Pergi ke kandungan

Perbincangan:Persidangan Meja Bulat Indonesia–Belanda 1949

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Tambah topik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perubahan nama kepada: Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda 1949

[sunting sumber]

Hai, saya ingin mendapatkan sokongan dan pandangan untuk mengubah judul rencana ini supaya lebih umum menjadi Persidangan Meja Bulat Indonesia–Belanda 1949. Judul semasa "Konferensi Meja Bundar" pada saya, tidak menonjolkan keberkecualian pada namanya. Apa pendapat kalian? @Fandi89 @Ultron90 @26 Ramadan @PeaceSeekers @Hakimi97 - Zahirul Nukman 04:14, 19 Oktober 2024 (UTC)Balas

Tajuk terkini memang patut diubah kerana terlalu berasaskan bahasa Indonesia (mengikut sebab asal tajuk dipindahkan ke tajuk terkini oleh Anumengelamun, tajuk terkini memang menggunakan bahasa Indonesia dan bukan bahasa Melayu umum).
Pada asalnya, saya ingin menyokong tajuk yang dicadangkan oleh saudara Zahirulnukman tetapi tanpa tahun seperti versi di enwiki, tetapi setelah melihat versi nlwiki menggunakan tahun, saya lebih cenderung mengikuti versi tersebut memandangkan itu rencana dalam bahasa asalnya. Kesimpulannya, saya setuju dengan tajuk baharu yang dicadangkan. Ultron90 (bincang) 04:45, 19 Oktober 2024 (UTC)Balas
Saya setuju dengan pandangan saudara dan Ultron90 berkenaan isu ini dan juga bersetuju dengan penamaan semula tajuk yang dicadangkan sebab saya perhatikan kebanyakan tajuk BM bagi artikel bertopik Indonesia ditukar kepada tajuk bahasa Indonesia oleh Anumengelamun yang kini telah disekat sejak 2021.
Fandi89 (bincang) 06:04, 19 Oktober 2024 (UTC)Balas
Saya setuju dengan pandangan saudara berkenaan hal ini. "Konferensi Meja Bundar" kedengaran terlalu asing pada pendapat saya selaku penutur jati bahasa Melayu. محمد حكيمي (bincang) 09:49, 19 Oktober 2024 (UTC)Balas