Perbincangan:Perhimpunan Bersih 2011

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

apa hasil yag anda dapat dari perhimpunan bersih?!...menyusakan ramai pihak je la... – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh 60.48.28.41 (bs).

Penganjur mahu mengadakan perhimpunan ini dengan alasan mahu "membersihkan" pilihan raya daripada "taktik kotor" seperti rasuah dan pengundi hantu. Selain itu, penganjur mempertikaikan larangan perhimpunan haram dengan alasan ia bertentangan dengan "kebebasan bersuara" yang "dijamin oleh perlembagaan". Namun, ia dianggap sebagai "anjuran Pakatan Rakyat" kerana para pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa mereka sepatutnya boleh menang Pilihan Raya 2008 "jika BN tidak mengamalkan taktik kotor seperti rasuah dan pengundi hantu". Sama ada ia menyusahkan atau tidak, ia bergantung kepada bagaimana pihak yang berkenaan menanganinya. Kalau perhimpunan tahun 2007, memang jelas penganjurnya menyusahkan orang ramai kerana tindakan peserta yang berarak sehingga menyekat laluan-laluan utama menyebabkan kesesakan. Buktinya, hanya peniaga di kawasan laluan penunjuk perasaan sahaja yang terjejas; orang ramai masih boleh keluar masuk KL cuma ada banyak sekatan jalan saja. Tapi kali ini pula jelas pihak yang mahu memerangi penunjuk perasaan itu sendiri yang sebenarnya "menyusahkan orang", kerana mereka sehingga ke tahap menyekat orang ramai keluar masuk KL sehinggakan peniaga di kebanyakan kawasan yang langsung tak dilalui peserta tak boleh cari makan, berikutan paranoia yang keterlaluan. Kalau mereka tak ambil tindakan, bimbang berlakunya rusuhan besar sehingga boleh membawa kepada perang saudara memandangkan Pemuda Umno (di bawah nama Perhimpunan Patriot) dan Perkasa (tak jadi) pun nak berarak bagi menentang Bersih. Kalau mereka bertindak pula, bimbang Malaysia dikecam masyarakat antarabangsa kerana "kononnya menjunjung demokrasi dan hak asasi manusia" tetapi dalam masa yang sama pula "menggunakan keganasan polis" untuk menangani penunjuk perasaan. Apa pun, ini semua hanya pendapat sendiri sahaja yang tidak sesuai untuk dimuatkan dalam rencana. - Hezery99 (bincang) 14:37, 14 Julai 2011 (UTC)[balas]
Diingatkan bahawa halaman perbincangan ini digunakan untuk menambah baik rencana, bukannya kaunter pertanyaan :) 175.141.115.91 15:13, 14 Julai 2011 (UTC)[balas]
Sekiranya isu tersebut dilaporkan oleh akhbar / media, ia boleh diletakkan bersama rujukan dalam rencana. Pendapat sendiri amat tidak digalakkan.Yosri (bincang) 16:56, 14 Julai 2011 (UTC)[balas]
Setuju. Sumber rujukan sahih itulah yang seharusnya menjadi rujukan, bukan pendapat individu. Kalau setakat kata perhimpunan Bersih itu menyusahkan orang, itu hanya pendapat sendiri sahaja. Tapi kalau disertakan dengan sumber rujukan sahih, misalnya laporan yang membuktikan para peniaga rugi akibat perhimpunan tersebut, itu boleh dijadikan rujukan. Untuk menjadikan rencana ini lebih neutral tanpa berat sebelah terhadap kerajaan ataupun pembangkang, sumber rujukan mestilah dipelbagaikan serta seimbang kandungannya. - Hezery99 (bincang) 00:33, 15 Julai 2011 (UTC)[balas]