Perbincangan:Kuda

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Featured articleKuda is a featured article; it (or a previous version of it) has been identified as one of the best articles produced by the Wikipedia community. Even so, if you can update or improve it, please do so.
Main Page trophyThis article appeared on Wikipedia's Main Page as Today's featured article on Februari 1, 2014.
Januari 31, 2014Featured article candidatePromoted

Minta tolong semua[sunting sumber]

Para pembaca diharapkan menghulurkan bantuan dalam melengkapkan rencana Kuda dengan menterjemah dari rencana BI-nya, membetulkan sebarang kemusykilan berkenaan penggunaan istilah serta membirukan semua pautan yang merah. Disasarkan lengkap menjelang Januari 2014, apabila saya akan mencalonkan rencana ini sebagai rencana pilihan. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 18:15, 3 September 2013 (UTC)[balas]

Rencana sudah disenaraikan dalam laman Ulasan sebaya. Diharap ada yang membantu. --Algazel (bincang) 23:05, 3 September 2013 (UTC)[balas]
Setelah mengkaji dengan mendalam, rupa-rupanya ada kekeliruan dalam definisi kamus online PRPM mengenai lenggok perjalanan kuda (horse gait). Contohnya, saya mencari "trot" dalam Kamus Bahasa Inggeris-Melayunya, dan saya dapat "meligas". "Canter" pun "meligas" walaupun dibezakan maknanya dengan jelas dalam rencana WBI. Tapi "pace" tidak memulangkan istilah yang sesuai berkenaan dengan konteks kuda. Tapi setelah meneliti definisi "ligas" dalam Kamus Dewan, rupanya lebih tepat dengan definisi "pace"!
Saya ungkapkan turutan langkah kaki kuda dalam bentuk huruf Braille, yang mana satu titik mewakili kaki yang memijak tanah dalam satu-satu langkah. Mengikut takrifan yang tertulis pada rencana en:Horse gait dalam WBI, corak langkah kaki kuda dalam trot adalah pepenjuru/diagonal (⠌ → ⠡); sementara pace adalah sisian/lateral (⠅ → ⠨). Menurut Kamus Dewan, "ligas" bermaksud "berlari dgn mengangkat kedua-dua belah kaki kanan dan kemudian kedua-dua belah kaki kiri (bkn kuda dll)", maka lebih tepat dengan pace berbanding trot.
Justeru sebagai langkah memelihara mutu terjemahan, saya terpaksa menyerap istilah trot dan canter ke dalam rencana Kuda dan rencana2 berkaitan sementara menunggu istilah2 jati yang lebih sesuai. Harap maklum dan mudah-mudahan ada cadangan bernas. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 10:37, 8 November 2013 (UTC)[balas]
Menurut buku lama ini, ligas = amble, pace. Istilah lain saya tak jumpa pula selain ligas, dah cuba Khidmat Nasihat? ...Aurora... (b) 14:51, 8 November 2013 (UTC)[balas]