Perbincangan:Keropok lekor

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wikipedia dicipta untuk menghasilkan rencana ensiklopedia bukannya tempat berkongsi resipi. Aviator 07:20, 22 Oktober 2006 (UTC)[balas]

Sebenarnya sukar hendak menceritakan rasa sesuatu makanan atau khasiatnya tanpa melihat kepada resepi. Daripada resepi, seseorang boleh membayangkan rasa makanan tersebut. Ini terutama bagi mereka yang tidak pernah mendengar sesuatu masakan tersebut. Ini kerana jangan ingat semua orang pernah merasai makanan yang disebutkan itu.
Selain itu, seseorang dapat mengira khasiat masakan tersebut melalu resepinya. Sebagai contoh, dari resepi kerepok lekor, seseorang hanya perlu mengira khasiat vitamin dalam ikan, di darab peratusan kandungan ikan untuk mendapatkan jumlah / isipadu. Contoh, sekiranya ikan yang mempunyai 80% kandungan protin membentuk 50% dari resepi kerepok lekor, khasiat kerepok lekor adalah 50% * 80%.
Ia juga berguna bagi mengelakkan sesuatu makanan, contoh mereka yang alahan telur boleh mengelak makanan bertelur, yang tidak makan daging lembu boleh mengelak makanan mempunyai daging, yang tidak makan daging babi boleh mengelak makanan mempunyai daging babi, dan seumpamanya. Yosri 09:04, 22 Oktober 2006 (UTC)[balas]
Ini kena buka Portal masakan untuk kategori Ensiklopedia masakan bagi mendaftar resepi-resepi masakan. Yosri 09:21, 23 Oktober 2006 (UTC)[balas]
Dalam Englidh Wikipedia ada Food Portal. Aviator 11:03, 23 Oktober 2006 (UTC)[balas]
Dalam Wikipedia:Wikipedia_bukanlah#Portal_pengetahuan_umum dah kata yang Wikipedia bukan buku resipi masakan. Kalau perlu ceritakan pasal khasiatnya, senaraikan sahaja kandungan keropok tersebut (semua orang tahu keropok dibuat dari tepung sagu dan ikan) dan kaedah-kaedah membuatnya (semua orang pun tahu keropok lekor digoreng atau direbus) dalam bentuk perenggan. Gaya resipi tak sesuai bagi sebuah ensiklopedia.

Ensiklopedia masakan[sunting sumber]

Boleh dibuka bahagian baru Ensiklopedia Masakan. Sesiapa nak menyumbang boleh menyumbang, yang tidak mahu cuma abaikan. Yosri 00:23, 3 November 2006 (UTC)[balas]