Perbincangan:Kitab Bible

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Istilah Kitab Bible[sunting sumber]

Istilah Kitab Bible tidak digunakan oleh masyarakat Kristian di Malaysia apabila merujuk kepada kitab suci agama tersebut di dalam Bahasa Malaysia. Ia dirujuk sebagai Alkitab dan kebanyakan edisi di dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Malaysia baik yang kuno ataupun yang moden juga dikenali sebagai Alkitab. Ini jelas dengan penerbitan edisi-edisi yang paling lazim digunakan sekarang, Alkitab Berita Baik (ISBN 9830300129) dan Alkitab (Deutrokanonika) (ISBN 9830300137) yang diterbitkan oleh Bible Society of Malaysia, dan Alkitab de Lange yang diterbitkan pada tahun 1677. Pada pendapat saya, penggunaan istilah Kitab Bible untuk artikel ini mungkin bercanggah dengan dasar WP:NPOV dan tidak memberi gambaran yang tepat mengenai amalan masyarakat Kristian di Malaysia. - Bob K | Jom Sembang 19:48, 26 Julai 2008 (UTC)[balas]

Istilah Kitab Bible digunakan oleh Kamus Inggeris Melayu Dewan. ...Aurora... (bincang) 15:12, 28 Julai 2008 (UTC)[balas]
Pada pendapat saya, tafsiran DBP itu mungkin kurang konsisten. Menurut Daftar Istilah MABBIM terbitan DBP, istilah canticle (ayat Alkitab yang dipadankan dengan irama) diterjemahkan sebagai kidung Alkitab. Hakikatnya ialah bahawa masyarakat Kristian di Malaysia tidak menggunakan istilah Kitab Bible apabila merujuk kepada Alkitab dalam Bahasa Melayu dan istilah Alkitab ini telah diguna pakai oleh masyarakat Kristian di Nusantara sekurang-kurangnya sejak kurun ke 17. - Bob K | Jom Sembang 16:15, 28 Julai 2008 (UTC)[balas]
Memang pelik, menurut Kamus Istilah DBP, canticle ialah kantikel. ...Aurora... (bincang) 15:35, 29 Julai 2008 (UTC)[balas]
Sebab tu saya berpendapat bahawa DBP tidak konsisten dan istilah-istilah yang dihuraikan mungkin menurut tekanan politik semasa. - Bob K | Jom Sembang 03:04, 30 Julai 2008 (UTC)[balas]

Gunakanlah istilah yg difahami oleh semua orang, biasalah DBP..... PuteraLuqman Tunku Andre 11:52, 30 Julai 2008 (UTC)[balas]

Ok. ...Aurora... (bincang) 15:15, 30 Julai 2008 (UTC)[balas]

Nampaknya Bobk pindah juga rencana ini ke Alkitab.—Aviator, 21:05, 31 Julai 2008 (UTC)[balas]