Perbincangan:Hang Tuah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

ïPendapat yang mengatakan Hang Tuah membunuh Hang Jebat sebagai taat setia kepada Sultan Melaka secara membuta tuli adalah tidak benar! Kita kena melihat sejarah Hukum dan Perundangan Adat Temenggung yang terdapat /di amalkan pada masa itu merujuk kepada Perundangan Islam. Semasa Hang Jebat "Menderhaka" dan " membela Hang Tuah", Hang Jebat telah banyak merosakkan sistem Undang-undang kerajaan Melayu Melaka. Membunuh sesiapa sahaja tanpa merujuk kepada Ulama atau Bendahara sebagai Penasihat Sultan: walaupun Hang Jebat mengangkat dirinya sebagai Sultan Melaka. Hukuman bunuh dijalankan sewenang-wenangnya. Siapa menyanggah akan dihukum. Hang Tuah Lambang sebagai tiang seri, mengembalikan undang-undang Islam di Melaka. Hang Jebat pada pendapat ulama perlu dibunuh bukan kerana mengambil alih kerajaan tetapi kerana tindakan mengkhianati hukum dan membunuh tanpa siasat dan tanpa ikut undang-undang rasmi melaka iaitu undang hukum Islam. Siapa pembunuh yang bersalah mesti dihukum bunuh! Tiada siapa pada masa itu yang mampu membunuh Hang Jebat pada masa itu. Hanya Hang Tuah yang sanggup menjalankan perintah Agama Islam. Pada masa itu, ketua agama adalah sultan Melaka. Apabila Bendahara mendapat perintah daripada Sultan Melaka agar Hang Tuah membunuh Hang Jebat barulah Hang Tuah bertindak ikut sistem hukum Adat Temenggung. Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat juga mula sedar bahawa Sultan Mahmud Melaka juga tidak ikut perundangan Islam ketika itu. Hang Tuah dan Para Ulama melaka melarikan diri ke Sumatera kerana Melaka diperintah oleh Sultan yang Zalim. Akhirnya menjadi titik tolak kejatuhan empayar Melaka dan kegemilangan kerajaan Melayu Indonesia seterusnya Samudera Pasai, Aceh dan kebangkitan Gerakan Wali Songo di Indonesia.

Persoalan di Wikipedia Bahasa Inggeris[sunting sumber]

Adakah kamu semua sudah melihat rencana Hang Tuah di Wikipedia Bahasa Inggeris? di sana, ada penulis yang mengatakan bahawa hang tuah and rakan-rakannya itu berbangsa cina, bukan melayu. harap hujah ini dapat dijawab.


Any ordinary Joe can write stuff on the internet. Wikipedia requires better sources, such as newspaper articles or academic journals. Wikipedia:verifiability states Anyone can create a website or pay to have a book published, and then claim to be an expert in a certain field. For that reason, self-published books, personal websites, and blogs are largely not acceptable as sources. Borisblue 16:40, 2 September 2006 (UTC)

— jawapan daripada pengguna Borisblue di wikipedia en berhubung teori ini.[1]

Master2841 08:04, 16 Mac 2007 (UTC)


Kita jangan lupa sesuatu juga bahawa merujuk kembali kepada sesetengah sumber, akan saya linkkan kemudian.Keturunan Hang Tuah atau Tun Tuah dengan seorang lagi keturunan Tun yang membawa ada kaitan dengan saudara Hang Tuah diburu Portugis bangsa penjajah.Kita sedia maklum, Portugis amat irihati dengan kegemilangan kesulatanan dan empayar Melaka.Mereka ingin menghapuskan semua pahlawan dan orang-orang yang berjuang demi menegakkan tanah air.Dan tidak mustahil bahawa menurut kamu, Hang Tuah tidak wujud itu kerana mereka ingin memutar belitkan sejarah dunia sebagaimana mereka menipu dunia dengan tidak mengiktiraf manusia pertama yang mengeliling dunia adalah Panglima Awang.Mereka bijak memutar sejarah 2 kali hanya untuk membuatkan mereka kelihatan hebat meskipun dari usaha orang lain.Persoalan saya kepada anda ialah, siapakah mereka (yang membuat tuduhan melulu itu)? Adakah kita patut menelan apa-apa sahaja menurut mereka?

Sumber asal dalam bahasa Portigis 1861 Compendio de las historias de los descubrimientos, conquistas y guerras de ... By José Martínez de la Puente Sentiasa tuntut sumber asli apabila mendengar dakwaan pelik. Yosri (bincang) 11:03, 13 Mei 2012 (UTC)


  • Perkara senarai berbutir

"Malah, Tun Tuah dan Tun Perak berada di kedudukan senarai tertinggi orang paling dikehendaki Portugis ketika itu.Begitu juga ahli keluarga mereka yang lain."-Khalid Hussein, Pengerusi Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (PESAWAD) keturunan Tun Tuah ke-13

  • Sila pastikan sumber setiap dakwaan. Jika benar Portugis memburu mereka, menurut dokumen Portugis yang mana? Adakah ia berdasarkan dokumen bertulis atau penyelidikan sendiri. Yosri (bincang) 10:51, 13 Mei 2012 (UTC)

kewujudan hang tuah[sunting sumber]

dan ada yang mengatakan.sebenarnya hang tuah itu tidak wujud.. tetapi karakternya sengaja diwujudka bagi menimbulkan watak hero dalam kalangan orang melayu... sejauh manakah kebenaran hal ini?


Amat pahit untuk saya katakan, tetapi saya ingin berkongsi satu sumber yang saya tahu.Tetapi biarlah buat masa sekarang saya simpan dahulu dari mana sumbernya.Sumber ini bukanlah kata putus, tetapi menambah kepada teori kewujudan Hang Tuah;

1.Ibubapa Hang Tuah dibunuh tentera Mongol 2.Ada juga pendapat yang mengatakan keturunan Hang Tuah merupakan dari keturunan Saidina Saad bin Ali Waqos(merupakan sahabat Nabi tetapi sesetengah sumber mengatakan dia juga ahli bait Nabi Muhammad s.a.w) 3.Hang mirip kepada bahasa Cina; Hwuang bermaksud gembira, sungai kegembiraan.Apabila diterjemah kedalam bahasa Arab membawa maksud Saad.Refer no 2. Keturunan Cina amat mementingkan nama moyang mereka di depan.Justeru itu, pendapat yang mengatakan Hang Tuah adalah orang Cina 100% kuranglah tepat kerana keturunan Hang Tuah dikatakan berasal dari Saad bin Ali Waqos. 4.Saad bin Ali Waqos sepupu Saidina Siti Aminah (ibu Nabi Muhammad)

•Orang Han •keturunan Saad bin Waqas •Han for Muhammad •seorang muslim cina •Keturunan raja HongWu


Saad Bin Waqas pernah diceritakan pernah datang 2 kali ke negara China semasa pemerintahan khalifah Uthman.Kedatangan dan Penyebaran Islam di Nusantara

Saad bin abi Waqas dikatakan telah pergi ke China dan telah meletakkan batu asas sebuah masjid di Canton yang terkenal dengan nama Wai Shin-Zi ( Masjid Kenangan Nabi).

Ini hanya teori.

Itu bukan sekadar theori, anda boleh rujuk buku berikut.
* http://www.islamicbookstore.com/b9363.html
* http://books.google.co.uk/books?id=bt7q8hfiZ4gC&pg=PA126&dq=Saad+bin+abi+Waqqas+china&hl=en&sa=X&ei=wJWrT_bWDMjqrAfHh5j1AQ&ved=0CDsQ6AEwAQ
* http://books.google.co.uk/books?id=NBrrAM10x74C&pg=PA40&dq=Saad+bin+abi+Waqqas+china&hl=en&sa=X&ei=wJWrT_bWDMjqrAfHh5j1AQ&ved=0CEEQ6AEwAg Yosri (bincang) 10:21, 10 Mei 2012 (UTC)
Sebagaimana yang telah diumumkan, adalah dasar Wikipedia tidak menerima penyelidikan sendiri. Jika rujukan adalah berdasarkan dokument sejarah bahasa Jawa, / bahasa Cina / bahasa Arab boleh diterima dengan syarat ada rujukan yang boleh diperiksa sendiri oleh para penyelia (Google Translate). Jika berdasarkan penyelidikan, ia perlu melalui peer reviews. Jika sumber tersebut dari facebook, myspace, blog, buku cetakan sendiri ("selfpublish books", penyelidikan asli ("original research"), atau kisah lisan (datuk, nenek, pakcik, tok wan, orang tua-tua dahulu) dsb, maka ia tidak boleh diterima. Dengan itu kisah pahit di atas perlu rujukan sahih. (Sila rujuk rujukan sahih sekiranya tidak tahu). Jika kaitan dengan Saad pasti ada rujukan Arabnya. Jika buku, pastikan sebolehnya yang ada dalam Google books. Yosri (bincang) 16:17, 9 Mei 2012 (UTC)