Perbincangan:Pluralisme agama

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
 Pertumpahan darah yang berlaku pada masyarakat Barat ketika itu adalah disebabkan dasar eksklusif dalam DAKWAAAN KEBENARAN, yang dimonopoli atas nama agama (Truth Claim). Contoh dakwaan kebenaran yang ketara adalah tiada keselamatan (salvation) melainkan mereka yang menganut agama Kristian Katolik. Isu yang sama juga dirakamkan dalam Al-Quran,    
     
       "Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar" [Al-Baqara:111)

2. Sikap saling memusuhi dan tidak toleran masyarakat dalam menerima kepelbagaian agama (Religious Intolerance). Ini mengakibatkan negara yang mempunyai penganut agama yang berlainan tidak tenteram dan sering bertelagah sesama sendiri.

3. Peranan pluralisme yang sangat signifikan (Significant Role) dalam meleburkan permusuhan yang berlaku. Pluralisme juga dilihat mampu mengurangkan peperangan yang berlaku antara Kristian Katolik dengan Protestan, Mormon, Orthodoks dan sebagainya. Selain itu, ia juga dilihat berkesan menangani permusuhan Barat dengan Islam yang disifatkan dengan terrorisme dan ekstremisme.