Perbincangan:Laman web

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perbincangan:Laman sesawang)
Laman web merupakan sebuah rencana tentang sains komputer. Ia merupakan sebahagian daripada WikiProjek Komputer bertujuan membangunkan rencana-rencana berkaitan komputer. Sertai WikiProjek ini di WikiProjek Komputer.

Rencana ini dinilai sebagai rencana tunas

Membantah penggunaan istilah "sesawang"[sunting sumber]

Salam,
Saya ada periksa di tapak web DBP (Laman PRPM). Jelas sekali, DBP masih menggunakan istilah laman web untuk terjemahan web page dan istilah tapak web untuk web site. Hal ini berbeza dengan artikel-artikel di Wikipedia yang saya lihat tak nampak seragam dengan istilah dalam bidang Teknologi Maklumat yang dipaparkan oleh DBP di laman PRPMnya -> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=web+page
Namun, pada pendapat saya, jika kita menggunakan istilah "laman sesawang", ia akan menjadikan terjemahannya terlalu panjang. Saya fikir, bahasa Melayu tak seharusnya dibentuk/digubah menjadi bahasa yang rumit dan panjang berjela-jela.
Ini kerana sudahlah bahasa kita ini teramat kurang istilah dalam satu dan dua suku kata.
Maka, kita wajar membanyakkan ciptaan-ciptaan istilah yang bersuku kata satu dan dua saja.
Istilah "sesawang" adalah teramat panjang setelah ditambah "se-". Saya lebih suka jika istilah itu hanya "sawang".
Pasti ada mengatakan penambahan "se-" penting untuk membezakannya dengan makna "sawang" yang asal, tapi saya fikir jika selama ini sesuatu istilah bahasa Melayu boleh membawa 3-5 makna atau lebih kenapa tidak mengekalkan ejaan aslinya tanpa gandaan separa "se-".
Lagipun istilah "web" dalam bahasa Inggeris juga tiada sebarang penambahan/perubahan termasuklah istilah-istilah lain untuk bidang perkomputeran(computing) atau bidang teknikal.
Sekian, terima kasih.

-->Saudara Yosri, saudara telah mencelarukan laman perbincangan ini. Versi akhir saudara telah berlaku "double pasting" dan saudara juga telah menulis komen sebelum tandatangan saya. Jadi saya telah batalkan versi akhir saudara untuk membetulkannya.

MoBs (bincang)

(Maaf- Ulasan melalui tablet + talian tidak kuat, terputus. Mungkin berlaku double posting apabila refresh. Yosri (bincang) 05:08, 9 Ogos 2012 (UTC))[balas]
Sebenarnya kedua dua istilah pernah digunakan. Lihat http://books.google.co.uk/books?id=Nl_LkNbVvw0C&pg=PT43&lpg=PT43&dq=%22laman+sesawang%22&source=bl&ots=0FsX_O9Jcc&sig=ej_4mBd8bDN-rWxdYOn5ptdeIy8&hl=en&sa=X&ei=ro8hUJeDE8H3rQeV1YGwAw&ved=0CDEQ6AEwADgK
Kita bersifat terlalu mengokong, lihat BI, perkataan mad dan angry membawa makna/erti yang sama tetapi tidak perlu ada orang menjadi maharaja yang berkata hanya angry perkataan yang betul. Mana mana pengarang yang ingin menggunakan perkataan laman web boleh menggunakannya. Berkenaan panjang pendek itu, hanya pendapat peribadi, orang lain tiada masalah menggunakan sesawang tidak perlu kita paksa mereka tukar. Wikopedia bukan penetap dasar BM. Yosri (bincang) 22:05, 7 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Istilah "Web Sejagat" atau "Sawang/Sesawang Sejagat" lebih sesuai[sunting sumber]

Saya fikir lebih baik kita selaraskan terjemahan "World Wide Web" dengan "website". Cuba tengok, jika "web" diterjemahkan kepada "sesawang" atau "sawang" saja, tapi sebaliknya berlaku dalam terjemahan "web" untuk "world wide web" apabila ia menjadi "jaringan". Ini boleh mengelirukan.

Istilah "jaringan" hanya sesuai dengan "networking/network", tetapi tidak untuk "web". Maka, saya cadangkan penggunaan "web sejagat" atau "sawang/sesawang sejagat" untuk terjemahan "world wide web" (WWW). MoBs (bincang)

Kalau dalam hal lain kita ikut DBP, dalam hal ini pun kita patut ikut juga. World Wide Web = "Jaringan Sejagat" dan website = "tapak web". Kalau kita buat terjemahan sendiri, nanti lebih ramai orang keliru. ...Aurora... (b) 04:05, 18 November 2010 (UTC)[balas]

Sila Kembali kepada "Laman Web" seperti dlm Kamus Dewan Edisi Empat (terbaru) & PRPM[sunting sumber]

Saya ingin tarik perhatian setiap pengguna atau penyunting Wikipedia agar mengembalikan istilah "web page" kepada "laman web" manakala istilah "web site" kepada "tapak web" berbanding dengan istilah "laman sesawang" yang kini digunakan. Hal ini kerana ia tidak mengikut standard DBP.

Standard DBP (bukan yang disiarkan dalam pautan "Khidmat Nasihat") hanya menggunakan istilah tapak web (web site) dan laman web (web page). Jika kita baca di pautan "Khidmat Nasihat" ada kakitangan DBP menyatakan boleh guna kedua-duanya tapi mana satu kita nak ikut? Dalam soal ini tentulah yang telah dimaktubkan dalam dokumen2 yang telah diterbitkan dalam Kamus Dewan Edisi Empat (terbaru) & kamus Istilah Malaysia dalam bidang Teknologi Maklumat. Betul tak?

Tidakkah Kamus Dewan Edisi Empat dan "Istilah Malaysia" dalam bidang Teknologi Maklumat iaitu istilah2 yang telah sendiri dicipta oleh DBP itu adalah lebih wajar mendapat keutamaan? "Laman sesawang" ialah sesuatu yang baru. Sementara itu, istilah yang telah lama dikenali ramai & digunakan hingga kini ialah "laman web" (web page).

Rujuk sini -> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tapak+web

Saudara Yosri, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) juga telah cipta istilah2 dalam bidang Teknologi Maklumat yang menetapkan secara "standard" (baku/piawai) bahawa penggunaanya ialah "tapak web" (web site) dan "laman web" (web page). Kita harus terima versi yang ini. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat muka surat 875, dan dalam tab Istilah Malaysia di Laman PRPM (mengandungi istilah2 Teknologi Maklumat) yang memaparkan standard untuk penggunaannya di Malaysia dalam bidang tersebut. Rujuk sini -> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tapak+web

Untuk makluman semua, tiada langsung istilah "laman sesawang" dalam kamus edisi terbaru terbitan DBP (Kamus Dewan Edisi Empat). Yang wujud hanyalah istilah "laman web" yang diberi makna berikut:

dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai melalui Internet.dalam WWW yang mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, video dan pautan ke dokumen/tapak web lain.

Manakala di Laman PRPM milik DBP juga, istilah yang wujud dalam kamus (tab) Istilah Malaysia dalam bidang Teknologi Maklumat hanyalah "laman web" (web page). Berkenaan istilah "tapak web" (web site), kalau dalam Kamus Dewan Edisi Empat tiada tercatat istilah "tapak web" tapi dalam kamus Istilah Malaysia di Laman PRPM hanya ada istilah "tapak web" (tiada langsung istilah "tapak sesawang"). Ringkasnya, istilah2 "laman web" & "tapak web" ialah standard yang telah ditetapkan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka (DBP).

Untuk tatapan anda, saya turunkan senarai istilah2 rasmi atau standard:

1. laman web (web page) --> Dokumen elektronik dalam WWW yang mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, video dan pautan ke dokumen/tapak web lain.
2. tapak web (web site) --> Koleksi laman web yang berkaitan.
3. luncur web (web surfing) --> Melawat dari satu tapak web ke tapak web lain.
4. rampasan tapak web (website hijacking) --> Pencerobohan dan perampasan kawalan tapak web yang mengakibatkan laman web asal tidak dapat dicapai.
5. pentadbir web (webmaster) --> Individu yang menghasilkan dan menyenggara tapak web.

Lihat, semuanya tidak mempunyai "sesawang" sebaliknya lebih standard dengan penggunaan "web". Saya tak jumpa "sesawang" dalam carian istilah2 terbitan DBP di Kamus Dewan Edisi Empat, Kamus Dewan Edisi Empat di Laman PRPM, dan di kamus (tab) "Istilah Malaysia" di Laman PRPM.

Jadi, saya harap pihak yang berkuasa dalam penetapan di Wikipedia ini dapat kembali kepada penggunaan "laman web" untuk terjemahan "web page" dan "tapak web" untuk terjemahan "web site".

--MoBs (bincang) 06:03, 9 Ogos 2012 (UTC)[balas]

Lihat penggunaan Laman Sesawang di laman sesawang DBP. Seperti yang dijelaskan, Wikipedia bukan badan kehakiman bahasa yang menetapkan yang betul atau salah. Tambahan lagi seperti yang anda sendiri jelaskan "...Jika kita baca di pautan "Khidmat Nasihat" ada kakitangan DBP menyatakan boleh guna kedua-duanya...". Istilah laman sesawang adalah lebih lama dan juga digunakan secara meluas, rujuk buku Google. Mungkin kita patut menumpukan pada menulis dan kurangkan sedikit kearah cuba menetapkan satu istilah yang lebih betul dari istilah yang lain. Yosri (bincang) 06:57, 9 Ogos 2012 (UTC)[balas]
p.s. Jika anda masih ingin mengusulkan isu ini, sila usul di laman kedai kopi bagi undian. Yosri (bincang) 07:03, 9 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Memandangkan dua2 betul, saya tak kisah mana2. Cuma nak sebut yg isu peristilahan tidak ditentukan oleh "pihak yang berkuasa dalam penetapan di Wikipedia". Tetapi oleh suara ramai dan hujah yg dikemukakan. ...Aurora... (b) 15:41, 9 Ogos 2012 (UTC)[balas]
Lama juga saya tak aktif di Wikipedia. Jadi, dengan ini saya akan membawa usul ini ke Kedai Kopi untuk undian. Sebenarnya memang kita bukan penentu bahasa/istilah tapi atas alasan apa kita memilih sesuatu perkataan? Pasti ada sebab untuk kenapa penyunting A (sbg contoh) mengubah istilah "laman Web" (dulu digunakan di Wikipedia) kepada "laman sesawang", kan? Sebenarnya mengikut pemerhatian saya, istilah "laman web" diperkenalkan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (kini ITBM), tapi ini bukan pihak yang berwajib dalam menentukan istilah standard/bakunya, kerana yang mempunyai kuasa/autoritinya ialah Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). DBP, bukan ITNM (kini ITBM). Oleh sebab itulah kita hanya dapat melihat istilah "laman web" wujud dalam Kamus Dewan Edisi Empat (terbaru) dan kamus-kamus Teknologi terbitan DBP. MoBs (bincang) 16:06, 17 Julai 2013 (UTC)[balas]