Perbincangan:Pandan (nyahkekaburan)

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perbincangan:Pandan)

Cadangan pelencongan laman[sunting sumber]

Saya mencadangkan supaya laman ini dilencongkan terus kepada Pokok Pandan kerana nama "pandan" umumnya merujuk kepada tumbuhan ini. Bagi kegunaan lain, saya syorkan supaya laman-laman tersebut disenaraikan dalam laman baru nyahkekaburan dengan nama Pandan (nyahkekaburan). Zulfadli51 (bincang) 06:40, 3 Jun 2018 (UTC)[balas]

Tidak setuju kerana Pandan merupakan banyak nama tempat di Malaysia. Yosri (bincang) 07:16, 3 Jun 2018 (UTC)[balas]
@Yosri: Ya tetapi ke"umum"an setiap rencana tersebut tidak sama. Makna asal pandan merujuk kepada tumbuhan bukan petempatan – petempatan-petempatan yang ada dinamai daripada tumbuhan tersebut. Oleh itu, kepentingan utama pandan adalah 'tumbuhan'. Zulfadli51 (bincang) 09:56, 3 Jun 2018 (UTC)[balas]
SUngguhpun begitu, Pandan kini sudan memiliki beberapa makna, dan patut dikekalkan sebagai nyahkekaburan. Yosri (bincang) 10:00, 3 Jun 2018 (UTC)[balas]
@Yosri: Saya tidak berhasrat untuk memadam laman nyahkekaburan ini, cuma saya lihat lebih baik laman ini ditukar nama menjadi Pandan (nyahkekaburan) daripada sekadar Pandan. Zulfadli51 (bincang) 10:03, 3 Jun 2018 (UTC)[balas]
@Zulfadli51: Saya melihat Pandan (nyahkekaburan) sebagai laman leweh, lebih pada menambah bilangan laman (inflating article count). Selain itu penambahan (nyahkekaburan) tiada dalam penulisan lain dan asing bagi penutur bahasa Melayu, oleh itu saya biarkan penyelia lain mengulas mengenai ini. Yosri (bincang) 10:12, 3 Jun 2018 (UTC)[balas]
@Yosri: Saya beranggapan perkara ini boleh di"nyah"asingkan dengan menggunakan templat kegunaan lain iaitu meletakkannya di awal rencana Pokok Pandan jadi, apabila pembaca mencari "Pandan", walaupun ianya dilencongkan ke laman Pokok Pandan, pembaca juga tidak "sesat" dengan adanya templat tersebut dan diberi arah kepada laman nyahkekaburan. P.S. "(nyahkekaburan)" merupakan versi bahasa Melayu bagi kebiasaan di English Wikipedia i.e. "(disambiguation)". Zulfadli51 (bincang) 10:22, 3 Jun 2018 (UTC)[balas]
Contoh dalam English Wikipedia ialah Apple (disambiguation) Zulfadli51 (bincang) 10:26, 3 Jun 2018 (UTC)[balas]
@Zulfadli51: Seperti saya jelaskan, kebiasaan Wikipedia Inggeris bukan kebiasaan WBM. Juga saya tidak suka memperkenalkan istilah asing dalam bahasa/menggunakan istilah yang hanya wujud dalam WBM, oleh itu saya memutuskan untuk menunggu ulasan penyelia lain. Yosri (bincang) 10:29, 3 Jun 2018 (UTC)[balas]
@Yosri: Sementara menunggu ulasan penyelia lain saya juga ingin menjelaskan dengan lebih lanjut bahawa istilah "nyahkekaburan" bukanlah istilah asing atau baru malah ianya sesuatu yang sangat asas dan sudah lama wujud dalam WBM. Contohnya lihat sejarah templat nyahkekaburan dan laman Anjing (nyahkekaburan). Saya percaya "nyahkekaburan" merupakan jawapan bagi keperluan untuk menterjemah istilah "disambiguation" dalam WBI ketika WBM mula ditubuhkan dan saya hanya mengikut gaya Wikipedia. Sila lihat Is there a primary topic? dan Naming the disambiguation page bagi maksud saya. Zulfadli51 (bincang) 13:14, 3 Jun 2018 (UTC)[balas]