Perbincangan:Istiadat Pewaris Penjurit-Kepetangan Melayu (IPPM)

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Buat masa ini rencana ini memiliki sumber rujukan yang lemah. Kesemuanya dari sumber asal sepihak, (blog, facebook dsb) dan tiada sumber rujukan langsung (yang menyebut jelas sejarah/nama pertubuhan) dari pihak ketiga yang dipercayai. Contoh, laman Istana Perak, Akhbar, buku dll. Yosri (bincang) 00:04, 6 Julai 2013 (UTC)[balas]

Setuju. Rencana ini bunyinya macam ditulis orang yang terlalu dekat dengan subjek. Saya pernah lihat rancangan TV tentang silat ini. Walau bagaimanapun rencana ini dapat diperbaiki sekiranya rujukan pihak ketiga dapat diberi. Juga, ada baiknya jika penyunting asal berinteraksi (saya rasa dia bukan orang baru, tapi mungkin tak baca polisi) dengan penyunting2 lain. --Algazel (bincang) 02:02, 7 Julai 2013 (UTC)[balas]

Amaran Untuk Memadam Rencana?[sunting sumber]

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Saya telah mengemas kini rencana Istiadat Pewaris Penjurit-Kepetangan Melayu (IPPM) dengan memasukkan senarai 'Nota Kaki' juga senarai 'Bahan bacaan rujukkan' selain dari gambarajah-gambarajah berkaitan ke dalam rencana tersebut. Sayangnya rencana tersebut masih lagi disenaraikan sebagai 'Rencana Untuk Dipadam' dari Wikipedia. Jika pihak penyelenggara Wiki Bahasa Melayu berpendapat bahawasanya rencana ini tidak sesuai untuk perkongsian umum, maka silalah padamkan. Saya sudah melakukan dengan terbaik semampu saya untuk perkongsian bahan. Jika ianya masih tidak mencukupi, harap dapat membantu saya memperbaiki kandungan serta muta, bukan semata-mata amaran untuk membuang rencana terus dari Wiki. Untuk maklumat, saya bukan ahli IPPM atau kenalan mereka pun. Saya adalah orang ketiga dan hanya peminat karya-karya, selain kisah tentang Penjurit Kepetangan semenjak tahun 80-an lagi.

Wassalam

--Hamzah Fansuri (bincang) 00:55, 17 Julai 2013 (UTC)[balas]

Membuang tag penyelia adalah kesalahan yang membawa kepada penghapusan serta merta tanap sebarang pertanyaan. Meletakkan tag itu semula adalah satu tolak ansur. Lihat sejarah http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Istiadat_Pewaris_Penjurit-Kepetangan_Melayu_(IPPM)&diff=prev&oldid=3231846 Rujukan yang diberikan perlu dinilai semula oleh penyelia dan bukannya dibuang oleh pengguna lain. Yosri (bincang) 04:43, 17 Julai 2013 (UTC)[balas]
Fansuri, apa kata anda letak kembali teg2 tersebut dan biar orang lain nilai? ...Aurora... (b) 06:39, 17 Julai 2013 (UTC)[balas]
Ohh ye ke? Maaf saya kurang mahir tatacara di sini. Lagi pun saya masih mentah dan baru belajar cara-cara menulis rencana di Wiki. Baiklah saya akan letakkan semula untuk penilaian ramai. Alhamdulillah dan terima kasih Tuan Aurora dan Tuan Yosri. --Hamzah Fansuri (bincang) 09:43, 17 Julai 2013 (UTC)[balas]