Perbincangan:Plat pendaftaran kenderaan Malaysia

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kenapa nombor awalan plat kenderaan bermula dengan negeri Perak (A) diikuti dengan Selangor (B), Pahang (C), Kelantan (D) dan lain-lain.

--60.49.184.34 07:24, 3 Mac 2010 (UTC)[balas]

  • Kalau tidak silap saya, nombor abjad A, B, C dan D diberi berdasarkan kenderaan pertama yang dibawa masuk ke negeri Semenanjung Tanah Melayu, maksudnya abjad A diberi kepada Perak kerana kenderaan pertama dibawa masuk ke negeri Perak. Abjad selepas huruf D diberikan berdasarkan abjab pertama sesebuah negeri, contohnya K kepada Kedah dan T kepada Terengganu. Jikalau saya tidak salah, maklumat ini boleh didapati dari majalah Mastika. Zamwan (bincang) 10:52, 3 Mac 2010 (UTC)[balas]
Nombor plat bermula dengan zaman British, yg memberi Negeri2 Selat huruf P (Pulau Pinang), M (Melaka), W (Province Wellesley) dan S (Singapura). Dikatakan selepas itu huruf A diberikan kepada Perak kerana banyak kenderaan diperlukan di sana untuk mengangkut bijih, yang dibawa ke Selangor (B) untuk dieksport. ...Aurora... (b) 15:52, 4 Mac 2010 (UTC)[balas]