Perbincangan:Kesalahan biasa tatabahasa Melayu

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kata Ganti Diri "ia" oleh Pendeta Za'ba[sunting sumber]

Saya ingin menyentuh soal penggunaan kata ganti diri (KGD)"ia" dalam bahasa Melayu. Saya pernah terbaca satu rencana yang ditulis oleh Pendeta Za'ba kita, bahawa "ia" digunakan oleh beliau untuk membawa maksud "bukan manusia".

Jelas, berdasarkan penggunaan ayat-ayat dalam rencana Pendeta Za'ba, beliau menggunakannya untuk menggantikan KGD bagi yang bukan manusia.

ANALISIS: Mungkin kerana beliau beranggapan bahawa "pengulangan" KGD untuk "bukan manusia" bagi ayat kedua dan seterusnya seperti ayat-ayat di bawah ini amat menyusahkan dan memanjangkan ayat kedua dan ketiga tersebut.

Contoh ayat: 1.Kucing itu terasa lapar. Kucing itu berjalan mencari makanan di dapur. Kucing itu menggesel-gesel kaki tuannya.

(Tidakkah ayat ini menunjukkan "pengulangan" yang kerap - serta kelihatan memanjangkan ayat-ayat berikut dan membosankan pembaca?)

2. Pengorbanan merupakan sesuatu yang amat penting. Pengorbanan bukanlah sesuatu yang menakutkan. Pengorbanan tidak patut ditakuti.

(Juga kelihatan memanjangkan ayat dan membosankan.)

MoBs (bincang) 20:33, 13 Disember 2009 (UTC)[balas]

Peraturan bahasa Melayu memang sentiasa berkembang. Oleh itu penting untuk anda nyatakan bila tarikh rencana itu. Tapi memandangkan ia ditulis Za'ba, saya kira perlu merujuk kepada sumber DBP yang lebih terkini. ...Aurora... (b) 15:50, 15 Disember 2009 (UTC)[balas]


Jawapan DBP tentang penggunaan "ia" untuk "bukan manusia"[sunting sumber]

Salam,

Jika dilihat di Laman PRPM menerusi teks pautan "Khidmat Nasihat", pihak DBP menyatakan bahawa "ia" turut digunakan untuk bukan manusia seperti "sesuatu perkara", "binatang", dan "benda" walaupun ada antara jawapan yang diberikan mengatakan pula yang "ia" tak boleh digunakan untuk binatang.

Jadi, saya fikir, penggunaan "ia" untuk bukan manusia seharusnya disemak semula oleh pihak-pihak penyunting atau penulis artikel di Wikipedia ini.

Untuk melihat dengan lanjut, di bawah ini ialah pautan atau URL terus ke laman "Khidmat Nasihat" yang diberikan jawapan oleh pihak DBP sendiri:

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ia&d=10

Okey. Terima kasih teman-teman Wikipedia.

MoBs (bincang)

Nampaknya penggunaan perkataan ia berubah-ubah oleh DBP tetapi jawapan terbaru mereka menunjukkan contoh bagi orang menggunakan perkataan dia, dan ia boleh digunakan bagi haiwan. Oleh itu saya cadangkan kita gunakan dia bagi orang dan ia untuk yang bukan orang agar lebih tetap. Lihat jawapan DBP di bawah
..."ia - 1. kata ganti diri ketiga (bagi laki-laki atau perempuan), dia: hari ni ~ tidak datang ke pejabat; 2. kata ganti benda yg dibicarakan.Merujuk makna yang kedua ia boleh digunakan untuk benda yang dibicarakan termasuklah binatang." (2008-pautan di atas) Yosri (bincang) 22:20, 8 November 2010 (UTC)[balas]
Ya, jika menurut DBP menerusi Laman PRPMnya, ia boleh digunakan untuk orang, benda, perkara(sesuatu), dan binatang. Ini bermakna ia bersifat umum.
Menurut ahli bahasa, -nya berasal daripada ia. Imbuhan akhiran "-nya" boleh digunakan untuk selain orang. Jadi, mungkin inilah sebab ia juga boleh digunakan untuk merujuk orang, benda, perkara(sesuatu), dan binatang. MoBs (bincang)

Pembaikan Topik[sunting sumber]

Secara terus terang, isi-isi topik ini amat menghampakan. Informasinya tidak teratur dan amat membingungkan. Sebagai contoh, untuk tajuk kecil kesalahan ayat, contoh ayat salah ditanda nombor 1 dan pembetulannya pula ditanda nombor 2. Tidakkah penulis artikel ini tahu bahawa kedua-dua maklumat ini berkaitan. Pembetulan itu bukan maklumat atau contoh kesalahan yang berlainan, oleh itu ia tidak perlulah ditandakan sebagai entri yang berlainan. Ini amat membingungkan pembaca.

Selain itu, saya rasa penjelasan lebih lanjut perlu ditambah untuk semua entri. Saya tidak fahamlah kalau penulis hanya menyebut kesalahan itu dalam satu dua ayat. Ini merupakan ensiklopedia yang membantu pelajar bahasa Melayu untuk memperbaiki bahasa mereka. Penjelasan yang pendek tidak dapat meningkatkan pengetahuan tatabahasa pelajar.

Saya tidak mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang saksama, namun saya boleh cuba sedaya upaya untuk memperbaiki topik ini. Saya harap pengguna Wikipedia lain boleh cuba memperbaiki topik ini. Terima kasih. – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Dumbbell123 (bs).

Terima kasih dengan komen anda. Jika anda tidak yakin dengan kemampuan BM atau wiki anda, mungkin anda boleh berikan idea bagaimana mengatasi masalah yg dinyatakan itu. Semoga ada pakar bahasa yg membaca komen ini dan dapat membantu. ...Aurora... (b) 02:58, 18 Oktober 2012 (UTC)[balas]

Kesalaha tatabahasa[sunting sumber]

Jawapan q 210.186.156.3 07:35, 3 Ogos 2022 (UTC)[balas]