Perbincangan:Kipas-susah-mati

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hwaaa.... Hwaaa.... Hwaaa.... Ini bukan Kipas susah mati. Fan di sini merujuk kepada peminat. Sepatutnya diterjemah Peminat tegar. Yosri (bincang) 10:25, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Ya, itu adalah istilah yang betul, tapi "kipas susah mati" adalah istilah yang tak rasmi. Banyak majalah berbentuk komik yang saya baca menggunakan istilah ini.—Aviator, 11:31, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Haha. ...Aurora... (bincang) 13:53, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Satu lagi perkataan yang menjadi popular sekarang ialah otai. Siap jadi nama filem lagi. Banyak lagi "slang" tempatan yang popular, contohnya sempoi, cuak, cambest, trimas. Macam bahasa lain pula. Kalau baca memang tak faham.—Aviator, 14:18, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Dasar orang tua (haha). Sebenarnya ini bukan istilah rasmi, sama seperti yang dikatakan oleh Aviator. Bukan dicipta oleh pak cik DBP tapi oleh majalah-majalah komik, contohnya komik2 GempakStarz. Rasanya gempakstarz yang memulakan istilah moden ini, tapi tidak ada sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan sedemikian. Jadi susah sikit sekiranya ingin letakkan di dalam rencana. Rencana ini dalam kategori yang sama dengan perkataan otai, dowh dsb. Setakat ini saya letakkan mereka dalam slanga moden, tapi oleh kerana belum pasti apa sepatutnya kategori ini dinamakan, saya tidak ciptakan lagi laman kategori tersebut. Rencana slanga moden pun belum dicipta. — クルニア[binc|sumb] 15:55, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Kalau tak layak, boleh hantar ke Wiktionary (yang masih tandus sekarang ini).—Aviator, 15:58, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Boleh kah? Tapi ini bukan perkataan piawai. Bagi yang rasa istilah ini tidak dikenali, sila pergi ke Pak Cik Google dan taip "kipas susah mati". Kalau ia tidak dikenali atau kurang dikenali, tentu akan cuma ada kurang daripada sepuluh laman yang ada istilah ini. Sekiranya kurang daripada sepuluh, padam saja laman ini. Istilah ini tentu sekali tidak akan ditemui di dalam Berita Harian dsb, tapi ianya memang dikenali dikalangan remaja yang gemar membaca komik2 gempakstarz yang jumlahnya bukan satu dua orang, tetapi ramai. — クルニア[binc|sumb] 16:11, 8 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Sebab lebih berbetuk perkamusan, harus diletakkan di Wiktionary. Perkataan ini sah, walaupun tidak rasmi dan tiada dalam Kamus Dewan, ia tergolong dalam variasi "bahasa slanga".
Sila baca sukatan STPM mengenai variasi bahasa: [1].—Aviator, 21:34, 14 Ogos 2008 (UTC)[balas]