Perbincangan:Orang India Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Fakta tidak tepat[sunting sumber]

Saya rasa ada banyak etnik lain di India berhijrah ke Malaysia.COntohnya Singh..Komen? Abu hamzah (bincang) 05:41, 23 November 2008 (UTC)

Haha, kan penulis dah tulis etnik Punjabi??? PuteraLuqman Tunku Andre 14:51, 23 November 2008 (UTC)

amalan agama yang di amalkan oleh kaum india di malaysia??

Perlu Sertakan Sumber Rujukan yang Boleh Dipercayai[sunting sumber]

Saya lihat sebahagian besar artikel ini tidak disertakan sumber rujukan yang boleh dipercayai untuk mengesahkan bahawa semua yang ditulis adalah berdasarkan fakta-fakta sejarah (daripada pakar-pakar berkaitan) hasil daripada penemuan arkeologi (monumen, artifak, fosil, prasasti/inskripsi, pentarikhan karbon, dsb.), antropologi (budaya ditemui di lokasi arkeologi, dsb.). Semua yang ditulis dalam artikel ini tak seharusnya berdasarkan andaian semata-mata tanpa sebarang bukti konkrit daripada para sejarawan dan para pakar berkaitan.

Sebagai contoh, cuba lihat ayat dalam seksyen "Sejarah" berikut:

"Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu."

Ayat dalam petikan di atas adalah bercanggah dengan penemuan-penemuan arkeologi oleh ahli-ahli arkeologi dan para pakar berkaitan. Ia tidak mempunyai sebarang asas dan bukti kukuh (daripada arkeologi dsb.) untuk menyokong wujudnya penghijrahan/petempatan komuniti India ke Malaysia sejak 2,000 tahun dulu.

Kajian arkeologi yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi di tapak-tapak bersejarah seperti di Lembah Bujang dan Sungai Batu mendapati agama Buddha dan Hindu hanya wujud selepas akhir abad ke-4 dan abad ke-5 Masihi. Jadi, di mana logiknya masyarakat India dikatakan wujud di Malaysia sejak 2,000 tahun dulu jika ia disandarkan pada candi-candi Buddha & Hindu yang dijumpai?

Tambahan pula, penemuan "monumen" kuno di tapak arkeologi Sungai Batu yang telah dibina pada abad ke-2 Masihi (itu kira-kira 1,800 tahun dulu, bukannya 2,000 tahun dulu) tidak mewakili agama Hindu atau Buddha. Malah semua candi Buddha dan Hindu yang dijumpai di Lembah Bujang tidak semestinya mewakili bangsa India kerana ia juga boleh mewakili masyarakat tempatan berdasarkan catatan-catatan sejarah. Bahkan terdapat penemuan tinggalan/artifak masyarakat atau budaya-budaya tempatan di tapak-tapak arkeologi di sana.

Jadi, tiada bukti arkeologi untuk mengesahkan wujudnya migrasi masyarakat dimaksudkan itu pada abad ke-1 hingga akhir abad ke-4 Masihi di Malaysia. Oleh itu, ia harus dipadam untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Untuk maklumat lanjut atau jika anda ingin memahami penemuan-penemuan arkeologi di Sungai Batu dan Lembah Bujang bolehlah lawat blog oleh ahli-ahli arkeologi yang terbabit di tapak-tapak bersejarah seperti berikut: http://arkeosungaibatu.blogspot.com/2011/02/sungai-batu-di-lembah-bujang.html

Terima kasih.

--MoBs (bincang) 17:00, 8 Ogos 2012 (UTC)

Golden Khersonese, Chersonesus Aurea, is the ancient name to refer to the Malay Peninsula by Claudius Ptolemy or Claudius Ptolemaeus (Greek: Κλαύδιος Πτολεμαος; c. 90 –c. 168), known in English as Ptolemy, he was a Greek geographer, astronomer, and astrologer. During the Roman time, the Malay Peninsula ("Chersonesos") developed an international reputation as a source of gold, hence the name was given. Yosri (bincang) 22:38, 8 Ogos 2012 (UTC)

Kaum eropah, Mesir purba telah mendapat bekalan rempah dari India, dari Indonesia/Malaysia sejak Archaeological excavations have uncovered clove burnt onto the floor of a kitchen, dated to 1,700 BCE, at the Mesopotamian site of Terqa, in modern-day Syria. [4] The ancient Indian epic Ramayana mentions cloves. The Romans had cloves in the 1st century CE, as Pliny the Elder wrote about them. Yosri (bincang) 22:43, 8 Ogos 2012 (UTC)
Salam. Saudara Yosri, penerangan atau rujukan "copy paste" saudara seperti di atas tidak menyebut langsung kewujudan komuniti India di Malaysia kuno sebelum akhir abad ke-4 Masihi. Tiada sebarang frasa dalam ayat "copy paste" yang menyebutnya. Maka ia cuma satu andaian & ini tak membuktikan bahawa masyarakat India telah berhijrah sejak 2,000 tahun dahulu ke Malaysia kuno. Cuba baca semula dengan teliti setiap maksud penerangan yang saya tulis di atas.
Istilah yang digunakan dalam ayat tersebut iaitu berhijrah adalah tidak tepat. Berhijrah bermaksud "berpindah atau meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain" - menurut Kamus Dewan Edisi Empat, DBP. Dalam konteks yang dimaksudkan dalam ayat artikel tersebut, ia bermaksud komuniti India telah datang & menetap di Malaysia kuno (seawal 2,000 tahun dahulu).
Saudara mendakwa komuniti tersebut telah telah datang & menetap. Di mana fakta yang boleh dipercayai iaitu hasil arkeologi dan analisis kebudayaan yang wujud pada abad-abad sebelum akhir abad ke-4 Masihi? Agama Hindu & Buddha hanya wujud selepas akhir abad ke-4 dan ke-5 Masihi berdasarkan penemuan2 arkeologi di Sungai Batu dan Lembah Bujang.
Mungkin saudara maksudkan bahawa orang India telah datang berdagang dengan penduduk tempatan di Malaysia kuno seawal 2,000 tahun dahulu (maka istilah "berhijrah" adalah tidak sesuai sekali). Hal ini berdasarkan ayat "copy paste" saudara tentang "cloves" di atas. Kalau inilah maksud saudara, ia mungkin dapat menyokong fakta orang2 India pernah berdagang di Malaysia kuno (Golden Khersonese) tapi tidak bermakna komuniti India telah datang & menetap (berhijrah) ke Malaysia kuno seawal sebelum akhir abad ke-4 Masihi.
Saudara perlu dapat membezakan frasa "pernah berdagang ke Malaysia kuno" dengan frasa "berhijrah" (datang & menetap).
Tambahan pula, kita hendaklah memahami beza antara agama dengan bangsa. Misalnya orang beragama Hindu tidak semestinya dia berbangsa India. Inilah yang kadang2 kita tak dapat nak bezakan.


--MoBs (bincang) 23:58, 8 Ogos 2012 (UTC)

Kitab Hindu kunu itu menunjukkan orang India telah sampai lama dahulu iaitu tarikh kitab itu ditulis. Pelayaran semenanjung ke india dan cina mengikut musim, dengan itu mereka perlu menetap at least sehingga perubahan musim. Tapak carigali itu bukan menunjkkan tarikh terawal penempatan, tetapi kemuncak penempatan apabila relau besi dibina, oleh itu adalah logik penempatan tersebut berusia lebih awal lagi dari tarikh tersebut. Jika masih tidak berpuas hati, tukar dari 2,000 tahun pada selewatnya 1,700 tahun dahulu. Penempatan kaum india tidak bererti pribumi tiada.di kawasan itu.

Saudara Yosri, saudara nampak jelas seperti hanya membuat andaian sendiri dan ia tidak berdasarkan pandangan pakar2 arkeologi di Malaysia. Tapi saya setuju kalau jumlah tahun itu ditukar kepada 1,700 tahun dahulu (bersamaan dengan 300M atau abad ke-4 M, ahli arkeologi melaporkan akhir abad k-4 M/abad ke-5 M).
Berikut ialah pandangan anda yang saya tak setuju:
...tetapi kemuncak penempatan apabila relau besi dibina, oleh itu adalah logik penempatan tersebut berusia lebih awal lagi dari tarikh tersebut.
Saya ingin membetulkan fakta dalam pandangan di atas, saudara maksudkan bahawa sebaik saja relau besi dibina maka berlakulah kemuncak penempatan (proses berhijrah dari India ke Malaysia kuno?). Untuk makluman, tapak industri peleburan besi telah pun wujud atau ada pada abad ke-3 M lagi.
Berikut ialah petikan artikel panjang yang berjumlah 16 muka surat:
The discovery shows that from the 3rd CE, there had been a society that had already acquired the technology of iron smelting in Bujang Valley. [1]
Namun jika saudara maksudkan komuniti India telah datang & menetap (membuat petempatan) di sana seawal abad ke-1 M atau abad ke-2 M (dakwaan 2,000 tahun dahulu) kerana mereka perlu menunggu perubahan angin monsun untuk balik ke India, perlulah ada petikan sumber daripada ahli-ahli arkeologi atau sekurang-kurangnya sejarawan yang membuat rujukan terus kepada ahli2 arkeologi di tapak2 berkenaan di Malaysia. Jika tidak ia cuma dakwaan tanpa bukti konkrit yang juga boleh dikatakan teori atau andaian.
Setakat ini saya belum jumpa mana2 artikel/jurnal yang melaporkan kajian tentang wujudnya petempatan2 komuniti India sebelum abad ke-4/ke-5 M yang membina petempatan di sana sementara menunggu perubahan angin. Selain itu, saudara perlu juga dapatkan rujukan/artikel yang menyertakan bukti2 arkeologi atau sekurang-kurangnya catatan2 daripada pengembara/pedagang asing bahawa terdapatnya petempatan komuniti tersebut antara abad ke-4 M hingga sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka (bukti komuniti India memang wujud dlm catatan2 sejarah tempatan mahupun oleh orang2 asing/pedagang di Melaka ketika itu). Jika tidak ia cuma satu andaian sendiri & ini menyalahi dasar Wikipedia, setahu saya.
Apa yang saya ingat melalui pembacaan artikel dan jurnal arkeologi/antropologi, tidak ada bukti penempatan India di sana sebelum akhir abad ke-4 Masihi, setakat ini. Biasanya ada yang suka mengandaikan wujudnya petempatan orang India dengan melihat wujudnya candi-candi Hindu di sesuatu tempat. Namun, kewujudan itu tidak menentukan bangsa apa penduduk di kawasan tersebut. Ahli-ahli arkeologi/antropologi menentukan siapa masyarakat di sebalik tapak-tapak arkeologi (bersejarah), kehidupan2 sosial, dan budaya bagi masyarakat2 silam berdasarkan tinggalan2 tembikar, alat2 dan artifak2 lain yang sudah pasti meninggalkan klu atau pembayang mereka. [2]

Catatan[sunting sumber]

  1. ^ Naizatul Akma Mokhtar, Mokhtar Saidin & Jeffrey Abdullah. The Ancient Iron Smelting In Sg. Batu, Bujang Valley, Kedah, Universiti Sains Malaysia p. 1.
  2. ^ Robbins, R. H. & Larkin, S. N. (2007). Cultural Anthropology: A problem based approach. Toronto, ON: Nelson Education Ltd.

--MoBs (bincang) 02:51, 9 Ogos 2012 (UTC)

Ramayana[sunting sumber]

Kitab Ramayana ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi. Tempoh antara kurun ke lima sebelum masihi hingga kurun pertama lembah bujang adalah enam ratus tahun, cukup masa untuk berlaku penempatan pedagang yang telah berdagang selama enam ratus tahun. Yosri (bincang) 00:22, 9 Ogos 2012 (UTC)

Saudara nampaknya telah mengubah kepada "...datang berniaga ke..". Saya fikir ini memang lebih sesuai kerana tidak terdapat bukti2 arkeologi untuk menyokong wujudnya petempatan India sebelum akhir abad ke-4/ke-5 M, setakat ini.
Namun jika ditemui sebarang catatan daripada pengembara/pedagang asing ataupun catatan sejarah tempatan tentang wujudnya petempatan komuniti tersebut selepas akhir abad ke-4 M (iaitu permulaan wujudnya agama dari India), di situlah fakta itu baru sesuai dimasukkan (dengan menyertakan petikan sumber rujukan) ke artikel ini.
Terima kasih kerana mengadakan/menjawab perbincangan.

--MoBs (bincang) 03:06, 9 Ogos 2012 (UTC)

Semak Kembali Kata Pinjaman Tamil, Ada Kekeliruan[sunting sumber]

Saya dapati artikel ini (bertajuk "Orang India Malaysia") merujuk "Tamil Influences in Malaysia, Indonesia, and the Philippines" untuk senarai kata pinjaman Tamil dalam bahasa Melayu. Namun begitu, saya terasa amat pelik terhadap istilah "sawapadi" yang didakwa berasal daripada bahasa Tamil.

Dalam artikel ini menyebut "sawapadi" bermaksud "sawah padi" dalam bahasa Melayu. Setahu saya mana-mana kamus antarabangsa yang menyertakan asal-usul istilah berdasarkan etimologi mengakui istilah "paddy" sendiri berasal daripada kata "padi" dalam bahasa Melayu. Tiada sebarang pernyataan menunjukkan istilah "padi" pula berasal daripada bahasa Tamil atau bahasa-bahasa lain.

Sebenarnya dalam bahasa Tamil ia disebut "Arisi" untuk membawa maksud "rice" (beras), manakala yang bermaksud "raw crop" (padi, iaitu yang bersekam) disebut "Nel". Ringkasnya, dalam bahasa Tamil, "rice" = "Arisi", & "paddy" = "Nel". Anda boleh merujuk artikel ilmiah ini: Evolution of Rice in Tamil Nadu An Ancient History oleh Maruthamalai Murugan.R.P, International Research Institute on Tamil Language, Philosophy and culture, Tamil Nadu, India.

Dalam pada itu, istilah "padi" diakui sebagai kosa kata orang-orang "Austronesia" (iaitu termasuk Melayu; dan bermakna ia juga kosa kata asli Melayu). Juga berdasarkan artikel ilmiah di atas. Manakala istilah "sawah" juga bukan istilah asing, ini berdasarkan kamus Shellabear's Malay-English Vocabulary, m/s 104, dicetak & diterbitkan oleh The American Mission Press pada 1902 di Singapura. Kedua-dua istilah "sawah" & "padi" tidak didakwa sebagai istilah yang berasal daripada bahasa asing oleh Shellabear.

Menurut kamus ditulis R.J Wilkinson dengan tajuk An Abridged Malay-English Dictionary (Romanised) dicetak oleh The FMS Government Press pada 1908, istilah "padi" bermaksud "rice in the husk" (beras dalam sekam). Beliau turut mencatat istilah "sawah" bermaksud "a swamp padi-field". R.J. Wilkinson juga tidak mengaitkannya dengan asal-usul bahasa asing.

Selain itu, kamus Marsden bertajuk A Dictionary of The Malayan Language In Two Parts, Malayan and English and English and Malayan, diterbitkan di London pada 1812, juga tidak menyenaraikan "padi" & "sawah" sebagai istilah asing. Dalam kamus ini (m/s 210), "padi' bermaksud "rice in the husk both before and after threshing, as well as in the different stages of its growth; when separated from the husk it is named 'bras' ". Manakala "sawah" bermaksud "ground appropriated to plantations of 'padi' or rice in low, wet situations" - m/s160.

Para penyunting atau penulis artikel di Wikipedia yang lain disarankan merujuk jurnal-jurnal/artikel-artikel ilmiah lain daripada para pakar bahasa & ahli etimologi bagi menyemak semula kata-kata yang dikatakan pinjaman daripada bahasa Tamil (dan bahasa2 lain) agar maklumat yang disampaikan dalam Wikipedia adalah sentiasa tepat.

Antara lain sila rujuk di bawah:

Jika menurut rujukan dalam Wiktionary (dalam pautan di atas), etimologi "paddy" dalam bahasa Inggeris:
From Malay padi (“paddy plant”), from Proto-Malayic *padi, from Proto-Malayo-Polynesian *pajay, from Proto-Austronesian *pajay.
Ini menjelaskan bahawa istilah "padi" sememangnya istilah asli Melayu dan telah tercipta ribuan tahun dahulu yang boleh dijejak wujud dalam masyarakat "Proto-Malayic", "Proto-Malayo-Polynesian", & Proto-Austronesian. Ini bermakna ia tidak berasal dari luar bahasa Austronesia.

Kesimpulannya, terdapat ralat dalam penulisan artikel di Wikipedia ini yang merujuk "Tamil Influences in Malaysia, Indonesia, and the Philippines", ditulis oleh Arokiaswamy, Celine W.M. (2000). Jelas di sini, istilah "sawapadi" sebenarnya memang istilah asli Melayu yang telah wujud sejak Proto-Austronesia (beribu-ribu tahun dulu sebelum datangnya pengaruh luar).

Lebih tepat, "sawapadi" yang dikatakan kononnya "Tamil" sebenarnya berasal daripada "sawah" + "padi" yang merupakan kosa kata asli Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan merujuk artikel ilmiah yang bertajuk Evolution of Rice in Tamil Nadu An Ancient History oleh Maruthamalai Murugan.R.P, International Research Institute on Tamil Language, Philosophy and culture, Tamil Nadu, India.

Harap ia dapat disemak semula agar setiap artikel yang diterbitkan dalam Wikipedia ini sentiasa tepat & boleh dipercayai (reliable). Apatah lagi bahasa Melayu dilihat amat luas dipelajari & digunakan sebagai "lingua franca" oleh pelbagai bangsa dari Barat & Timur sejak zaman Kerajaan Srivijaya (sebelum kedatangan orang-orang dari Eropah) hingga Kesultanan Melaka (didatangi orang-orang Eropah sejak Portugis di hujung pemerintahan kesultanan). Bahkan bahasa Melayu turut digunakan semasa campur tangan politik di Semenanjung Melayu,Sumatera, Jawa, & Borneo oleh orang Inggeris & Belanda untuk komunikasi dengan penduduk & pemerintah tempatan. Keadaan ini telah menyebabkan bahasa-bahasa dari Eropah tersebut bahkan bahasa2 Asia lain turut dipengaruhi dari segi kosa kata yang dipinjam terus daripada bahasa Melayu.

MoBs (bincang) 19:14, 21 April 2013 (UTC)

Carian dalam buku "Tamil Influences in Malaysia, Indonesia, and the Philippines" melalui Google Books mendapati perkataan "sawapadi" tiada dalam buku tersebut. Lalu saya mencari di sejarah laman Wikipedia ini. Saya mendapati perkataan tersebut (dan beberapa perkataan lain) ditambah pengguna awanama pada 16 Januari 2013 tanpa sebarang penjelasan. Jadi saya mengambil keputusan mengundurkan suntingan tersebut. Terima kasih kerana prihatin. ...Aurora... (b) 09:35, 22 April 2013 (UTC)
Sama-sama. Saya sentiasa berharap Wikipedia selalu mengamalkan ketepatan fakta dan boleh jadi sumber yang boleh dipercayai (reliable) oleh para pencari maklumat. Namun begitu, masih banyak yang harus dilakukan oleh setiap penyunting agar setiap artikel menjadi lebih berkualiti dan boleh dipercayai.
MoBs (bincang) 05:29, 24 April 2013 (UTC)