Perbincangan:Penyusun

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lebih elok ditukar dari pengompil menjadi pengumpul. Saya kurang senang dengan pengmbilan bahasa inggeris yang sewenang-wenangnya dimelayukan yang sudah menjadi semacam suatu wabak dikala ini. Kumpul dan Compile mempunyai maksud yang seiras.

Benda ni terang-terang ada dalam kamus, jadi rasanya tidak dapat diubah ketika ini. ...Aurora... 14:03, 3 Julai 2007 (UTC)[balas]

People Power[sunting sumber]

Setuju tapi jika ramai yang lebih selesa dengan pengumpul atau penyusun ia boleh diubah. Cheerio helmi 02:01, 4 Julai 2007 (UTC)[balas]

Penghimpun pun boleh juga. Tapi, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menetapkan pengkompil untuk terjemahan compiler. Jadi kita ikut sajalah. ~kurnia~ 16:11, 7 Februari 2008 (UTC)[balas]

Alihkan semula ke pengkompil[sunting sumber]

Rencana ini sepatutnya dinamakan pengkompil kerana ia merujuk kepada istilah pengkomputeran. Ia telah dialihkan ke nama "Penyusun" dengan alasan DBP telah menukar ke "penysun" dengan tiba-tiba. Tetapi dalam kamus komputer ia masih "pengkompil". Kalau tiada bantahan, saya akan alihkan semula rencana ini balik kepada "pengkompil". --Kurnia [ bual ] 02:12, 14 Mac 2022 (UTC)[balas]