Perbincangan:Laozi

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Master2841,
Kenapa artikel Lao Tzu yang disunting oleh saya perlu dikembalikan ke versi terakhir PMPoon? Adakah hanyalah PMPoon layak menyunting artikel ini? Tahukah apa yang saya sunting? Jika tidak tahu, baik semak dulu. Apa salahnya jika membetulkan "Gelaran lepas mati" ke "Gelaran Posthumus"? Apa salahnya menggunakan “Nama Zi ” daripada “Gelaran Kehormat”? Apa yang saya suntingkan adalah berdasarkan sumber benar belaka. Bagaimana hendak menyetarafkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris?
Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai gantian nama yang lebih sesuai untuk “Nama Zi”, dipersilakan, saya tidak akan mengembalikan artikel suntingkan anda ke versi sebelumnya tanpa sebab. Jikalau tak puas hati dengan teguran saya, padamlah artikel ni. Nerake 13:51, 10 April 2006 (UTC)[balas]

Saya mengembalikan rencana tulisan anda ke versi asal karya PM Poon adalah kerana link yang anda sediakan dalam itu ialah link ke Wikipedia Bahasa Inggeris. Malah perkataan gelaran Posthumus tidak wujud dalam kamus Bahasa Melayu. Saya tidak mengembalikan rencana ke suntingan asal jika rencana itu sememangnya sudah baik. — Master2841 19:48, 10 April 2006 (UTC)[balas]
Master2841,

Pernahkah anda menyemak kamus dewan sebelum mengesahkan bahawa Posthumus tidak wujud?? Saya setuju dengan PMPoon bahawa "Posthumus" adalah tidak sesuai tetapi saya mendapat gantian yang lebih sesuai untuknya iaitu "Gelaran Anumerta". Bolehlah semak dengan kamus dewan, jika tidak sesuai, carilah yang sesuai jangan sajaje singkirkan hasil usaha orang, tersinggung tau, terutama tanpa sebab. Jika anda dapati karya sebelum itu telah cukup baik, bagi saya anda merupakan seorang yang senang berpuas hati dengan hasil karya walaupun tidak cukup maklumatnya. Tuan Master2841, apa yang dimaksudkan "link" dalam komen anda. Menurut kamus dewan, "link" bermakna "ukuran panjang yg bersamaan dgn satu per seratus rantai atau 0.2 meter. " Saya pelik dengan makna andalah, maafnya, tak fahamlah.
Tidak buta bertindak.
Sedia memperbaiki jika ingin bermutu.
Sedia terima teguran jika ingin berjaya.
Jika anda panas hati selepas teguran saya, jangan harap nak berjaya dalam cabaran pada masa akan datang.
Nerake 14:25, 11 April 2006 (UTC)[balas]

Nampaknya anda tidak dapat menerima kenyataan bahawa perkataan "Posthumus" itu tidak wujud dalam kamus Bahasa Melayu. Alamat laman yang diberikan oleh saudara PM Poon ialah untuk carian perkataan Inggeris atau Melayu. Cuba anda tekan di sini dan cari sendiri jika anda tidak mempercayai sendiri cakap saya. Tidak wujud perkataan "Posthumus" dalam kamus dewan. Ia adalah perkataan pinjaman Bahasa Inggeris. "Link" yang saya maksudkan ialah link ke wikipedia bahasa Inggeris. Jika anda lihat ruangan sejarah Rencana Lao Zi iaitu di antara laman suntingan anda dan laman yang disunting kembali ke versi asal oleh PM Poon anda lihat link rencana "Gelaran Posthumus" anda ialah terus ke rencana "Gelaran Posthumus" Wikipedia Bahasa Inggeris. Kenapa perlu merujuk ke laman wikipedia bahasa Inggeris sedangkan anda boleh memulakan saja rencana Gelaran Posthumus di Wikipedia Bahasa Melayu. Sekali lagi saya ingin tegaskan yang saya tidak akan mengubah rencana yang dikarang sekiranya rencana itu sememangnya sudah cukup baik. — Master2841 16:33, 11 April 2006 (UTC)[balas]

Master2841,
Anda tak paham teguran saya. Mungkin anda tak dapat terimanya. Jika "Gelaran Posthumus" yang dihubungkaitkan ke laman B.Inggeris adalah tidak wajar, anda boleh menyunting supaya tidak terkait. Adakah asalan ini dijadikan asalan yang cukup baik untuk mengembalikan ke versi sebelumnya? Jika "Posthumus" tidak wujud dalam kamus dewan, carilah gantian yang lebih sesuai, kenapa kembalikan ke versi sebelumnya? Jika "Posthumus" tidak wujud dalam kamus dewan dan tidak wajar digunakan dalam rencana, apa bah kata "Tsunami" yang luas dipergunakan sewaktu "Tsunami" mengambil beratus ribu nyawa manusia pada tahun 2004? Malah rencana bertajuk "Tsunami" wujud dalam wikipedia BM, tahu? sedar? Jika "Tsunami" adalah wajar apa salah dengan "Posthumus"?
Nerake 15:38, 12 April 2006 (UTC)[balas]

Cuba terangkan kepada saya jikalau saya menyunting sendiri rencana itu kembali kepada asal, bukankah rencana itu akan serupa seperti versi asal sebelum disunting oleh anda? Ia sama sahaja bukan, jadi tidak perlu saya mengubah rencana itu. Di wikipedia terdapat sistem yang dapat mengembalikan rencana ke versi asal tanpa perlu menulis semula. Tsunami pula ialah istilah universal bagi ombak besar yang dihasilkan akibat daripada gempa bumi bawah laut atau akibat geleseran bongkah-bongkah batu besar yang jatuh ke dalam laut yang akibatnya menghasilkan tsunami ini. Malah kebanyakkan orang tahu mengenai istilah tsunami ini. Jika ia digantikan dengan istilah ombak besar orang tak akan faham kerana ombak besar juga boleh dihasilkan oleh tiupan angin tetapi ombak jenis ini tidak berbahaya (walaupun dalam sesetengah kes ada yang mati). Justeru itu istilah tsunami tidak harus dibandingkan dengan istilah posthumus. Saya fikir perbincangan ini patut dihentikan di laman ini kerana ia sudah lari daripada tajuk asal. — Master2841 16:59, 12 April 2006 (UTC)[balas]

PMPoon,
Dengan begitu efisien untuk mengemaskinikan artikel ni dan memindahnya ke "Lao Zi". Alasan anda memang adalah begitu tepat sekali tetapi mengikut sistem Pinyin yang sah "Lao Zi" akan dinamanya "Laozi". Oleh itu, saya mengubah semua ejaan "Lao Zi" ke "Laozi" dan mengembalikan "Lao Tzu" bagi ejaan Wade-Giles (sila lihat kembali versi terkini anda). Saya harap perubahan ini boleh diterima dan tidak akan dikembalikan ke versi terakhir anda seperti sebelumnya. Nerake 14:36, 10 April 2006 (UTC)[balas]


Hai Nerake, nada pesanan kedua itu amat baik berbandingkan nada pesanan pertama. Biar kita jangan bergaduh disebabkan sebuah rencana. Menurut Kamus Dewan Bahasa dalam talian, "posthumus" dalam bahasa Melayu bermaksud "of a child born after the death of the father". Saya tidak tahu adakah Lao Zi dilahirkan selepas kematian bapanya. Jika kita cuma bermaksud gelaran yang diberikan kepada Lao Zi selepas kematiannya sendiri, kita tidak boleh menggunakan perkataan "posthumus". Bolehkah anda tolong memeriksa apakah itu "Dan" sebenarnya?

Kita menulis rencana supaya pembaca dapat memahami apa yang ditulis. Walaupun saya seorang Cina, saya juga tidak faham akan apa yang dimaksudkan oleh frasa "Nama Zi", apa lagi dengan kaum orang Melayu yang termasuk Master2841. Kan ini portal bahasa Melayu? Namun kekadang, walaupun sesuatu istilah adalah lebih tepat, kita tidak menggunakannya kerana banyak pembaca tidak akan faham. Oleh itu, kita kekadang harus menggunakan perkataan yang mudah difahami, walaupun istilah itu tidak sebegitu tepat. Kan itu peraturan pertama dalam bidang komunikasi, iaitu sekiranya pendengar tidak faham, ia bermakna anda belum berkomunikasi.

Pengembalian "ke versi terakhir PMPoon" tidak bermakna hanya saya yang layak menyunting. Amalan ini adalah amalan yang biasa jika seseorang pengguna berpendapat bahawa penyuntingan yang telah dibuat oleh seseorang pengguna tidak wajar. Oleh itu, perkaitan yang anda telah buat adalah langsung tidak mengena pada tujuan Master2841. Kita semua cuma merupakan manusia, kekadang kita akan membuat kesilapan juga sewaktu menggunakan budi bicara kita untuk mengembalikan sesuatu rencana. Jika perbuatan ini akan menyebabkan pergaduhan, kita akan selalu bergaduh dalam portal ini. Namun konsep portal masyarakat tidak akan berguna.

Bagi tanggapan saya, Master2841 adalah seorang yang amat baik. Janganlah bergaduh dengannya. Dia tiada niat nak bergaduh dengan anda, ataupun nak menyusahkan anda. Sebagai seorang penyelia portal ini yang amat bertanggungjawab, Master2841 cuma hendak melaksanakan tugasnya, terutamanya kerana kita memang menghadapi banyak pelaku musnah di portal ini. Lagipun, kita tidak biasa mengaitkan rencana kita kepada rencana Wikipedia bahasa Inggeris. Bukan semua pembaca di portal ini yang faham akan Bahasa Inggeris. Lagipun, jika pengguna-pengguna kita membiarkan sahaja sesuatu pautan dalam warna merah, kita akan sedar bahawa rencana itu masih belum ditulis, dan sesiapa yang berminat boleh menulisnya. Bagi orang yang hendak membaca rencana bahasa Inggeris, mereka boleh mencapai halaman padanan melalui pautan bahasa di sebelah kiri skrin.

Nerake, saya tidak pandai dalam bahasa Cina sebab saya daripada aliran bahasa Inggeris. Jika anda tahu ejaan pinyin untuk nama-nama tokoh yang lain dalam rencana ini serta rencana Dao De Jing, boleh ke anda membetulkannya sebab saya cuma menterjemahkan sebahagian besar daripada rencana di Wikipedia bahasa Inggeris yang mengamalkan sistem ejaan Wade-Giles.

Nerake, saya tidak pernah melihat nama anda di portal ini sehingga sekarang. Saya pun tidak terlalu lama kerana saya cuma menyertai portal ini mulai November tahun lepas. Memang tidak dapat banyak pengguna yang aktif di sini, walaupun banyak yang mendaftar diri. Master2841 ialah salah seorang pengguna yang amat aktif di sini. Kami harap anda akan menjadi salah satu daripada pengguna yang amat aktif untuk tujuan mewujudkan sebuah sumber bahasa Melayu yang terbesar di dunia melalui semangat "Malaysia Boleh"!!

(P/S: Nerake, terima kasih atas pembetulan "Lao Zi" ke "Lao Tzu" untuk ejaan Wade-Giles di dalam kotak. Memang itu kecuaian saya, sebab saya tidak menyemak selepas membuat perubahan. Saya menukarkan ejaan rencana ini kepada ejaan pinyin untuk mempersamakan ejaannya dengan rencana Dao De Jing yang menggunakan ejaan "Lao Zi". Anda dialu-alukan untuk memperkembangkan rencana ini juga sebab memang rencana itu tidak kukuh, khasnya dari segi penghuraian konsep Dao De Jing.

Wahhh! Tak perasan pesanan ini terlalu panjang! Saya cuma hendak mengatakan apa-apa dalam hati saya. Memang saya nie amat panjang angin! hehehe) — PM Poon 19:17, 10 April 2006 (UTC)[balas]

PMPoon,

Saya setuju dengan anda mengenai "Gelaran Posthumus" dalam Bahasa Melayu memang tidak sesuai. Saya mencadangkan menggantikan "Gelaran Posthumus" dengan "Gelaran Anumerta", dimana "Anumerta" bermakna "gelaran (pangkat dsb) yg diberikan sesudah seseorang meninggal dunia. " Saya tak pasti samada "Gelaran Anumerta" atau "Anumerta" digunakan, tetapi saya akan menggunakan "Gelaran Anumerta" kerana saya pasti ramai orang pun tak tahu "Anumerta" merupakan gelaran.

Memang ramai orang termasuk orang Cina terutamanya Orang Cina Bukan Cina (OCBC) tidak paham atau tidak sedar akan "Nama Zi". "OCBC" merupakan istilah tidak wujud tetapi dipahami oleh ramai Cina yang membawa maksud orang Cina yang tidak berpengetahuan budaya Cina, seperti apa yang diberitahu. "Nama Zi" merupakan nama yang diberi sewaktu lelaki berkahwin ataupun berusia 20 tahun pada zaman dulu. Biasanya diberi semasa kahwin, walaupun ia kurang dipraktikkan pada zaman ini. "Nama Zi" juga merupakan gelaran kehormatnya, dimana ia digunakan oleh generasi yang sama untuk mengelarnya. Di sebaliknya, "Nama Berian" hanya digunakan oleh orang yang lebih tua atau diri sendiri semasa merendahkan diri. Terima kasih kerana mencungkilkan soalan supaya saya lebih membaca dan memahaminya dengan lebih mendalam.

Adakah perlu kita menyingkirkan penggunaan "Nama Zi" dalam artikel ini untuk mempermudahkan pemahaman pembaca? Bagi saya, penyingkiran penggunaan "Nama Zi" merupakan langkah mengurangkan penghantaran ilmu dan juga mengurangkan kualiti hasil karya. "Nama Zi" tidak harus disingkirkan tetapi perlu adakan artikel baru untuknya. Dengan ini, sesiapa yang membaca artikel ini, bukan sahaja mengetahui siapa dia "Laozi" malah menambah perbendaharaan kata pembaca. Walaupun "Nama Zi" tidak wujud dalam Kamus Dewan tetapi ia boleh ditambahkan dalam Wiktionary menjadi perbendaharaan kata baru (memandangkan Wiktionary hanya ada 22 perkataan pada masa ini). Dengan ini, bukan sahaja pembaca bermaaf, malah B.Melayu turut berkembang maju. Perbendaharaan kata merupakan kunci pengetahuan.

Sebagai seorang penyelia, beliau harus tahu cara menghormati orang lain. Master2841 mengembalikan artikel yang saya suntingkan itu ke versi sebelumnya tanpa sebab merupakan langkah kurang bijaksana. Setiap langkah yang kita lakukan, terutama terhadap hasil usaha orang lain, perlu ada sebab yg kukuh. Sebagai contohnya, anda menyunting artikel Lao Tzu dengan mengantikan "Lao Tzu" dengan "Lao Zi" atas sebab sistem pinyin yang digunakan oleh China. Ini merupakan alasan yang baik untuk menuju artikel ke arah lebih baik. Sesiapapun boleh menerimanya dengan hati terbuka.

Bagi tanggapan anda, Master2841 adalah seorang yang amat baik. Tetapi saya bukan orang yang baik. Saya tak kesah siapa dia, jika bersalah saya tegur. Saya juga tak kesah betapa aktifnya, jika menghasilkan karya kurang berkualiti, saya akan tegur. Jika artikel yang dikaitkan dengan B.Inggeris tidak diterima, biar sunting menjadi merah, kenapa hendak kembalikan ke versi sebelumnya?
Seperti saya cadangkan sebelum ini, mengikut sistem pinyin "Lao Zi" perlu dieja sebagai "Laozi" kerana ia merupakan satu perkataan begitu juga "Kongzi". Saya harap anda boleh membetulkan "Lao Zi" ke "Laozi".

Jika anda mengalu-alukan meningkatkan kuantiti artikel, sorrylar. Saya memang orang cakap kosong dan tidak boleh menulis pasal saya berotak udang.

Jika menulis dengan gaya mudah-mudah tanpa memperkenalkan perbendaharaan baru, mustahil menghasilkan karya berkualiti yang banyak memanfaatkan pembaca.
Nerake 15:40, 11 April 2006 (UTC)[balas]


Hai Nerake, terima kasih atas jawapan yang sungguh mendalam, khususnya pemahaman anda terhadap gelaran-gelaran. Bagi saya, bukannya perbendaharaan baru langsung tidak harus dimasukkan dalam sebuah rencana. Jika mengikut budi bicara kita, kita berasa amat kuat bahawa istilah teknikal harus dimasukkan, kita harus menerangkan istilah ini (tanpa memerlukan pembaca merujuk kepada kamus), supaya seseorang pembaca tidak sesat.

Saya pernah "memperbaiki" sebuah rencana di Wikipedia bahasa Inggeris bertajuk Immune system pada 21 September 2005, sebelum menyertai portal ini. Pembaikan saya itu adalah berdasarkan sebuah rencana dalam New Sunday Times, Malaysia yang saya berpendapat amat bermaklumat dan mudah difahami. Sememangnya, surat khabar adalah pakar dalam komunikasi. Mereka berupaya mencipta rencana mengenai topik-topik yang rumit menjadi amat mudah difahami orang ramai. Sebaliknya, rencana "Immune system" yang asal amat susah difahami kerana dikarang oleh seorang doktor.

Selepas penyuntingan saya, saya menerima pesanan daripada Jfdwolff, seorang doktor Belanda, yang mengkritikkan bahawa bahasa saya terlalu "lay people", iaitu tidak cukup teknikal. Saya membalas dengan mengatakan bahawa Wikipedia ialah sebuah portal untuk "lay people" dan bukannya portal untuk pakar-pakar perubatan. Beliau menerima jawapan saya.

Sebenarnya, saya mendapati bahawa perangai anda amat sama dengan saya. Kita menumpukan kepada kebenaran, tanpa menghirau sebarang perhubungan manusia. Selama-lama ini, saya selalu bergaduh dengan profesor-profesor serta orang-orang atasan saya sewaktu bekerja. Saya tidak menghiraukan adakah mereka Presiden syarikat MNC, Pengarah Urusan, ataupun pemilik syarikat yang saya bertugas. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri pun saya tembak dalam Malaysiakini tanpa menggunakan nama samaran. (Beliau adah teman universiti saya yang sewaktu saya masuk sebagai "freshie", beliau amat membangkang "Akta Keselamatan Dalam Negeri". Kini menjadi timbalan pulak. Tapi beliau tak menghirau saya. Beliau cuma menganggap saya sebagai anjing gila yang menyalak, hehehe.) Oleh itu, saya mempunyai reputasi kejujuran dan sikap berkecuali yang amat kukuh kerana saya tidak memihak sesiapa, cuma mendasarkan kebenaran. Tetapi gaji tak naik, hehehe. Memang saya tidak berupaya mengangkat sesiapa. Bagaimanapun, saya memang sedar bahawa cuma dengan mengangkat orang bahawa kita dapat memperoleh "mentor" yang sanggup memperkayakan kita. Cuba lihat Anwar. Tengoklah beliau sewaktu ada mentor, dan sewaktu tidak. Kan kebijaksanaannya sama sahaja? Walaupun demikian, saya masih tidak mahu mengangkat sesiapa. Mungkin ini disebabkan oleh pemasangan wair dalam otak saya yang saya tidak dapat mengubah.

Jika anda hendak menumpukan kepada kebenaran sahaja, anda telah memilih cara yang lebih susah dalam kehidupan. Bukannya anda tidak dapat berjaya. Memang banyak yang seperti kita yang amat berjaya, tetapi jalan itu memang lekak-lekuk. Cuma ada dua kesudahan: AMAT berjaya, ataupun gagal; tiadanya separuh-separuh! Bagaimanapun, jika pemasangan wair dalam otak sudah begitu, anda pun susah nak mengubahkannya, hehehe.

Oleh itu, saya memilih kehidupan yang sederhana. Biarlah orang pakai Mercedes dan saya menggunakan Proton Saga yang lama, biarlah orang makan udang di restoran mewah, saya masak udang sendiri, biarlah orang hantar komputer kat kedai untuk memperbaiki, saya belajar memperbaikinya sendiri, hehehe. Oleh itu, saya minat belajar ajaran Laozi terhadap kehidupan yang sederhana. Saya amat tertarik kepada Dao De Jing, mula-mula kerana ia tidak panjang, tetapi sekarang kerana Bab I nya yang mengatakan: "Yang tanpa nama merupakan keasalan Alam Semesta dan Bumi; Yang bernama merupakan ibu penciptaan". Kebenaran kenyataan ini telah disokong oleh ahli-ahli sains, melalui Teori "Big Bang". Bagaimanakah Laozi dapat menemui kebenaran ini 2,500 tahun dahulu? Saya masih menggaru kepala, hehehe.

Jika anda pernah melihat tajuk-tajuk rencana (tak perlulah membaca kerana banyak kesilapan, hehehe) yang ditulis saya, saya tidak mengkhususkan mana-mana satu jenis topik. Saya cuma gemar menulis. Dulu, saya cuma menulis dalam bahasa Inggeris. Sejak November 2005, saya sudah berubah dan kini cuma menulis dalam bahasa Melayu.

(P/S: Janganlah kata anda tidak baik. Ini satu kesilapan penggunaan logik. Bila saya mengatakan Master2841 baik, ini tidak semestinya bermakna anda tidak baik. Bagi saya, saya juga bersetuju bahawa keaktifan pada dirinya sahaja tidak mencukupi. Saya mengatakan Master2841 baik kerana saya dah kenalnya selama beberapa bulan di portal ini, dan saya berasa hatinya baik. Saya cuma bernasib baik memasukkan alasan sewaktu menghadapi anda, kerana saya juga banyak kali tidak mengemukakannya, khususnya terhadap pelaku musnah yang memang banyak di sini sehingga saya tidak nak buang masa saya untuk memulihkannya. Bagaimanapun, rencana itu harus dipulihkan untuk kebaikan semua pengguna.

Saya berasa anda juga amat baik kerana anda sudi menerima pengubahan sewaktu anda mendapati bahawa "posthumus" bukannya terjemahan untuk "posthumous". Asalkan ada bukti yang kukuh, anda boleh terima. Tetapi ada sebahagian besar pengguna-pengguna yang tidak bersikap sebegitu. Sewaktu mereka silap, mereka diam-diam saje terhadap perkara itu, dan cari pasal yang lain. Itu menyebabkan saya tidak hendak menyertai forum atau perbincangan yang lanjut dalam talian. Alamak, memang saya nie nafas panjang, hehehe! — PM Poon 19:53, 11 April 2006 (UTC)[balas]

PMPoon, Saya dah baca Daode Jing hasil karya anda. Dari mana rujukan semua itu, nampaknya kukuh artikel itu. Saya rasa anda kena mengemaskinikan rencana-rencana Laozi lar, dimana Taoisme, Sejarah Taoisme dan Lao Tze berselerak dalam wikipedia ini. Lagipun, apa yang dikarya itu, ada yang benar, ada yang menyeleweng, ada yang cuba memburuk-burukkan taoisme. Baik kumpul dan jadikan satu supaya pembaca tidak keliru.

Anda merupakan pelajar aliran B.Inggeris yang tidak paham B.Cina langsung, bagaimanakah ide menggunakan sistem pinyin untuk nama-nama tokoh Cina muncul dalam minda anda? Anda mesti rajin membaca, merujuk dan belajar kan?! Baguslar menstandardkan penggunaan nama-nama tokoh.

Nerake 16:02, 12 April 2006 (UTC)[balas]


Hai Nerake, tidak perasaan anda meninggalkan pesanan di sini sehingga sekarang. Separuh daripada rencana Dao De Jing diterjemahkan daripada rencana Tao Te Ching di Wikipedia Bahasa Inggeris. Lagi separuh saya menulis tanpa sebarang rujukan, iaitu tembak saje:

  • Bahagian atas sehingga bahagian "Ketulenan sejarah" diterjemahkan daripada rencana Wikipedia Bahasa Inggeris.
  • Bahagian Ajaran Laozi serta Lambang Taoisme saya menulis. Bagaimanapun, kenyataan bahawa isi kandungan Dao De Jing terdiri daripada 6 bahagian utama datangnya daripada Pengguna:Ychmatematik.

Saya nie banyak angin. Kekadang suka menulis jenis rencana ini, kekadang jenis itu. Sebenarnya, saya berasa portal ini harus menumpukan kepada bahan-bahan tempatan dan timur dahulu sebelum kita menulis rencana barat. Tetapi saya tidak dapat berbuat demikian disebabkan angin yang tidak dapat dikawal. Sebaliknya, kini saya menterjemahkan rencana-rencana yang berkaitan dengan makanan, kursusnya makanan segera seperti McDonald's, Burger King, Wendy's, Pizza Hut, Dunkin' Donuts, Kentucky Fried Chicken, Coca-Cola, Pepsi-Cola, dan sebagainya, kerana saya memang suka makan makanan segera, hehehe.

Kini, angin saya hendak menumpukan kepada rencana-rencana tatabahasa Bahasa Melayu kerana saya hendak mengukuhkan penguasaan bahasa itu dulu. Kalau tidak, memang susah nak mengarang rencana yang baik. Bagaimanapun, saya tetap akan pulang ke rencana-rencana Taoisme, serta Buddhisme, kerana saya memang hendak mendalamkan pengetahuan saya terhadap kedua-dua kepercayaan nyah agama itu.

Sebenarnya, saya berpendapat bahawa rencana-rencana mengenai Buddhisme dalam Wikipedia Bahasa Inggeris amat rojak, dan tidak tepat pada ajaran Gautama Buddha. Kalau Buddha balik ke dunia ini, beliau harus belajar tentang apa yang telah dikatakan ajarannya kerana memang banyaknya yang beliau tidak tahu! hehehe. Saya berpendapat bahawa pembelajaran Buddhisme harus bermula dengan Buddhisme Theravada, sebelum memasuki Buddhisme Mahayana. Kalau tidak, memang sesat! — PM Poon 12:57, 14 April 2006 (UTC)[balas]