Perbincangan:Organisasi Ajaran Sesat

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya cuma ingin bertanya kalau ada orang yang lebih arif silakanlah beri jawapan (cuma janganlah ada yang merasakan diri pandai atau lebih dari yang lain).

Tentang ajaran sesat yang diuar-uarkan ke serata pelosok negara, nusantara atau dunia sekali pun. Saya cuma nak bertanya tentang firman Allah Taala di dalam Al-Quran yang bermaksud: "HANYA AKU yang MENGETAHUI manakah yang mengikut jalan yang benar dan manakah yang mengikut jalan yang sesat". (Sila cari sendiri surah yang dinyatakan tadi).

Jadi, persoalannya yang ingin saya ketahui ialah kenapa timbul perkataan sesat atau salah ini sedangkan Allah Taala mengaku hanya Dia yang mengetahui tentang perkara tersebut. Berdasarkan ayat tersebut apa yang saya faham ialah, SIAPA KITA yang hendak menjatuhkan hukuman kerna ada juga ayat di dalam Al-Quran yang berbunyi "Jangan melebihi Allah dan Rasul". Kiranya terdapat kesilapan dalam tafsiran atau fikiran diharapkan janganlah dihukum sewenang-wenangnya kerna saya ini seperti pepatah melayu "Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan"

Sekian. — Pesanan tidak tertanda ini telah ditulis oleh Pengguna:219.95.36.36.


Sila nyatakan surah dan nombor ayat al-Quran yang anda maksudkan. Mengikut logik anda, para pembunuh, penzina, penagih dadah dll. yang membuat salah juga tidak boleh dihukum kerana oleh sebab kita juga manusia seperti mereka, kita tidak seharusnya menghukum mereka. Manusia kesemuanya sama taraf dan mempunyai hak sama rata, bukan?
Saya secara peribadinya tidak bersetuju dengan pemikiran relaxed seperti ini. Allah S.W.T telah melantik manusia (iaitu kita) sebagai khalifah, iaitu wakil pentadbiran-Nya, di dunia miliknya ini bersama dengan satu kitab iaitu al-Quran yang mengandungi cara panduan untuk kehidupan yang sempurna untuk mahluknya dengan perintah bahawa selain pengamalan, ia mesti dikuatkuasakan pada setiap masa. Manusia sebagai khalifah juga merupakan agen penguatkuasaan undang-undang Allah S.W.T. dan sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab ini, akan bersemuka dengan-Nya nanti untuk tindakan selanjutnya. Umumnya semua mengetahui apakah yang dilakukan oleh satu pengurus syarikat terhadap pekerjanya yang gagal melaksanakan tanggungjawab. Tetapi Allah S.W.T. pula adalah big boss pula itu kita bukan pekerja-Nya, tetapi hamba-Nya. Maka bagaimana itu?
Tetapi saya juga bersetuju dengan dalil anda yang sesetengah manusia menanggap diri mereka lebih baik dengan mendapat kenikmatan daripada penguatkuasaan undang-undang Allah S.W.T. ke atas orang lain, dan bukannya diri mereka sendiri, dan ini dilakukan untuk diri mereka juga kerana mereka mahu menunjukkan bahawa merekalah sahaja hamba Allah yang baik, dan cara ini salah. Penguatkuasaan mestilah dengan niat baik hendak melaksanakan undang-undang Allah S.W.T., dan paling utama pada diri sendiri, barulah pada orang lain. Orang Islam yang tulen akan melakukan segalanya, bah perkara kecil dan besar, untuk Allah S.W.T. kerana hidupnya adalah untuk-Nya sahaja. Sayangnya orang sebegini telah beransur-ansur tiada daripada dunia lagi, bak dalam para pemimpin atau ulama-ulama mahupun orang kebiasaan.
Oleh ini, saya rasa penyelesaiannya adalah mengikut kesederhanaan seperti yang agama Islam anjurkan, berbanding mengambil tindakan ekstrem seperti penguatkuasaan ketat tetapi tidak bersebab, dan ketiadaan penguatkuasaan iaitu ektrem pada belah hujung satu lagi skala. Semua orang berhak menegur perbuatan tidak baik orang lain asalkan mereka sendiri tidak melakukannya, i.e. Orang yang tidak merokok boleh menegur dan menasihati perokok dll. dan pengaplikasian reasonable man standard seperti dalam undang-undang. Dalam kes ajaran sesat, kita hanya perlu menanya diri sendiri "Adakah orang Islam yang punyai pengetahuan agama dan perihal keduniaan yang cukup dan bersinambung, waras dan baligh akan menanggap perbuatan yang dilihatnya sebagai ajaran sesat?" Jika jawapannya adalah "ya", maka tindakan bolehlah diambil terhadapnya. — Alistair 阿力斯特伊儿 03:20, 21 Julai 2006 (UTC)[balas]



Ajaran sesat merujuk kepada ajaran yang bersalahan dengan ajaran asal tetapi masih mengaku sebagai agama asal. Ia terdapat dalam semua agama Islam, Kristian, dll. Sekiranya ajaran itu membawa agama baru, ia menjadi agama baru (bukan sesat).

Dalam Islam, Nabi Muhammad adalah rasul terakhir. Dengan itu tiada ajaran baru, dan tiada perubahan baru atau undang-undang baru kecuali ianya sesat. Sesiapa yang mengaku Islam tetapi membawa ajaran baru bolehlah dianggap merasa dirinya sebagai Tuhan untuk menukar mengubah apa yang telah di tetapkan Allah. Kerana hanya Allah yang mengetahui jalan yang benar, dengan itu wajib yang bersalahan dengan kitab Allah adalah sesat.

Perkataan yang mudah pun boleh menyesatkan seseorang. Seorang yang berkata, "Islam sudah moden, dan tidak perlu menutup aurat." Kenyataan ini seolah-olah dia lebih besar dari Allah untuk menukar peraturan yang ditetapkan oleh Allah. Seolah-olah Islam itu ciptaan dirinya untuk diubah sesuka hatinya.

Begitulah shaitan menyesatkan seseorang. Bukan sesat itu sekadar erti pergi menyembah berhala, atau yang kesyirikan yang besar-besar.

Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya, Surah AL MUDDATSTSIR, ayat 38.

Mereka yang sesat ini bertanggung jawab sepenuhnya di atas perbuatan diri mereka. Mereka tidak boleh mengaku disesatkan oleh orang lain. Dalam Al-Quran telah dikisahkan akan ada mereka yang mengutuk ibu bapa mereka dengan mengatakan mereka hanya menurut ajaran nenek moyang mereka. Tetapi mereka tetap ke neraka, kerana manusia diberikan akal untuk berfikir. Apatah lagi mereka yang menurut guru-guru sesat ini. Yosri 10:35, 21 Julai 2006 (UTC)[balas]

Memang benar apa yang dikatakan Yosri ini. Antara ajaran sesat yang telah bertapak secara kukuh dari Islam adalah ajaran Bahai, Ahmadi dan di nusantara, agama Watu Telu. Alistair 阿力斯特伊儿 02:28, 22 Julai 2006 (UTC)[balas]

Apakah kamu percaya yang ajaran kamu ikuti itu sendiri adalah BENAR dan ASLI berasal dari Rasulullah dahulu? Soalan: Siapa ramai antara ahli syurga dan neraka? bukankah sebahagian dari golongan yang dituduh sesat ini (boleh jadi adalah BENAR) mempunyai bilangan yang sedikit? bukankah golongan ahli neraka adalah ramai dari ahli syurga yang kebanyakannya adalah muda2 belaka?

Dikisahkan suatu hari dimana telah datang Jibril bertemu dengan Nabi saw lalu Nabi saw bertanya "berapa ramaikah dari kalangan umatku yang akan masuk syurga kelak?" lalu Jibril menunjukkan pada Nabi saw diatas cermin yang Nabi saw pegang dan diletakkan jarum ditengah2 permukaan cermin tersebut. Dari Jibril "Inilah bilangan golongan umatmu yang akan masuk syurga kelak" lalu Nabi saw menangis kerana jawapan jibril itu.

Jadi, lihatlah disekitarmu malah diseluruh dunia sekalipun. Bukankah ramai golongan yang suka menghukum orang dengan perkataan sesat sedang diri sendiri dalam kesyirikan dan kesesatan yang NYATA!!!! Sebab itu umat Islam sekarang lemah belaka kerana suka mengambil tahu tentang orang lain tetapi diri sendiri diabaikan!!! (SUKA JAGA TEPI KAIN). PENAKUT!! takut kononnya orang lain akan sesat. Lihat ayat di atas, 'kerana manusia diberi akal' betapa akal itu penting untuk digunakan, membuat pertimbangan mengikut adab. Dan apakah agama (yakni ilmu yang diturut) nenek moyang kamu pada zaman sekarang?? luaskan pandangan mu dan panjangkan akalmu, bukan satu shj jawapannya. jika satu shj maka fikiranmu masih lagi sempit dan barangkali belum ditunjuki olehNYA.


Seperti yang telah dikatakan, ajaran sesat adalah yang berbeza dengan agama asal. Oleh itu jikalau ada yang mendakwa yang berlainan dari apa yang telah diajari, maka dengan serta merta itu adalah perkara baru. Sekiranya ia mengubah perkara asas, serta merta ia menjadi ajaran baru / diistilahkan sesat. Memang saya percaya yang ajaran saya ikuti itu sendiri adalah BENAR dan ASLI berasal dari Rasulullah. Adakah kamu boleh mengaku perkara yang sama? Yosri 12:05, 6 April 2007 (UTC)[balas]


“Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu.” (Al-Mai’dah : 3).

Dengan yang itu, sesiapa yang menambah-nambah ajaran Islamnya, maka ugamanya sudah tidak sempurna dan sesatlah dia. Yosri 12:32, 6 April 2007 (UTC)[balas]