Perbincangan:Parti Aspirasi Rakyat Sarawak

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

State Reform Party (STAR) Sabah telah dilancarkan secara rasminya pada 06 Januari 2012 (Jumaat) tepat jam 4 petang di Dewan KDCA, Penampang, Sabah.

STAR Sabah di Pengerusi kan oleh Datuk Dr Jeffrey G Kitingan.

Pemilihan STAR sebagai platform politik memperjuangkan AGENDA BORNEO bertepatan dengan slogan Unity is Duty yang dilaung-laungkan beliau untuk menyatupadukan Sabahan dan Sarawakian dalam usaha menuntut dikembalikan HAK kemerdekaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Sesuai dengan namanya, Parti Reformasi Negeri atau STAR, berhasrat untuk melakukan reformasi bukan sahaja kerajaan tetapi terlebih penting melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat.

Manifesto Parti akan diumumkan dalam masa terdekat ini untuk memberi lebih kefahaman mengenai halatuju dan perjuangan parti dalam mendepani Pilihanraya Umum ke-13 kelak.

Latar Belakang

State Reform Parti (STAR) telah diasaskan di Sarawak pada 1997 oleh seorang pesara polis bernama Jien anak Nyokek ekoran penyingkiran Dr Patau Rubis dari Parti SNAP, kemudian diterajui oleh Dr Patau Rubis sebagai Presiden STAR pertama.

Dalam Perlembagaan STAR, jawatan Presiden Parti hanya boleh disandang oleh seorang penyandang dalam tempoh dua (2) penggal sahaja. Selepas tempoh dua (2) tahun Dr Patau Rubis menyandang jawatan Presiden, jawatan tersebut telah diambilalih oleh dr Dripin Anak sakoi bermula pada 2011.

1Negara 2Sistem

Perlembagaan Parti STAR ini bertepatan dengan aspirasi Datuk Dr Jeffrey G Kitingan untuk menghadkan jawatan Ketua Menteri Sabah dihadkan tempoh masa selama dua (2) penggal sahaja.

Ianya juga bertepatan dengan cadangan Datuk Dr Jeffrey G Kitingan untuk melaksanakan 1Negara 2Sistem dengan mengasingkan sistem pemerintahan Kerajaan Persekutuan dengan sistem pemerintahan di negeri-negeri Malayisa di Borneo.