Perbincangan:Kelejasan rujukan (sains komputer)

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Terjemahan[sunting sumber]

Dari mana anda dapat terjemahan ini?—Aviator, 04:01, 20 Oktober 2008 (UTC)[balas]

Tidak wujud sebenarnya, lejas tidak terdapat di dalam kamus dewan tetapi terdapat di dalam kamus istilah pula (lejasan slaid, lejasan dan lejasan haba). Saya tidak pasti mahu gunakan apa. Satu lagi kebalaman, saya tidak pasti mahu gunakan ia atau kelegapan. Yang pastinya kedua-duanya mesti sesuai. Contoh jernih dengan keruh, lutsinar dengan legap dan lejas dengan balam (rasanya). Tetapi istilah ini berkaitan juga dengan bidang falsafah dan matematik juga rasanya. Tetapi tidak terdapat di dalam kamus istilah untuk ketiga-tiga bidang. Ada pendapat penterjemahan yang lebih sesuai? Kalau ada, bolehlah tukarkannya. Sila betulkan pautannya juga. kurkur 04:15, 20 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Referential transparency bukan satu konsep yang penting (sikit sangat bahasa pengaturcaraan yang menekankan konsep ini), jadi tak peliklah kalau tiada dalam kamus. Mungkin "kelutsinaran rujukan" atau "ketelusan rujukan". Tak tahulah saya.—Aviator, 04:34, 20 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Haha, saya mula-mula gunakan ketelusan rujukan, tetapi kemudian menukarnya, istilah berlawanannya tidak saya ketahui. Kita tunggu saja pengguna lain mempersoalkan istilah ini. kurkur 04:52, 20 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Dalam sains, lut sinar lawannya legap.—Aviator, 04:57, 20 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Sains komputer berkait rapat dengan linguistik, matematik dan kesusasteraan dan jarang sekali berkaitan dengan fizik, biologi ada sedikit, kimia tidak pasti (rasanya tiada). Jadi pemilihan istilah yang sesuai adalah yang berkaitan dengan tiga yang awal. Atau kejuruteraan, saya tidak pasti. Lut sinar juga dieja lutsinar, masih ada di dalam kamus istilah. Seperti biasa, DBP tidak seragam. kurkur 05:08, 20 Oktober 2008 (UTC)[balas]
Oi. Nama lagi sains! :) Referential transparency adalah konsep pengaturcaraan kefungsian, jadi mungkin berkait rapat dengan matematik.—Aviator, 05:12, 20 Oktober 2008 (UTC)[balas]