Perbincangan:Kepeng Kelantan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ejaan betul bagi duit lama Kelantan[sunting sumber]

Ejaan yang betul bagi duit lama Kelantan ini ialah "kepeng", bukan "keping". Ia disebut dengan bunyi e taling /ke/ seperti dalam "kekok", bukan dengan e pepet /kə/ seperti dalam "ketam". Ejaan jawinya .كيڤيڠ Jika dieja "keping", ia akan membawa makna lain iaitu bentuk nipis dan rata, seperti "sekeping" roti atau "kepingan" kertas.

Orang tua-tua Kelantan selalu menyebut duit ini sebagai perbandingan tidak berduit, seperti dalam frasa "Tak dak pitis sekepeng kurap" atau "Tak dak sekepeng habuk". Hal ini menggambrakan kepentingan dan nilai duit ini pada zaman silam, yang pada zaman sekarang digantikan oleh sen, seperti dalam frasa "Tak dak sesen pun".

--Abe Yi 16:52, 11 Ogos 2010 (UTC)

Carian ringkas saya menunjukkan "keping" adalah ejaan dalam BI, oleh itu saya alihkan. ...Aurora... (b) 11:01, 12 Ogos 2010 (UTC)[balas]