang dapat diperoleh (yakni maklumat mengikut piawai Wikipedia) tidak harus menjadi kriterion sama ada satu rencana itu dimuatkan atau tidak ke dalam wiki ini. Kesukaran mendapatkan maklumat bukan kriterion penghapusan rencana; sebaliknya saya rasa kesukaran itu merupakan satu sebab kenapa kita tidak seharusnya membuang rencana seperti ini daripada sebuah ensiklopedia.
  • Berlanjutan dengan hujah di atas, mengapa perlu kehadiran single atau album dijadikan asas kewujudan laman tentang sesebuah lagu, apatah lagi lagu P. Ramlee, seorang "Seniman Agung Negara"? Banyak lagu yang wujud hanya pada kertas muzik dan tidak di dalam piring hitam atau cakera.
  • Format lagu Norah Jones tu OK, tapi format rencana bagi lagu mat salleh yang diberikan Yosri juga dapat digunakan bagi lagu-lagu yang tak terdapat banyak maklumat berkaitannya. Tak semua entri lagu perlu dilengkapkan dengan infobox/kotak info dan sebagainya. Kalau ada, baguslah tapi kalau tak ada pun tak mengapa.
  • Kategori yang dihapuskan Yosri boleh diwujudkan semula. Salut. Algazel (bincang) 07:09, 24 Disember 2012 (UTC)[balas]
Pada pendapat saya, lagu yang dimasukkan ke dalam filem adalah lebih bererti kerana ia lebih banyak pengisiannya, lebih ramai yang terbabit dalam penghasilannya. Saya delete kategori itu kerana ada kategori yang lebih baik. Apa erti KAT:Lagu P. Ramlee? Dikarang / dinyanyikan/ lirik? Berkenaan ketandusan sumber, sebenarnya ada banyak sumber buku. Lihat http://www.google.com.my/search?q=p%20ramlee&hl=en&gbv=2&um=1&ie=UTF-8&tbo=u&tbm=bks&source=og&sa=N&tab=wp atau lebih spesifik lagi http://www.google.com.my/search?q=p+ramlee+song&hl=en&gbv=2&tbm=bks&ei=ATvYUOXVEMbNrQf7mIC4Cg&start=10&sa=N
Selain itu terdapat beberapa buku FINAS mengenainya seperti Jejak Terbilang, Malaysian Films : The Begining dan P. Ramee. Format yang telah saya cipta untuk Uda dan Dara (lagu) dan Lagu Getaran Jiwa hanya konsep rintisan yang boleh dikembangkan. Salam. Yosri (bincang) 11:30, 24 Disember 2012 (UTC)[balas]

────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────────Baiklah. saya akan buang tag tersebut dan menggantinya dengan tag "tunas-lagu". Apa yang saya maksudkan dengan subtopik adalah seperti dalam laman Senarai lagu nyanyian Sudirman Haji Arshad. Maklumat mengenai lagu boleh diletakkan dalam bahagian nota seperti dalam pautan yang telah saya berikan. Tetapi laman untuk lagu-lagu ciptaan, susunan dan nyanyian P. Ramlee mungkin boleh diwujudkan kerana namanya begitu besar sesuai dengan gelaran "Seniman Agung Negara". Saya juga bersetuju dengan saudara Yosri bahawa single dan album tidak perlu dijadikan asas bagi perkara ini kerana pada zaman P. Ramlee, banyak lagu-lagunya dikeluarkan sebagai single play (SP) dan extended play (EP) serta tiada istilah "album studio" terutamanya pada era 1940-an hingga 1960-an. Saya juga akan berusaha untuk mencari buku-buku mengenai lagu-lagu P. Ramlee seperti yang telah saudara cadangkan. Irfanshaharuddin (bincang) 13:57, 24 Disember 2012 (UTC)[balas]

Satu lagi contoh rencana lagu yang baik adalah http://en.wikipedia.org/wiki/Green,_Green_Grass_of_Home bagi mereka yang menganak angkat Yosri (bincang) 15:30, 24 Disember 2012 (UTC)[balas]
http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2011/07/buku-p-ramlee-berapa-banyak-sudah.html Yosri (bincang) 17:54, 24 Disember 2012 (UTC)[balas]
OK, terima kasih Irfanshaharuddin. Anda lebih rajin daripada saya kerana sanggup mencari rujukan tambahan—saya hanya gemar menterjemah benda yang dah ada. Selamat menyunting. Salut Algazel (bincang) 00:53, 25 Disember 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih di atas maklumat serta dorongan yang kalian berikan. Saya akan berusaha untuk mencari seberapa banyak maklumat mengenai lagu-lagu P. Ramlee. Irfanshaharuddin (bincang) 13:41, 25 Disember 2012 (UTC)[balas]

Setuju rencana ini digabungkan dengan Getaran Jiwa ~ Algazel (bincang) 09:34, 26 Disember 2012 (UTC)[balas]

Saya juga bersetuju dengan pernyataan tersebut. Irfanshaharuddin (bincang) 12:49, 26 Disember 2012 (UTC)[balas]
Silakan. Algazel (bincang) 23:44, 26 Disember 2012 (UTC)[balas]
Maaf. Saya tidak berapa mahir dalam soal penggabungan. Menurut laman Wikipedia:Penggabungan dan pemindahan, ada dinyatakan bahawa perlu diletakkan "#REDIRECT PAGENAME" dalam laman yang hendak dipindahkan. Adakah hal ini sama dengan soal pelencongan laman ? Irfanshaharuddin (bincang) 02:26, 27 Disember 2012 (UTC)[balas]
Ya, operasi menggabung ni agak sama dengan pelencongan tapi rumit sedikit. Nanti saya cuba gabungkan. Kaedah menggabung rencana di wiki:en. Algazel (bincang) 07:39, 27 Disember 2012 (UTC)[balas]

Langkah pertama, kenal pasti nama rencana yang betul. ...Aurora... (b) 14:44, 27 Disember 2012 (UTC)[balas]

Purrrrrfect. Yosri (bincang) 01:16, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]
Thankksssssss ;=) Algazel (bincang) 01:30, 29 Disember 2012 (UTC)[balas]