Perbincangan:Hari Kebangsaan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

[sunting sumber]

Ada kekurangan kat sini iaitu logo..siapa boleh dapatkan logo hari kebangsaan..Che (bincang) 16:56, 10 Ogos 2008 (UTC)

Saya ada simpan koleksi logo-logo kebangsaan. Nanti kalau ada masa saya muat naik semua.—Aviator, 18:10, 10 Ogos 2008 (UTC)
Logo logo hari kebangsaan, hak milik Jabatan Penerangan Malaysia / Malaysia terdapat di http://pmr.penerangan.gov.my/page.cfm?name=logo Yosri (bincang) 05:53, 11 Ogos 2008 (UTC)

"...Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan..."?[sunting sumber]

"Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50." Malaysia terbentuk dengan 4 negara, iaitu Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Setelah pembentukan Malaysia, negara Malaysia ini tidak pernah dijajah oleh kuasa lain dan maka tidak pernah mendapat kemerdekaan daripada mana-mana pihak. Oleh yang demikian, kenapa disebut "Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50."? Untuk makluman Persekutuan Malaya yang telah mencapai kemerdekaan daripada British pada tanggal 31 Ogos 1957. Maka adalah Malaya yang telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaannya yang ke-50 dan bukannya Malaysia. 58.26.127.144 00:16, 15 September 2014 (UTC)Sim

Saya rasa anda pun tahu sebenarnya kenapa. Ayat itu ikut pendirian rasmi kerajaan Malaysia, yang menganggap Persekutuan Tanah Melayu sebagai tunjang Malaysia. Jika tidak kenapa tema 2012 ialah "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" dan tahun ini dianggap ke-57? Adakah itu patut? Bukan di sini tempat berdebatnya. ...Aurora... (b) 08:13, 15 September 2014 (UTC)
Macam Amerika Syarikatlah. Dalam tahun 1776 hanya 13 negeri yang merdeka daripada UK. Sekarang ada 50 negeri, termasuk Alaska yang dibeli AS daripada Rusia 100 tahun selepas AS merdeka, dan Texas yang dijajah beberapa negara dan menyertai AS sebagai republik merdeka, tapi semua mereka tetap menyambut hari merdeka mereka mulai 4 Julai 1776. Malaysia merdeka dalam erti kata sebenar tidak seperti beberapa negara Komanwel yang merdeka tapi masih berajakan Ratu UK atau, mungkin tak lama lagi, Kingdom of Britain and Northern Ireland jika Scotland memilih untuk merdeka daripada UK. Selain itu ada negara Komanwel yang merdeka, tapi masih menggunakan mahkamah tertinggi UK. --Algazel (hubung) 09:11, 15 September 2014 (UTC)