Perbincangan:Ketua Menteri Melaka

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pencabulan Hak Cipta Sejarah Melaka[sunting sumber]

2001:E68:440F:6A43:5D83:18EC:F867:F24B 06:01, 15 Mei 2018 (UTC)assalamualaikum Di sini saya ingin membicarakan perihal Hak Cipta Sejarah di negeri Melaka. Di ketahuai umum Negeri Melaka terdapat kesan kesan Peninggalan sejarah yang sangat sangat utuh lagi termashur di Negara. Namun begitu ianya telah di telan oleh kerakusan zaman dan kecuaian manusia. Apa yang ingin saya bicarakan dan persoalkan bagaimana ianya boleh terjadi sedangkan telah terlindung di bawah akta bahan bahan sejarah. Kerakusan manusia di zaman modern yang menyebabkan ianya terjadi. Penduduk atau lebih mesra kita panggil rakyat di Melaka secara dasarnya mengetahui di manakah tempat tempat besejarah ini. Kita pilih tempat sejarah yang sangat menjadi tumpuan para pelancung luar dan dalam negeri. Betul. Bukit st Paul yang terletak nya di bandar hilir Melaka. Disitu mempunyai kesan kesan peninggalan sejarah yang sangat utuh, namun persoalan nya mengapa dan kenapa ianya terlindung dari pandangan mata rakyat rakyat Melaka. Tiada siapa yang memperdulikan akan wujudnya kawasan tersebut. Tiada lagi diguna pakai akan kawasan tersebut walaupun di acara acara rasmi negara. Benar..kawasan tersebut terlalu sempit dan tersorok serta terpencil dari arus kemodenan. Siapa kah yang melakukan tempat tersebut sedemikian rupa atas sebab mengapa. Di sudut ini lah terlahir istilah kerakusan manusia, segala ruang ruang yang ada di kais mencari keuntungan. Tiada ruang ruang rizab yang di ambil kira semuanya harus diubah demi keuntungan. Maka terbinalah gedung gedung gegarsi tinggi sehingga mampu menutupi bukit...bukit st Paul. Mengapa harus di situ, di negeri Melaka tiada lagikah tempat temapt yang boleh di arenakan. Nah sebenarnya kawasan bukit st Paul itu sendiri lah yang menjadikan Bandar Hilir tempat yang mashur di negeri Melaka. Ibarat tetamu melebihi dari tuan rumah begitulah jadinya kawasan di bukit st Paul. Tiada kemudahan yang sistematik di kawasan sejarah tersebut berbanding gedung gedung di persekitarannya. Di rampas segala rizab rizab laluan masuk dan keluar ke bukit tersebut. Bagi pelancung yang pertama kali menjejaki kawasan tersebut akan tercari cari laluan ke halaman bukit tersebut. Walaupun telah di Aktakan namun tiada penguatkuasaan ianya siasia belaka. Segala kesan kesan sejarah di bukit st paul akan terhakis di sebabkan kealpaan rakyat Negeri Melaka. Kajian temu bual di antara generasi baru kini ternyata bukit st paul tidak di ketahui dimana letaknya walaupun mereka mereka yg ditemu bual anak kelahiran Negeri Melaka. Kesedihan tersebut berterusan bilamana ditanya perihal kubu peninggalan sejarah yang dikenali sebagai Afamosa, terdapat safari dan taman tema air didalamnya.Segala galanya telah hilang, naman dan tempatnya telah dirampas bukan oleh penjajah tetapi kita sendiri. Anak anak generasi baru itu tidak salah mereka tidak dipupuk dengan matlumat sebegini, tanya lah pada para pendidik ke manakah rombongan persekolahan mereka yang terakhir. Isu penjenamaan juga telah di rampas, mengapa perkatan Afamosa di tiru sebegitu sekali. Malah hampir 70% reka bentuk gerbang kota juga dibina atas keuntungan perniagaan[balas]