Perbincangan:Hubungan Jepun–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Boleh tolong terangkan beberapa ayat ini?

1. Malaysia turut mengekalkan sistem beraja kerana Jepun juga mengamalkannya dengan sistem raja berperlembagaan, bukan kuasa mutlak.

Memang Malaysia mengamalkan sistem raja berpelembagaan, tapi apa rujukan yang mengatakan malaysia mengamalkanya kerana jepun mengamalkanya????????

2. Namun rakyat Korea Selatan dan China menganggap Kuil Yasukuni sebagai simbol kekejaman tentera Jepun di Asia

Apa kaitanya kuil Yasukuni disini?

3. Perisik Jepun sungguh cekap sehingga tentera Jepun dengan mudah menawan negara China, Semenanjung Korea, Manchuria, pulau Hawaii, Malaysia, Indonesia dan lain-lain dalam tempoh dua tahun sahaja. Andainya Amerika Syarikat tidak bertindak zalim menggugurkan bom atom , mungkin Malaysia dan Indonesia merdeka lebih awal.

Ayat seperti yang ditebalkan kurang sesuai berada di wikipedia (lebih-lebih lagi perkataan andainya), kerana selain bersifat pandangan, ia juga tidak ensaiklopedik, lainlah jika ada rujukan untuk mengesahkan ayat-ayat terbabit, sila letakan rujukan.


--Adikhebat (Bual dengan saya) 08:02, 26 Mei 2011 (UTC)

=======================[sunting sumber]

1.Pada 1957, banyak negara terutama British , Jepun, Asia Barat mengekalkan sistem beraja.

2. Jika anda kaji sedikit tentang peranan perisik Jepun di Malaysia seperti di Semenyih dan Pearl Harbour, anda akan rasa takjub. Dokumentari tentang serangan di Pearl Harbour pernah disiarkan dalam Astro .

3. Jepun tidak akan kalah serta merta jika bom atom tidak digugurkan. Jika penjajahan Jepun dianggap zalim, tindakan AS juga dianggap zalim. Setiap tahun disambut ulang tahun pengeboman AS ke atas Hiroshima dan Nagasaki. Sukarno merancang kemerdekaan Indonesia pada 1945 dan Ibrahim Yaakob ingin turut serta. Perkara ini dikaburkan ...

4. Sejarah perkara yang subjektif, terdedah kepada pelbagai tafsiran. Jika anda tidak setuju, saya maklum. Contoh ketara ialah Dato Maharaja Lela dianggap sebagai pemberontak tapi kita menganggapnya sebagai pejuang .Malekhanif (bincang) 13:11, 26 Mei 2011 (UTC)

1.Ia saya tahu negara-negara tersebut mengekalkan sistem beraja pd tahun tersebut, tetapi disini apa hubungkaitnya antara jepun - malaysia? kenapa ada perkataan kerana di dalam ayat?
2.Mungkin anda boleh berikan saya beberapa pautan dalam hal ini? sebagai bacaan. Tapi sekali lagi soalanya ialah kenapa tiba-tiba muncul pandangan korea dan china mengenai kuil Yasukuni disini? kerana dalam ayat sebelumnya tidak disebut tentang kuil Yasukuni, hanya mengenai perisikan jepun di Malaysia.
3. Memanglah Jepun tidak akan kalah sekiranya bom atom tidak dilepaskan, tetapi perkataan andainya tetap kurang sesuai pada rencana di wikipedia, lebih-lebih lagi tidak mengandungi rujukan.
4 Tentang ini, walaupun sejarah adalah subjektif, tetapi rencana wikipedia haruslah memenuhi Polisi NPOV.Ini bermakna sesebuah ayat tidak boleh bias dan harus memenuhi semua tafsiran/pandangan berbeza, dan wajiblah disertakan bersama rujukan.
--Adikhebat (Bual dengan saya) 17:43, 26 Mei 2011 (UTC)