Perbincangan:Makkah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

POV?[sunting sumber]

Saya ada masalah dengan bahagian sejarah rencana ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa Makkah ialah kota terpenting bagi agama Islam. Namun, tidakkah rencana ini perlu ditulis dari pandangan berkecuali as per WP:NPOV? Maksud saya, rencana ini terang-terangan ditulis daripada pandangan Islam. Ia mungkin boleh dijadikan berkecuali dengan menstruktur semula ayat dalam rencana ini seperi berikut, misalnya:

Sejarah

Menurut agama Islam

Penganut agama Islam mempercayai bahawa sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang untuk pergi mengajak manusia kepada Allah ke Palestin. [...]

Tambahan lagi, sejarah Makkah mengandungi lebih daripada apa yang diberikan dalam sejarah pra-Islam. Bagaimana dengan jangka masa antara kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga masa kini? Bagaimana dengan peranannya dalam kerajaan-kerajaan Islam, dan dalam zaman moden? Atau dalam Perang Dunia dan kebangkitan Arab?

Diharapkan penyumbang-penyumbang utama rencana ini take note on this. Thanks. Syahir√2 (bs) 04:17, 22 Disember 2014 (UTC)