Perbincangan:Polemik kedudukan bahasa Melayu di Malaysia

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perkembangan bahasa Melayu[sunting sumber]

Saya ada terbaca tentang ini di jurnal Pemikir. Kita tak dapat menafikan bahawa bahasa Inggeris kini menjadi lingua franca kepada bahasa dunia. Tapi kerajaan sepatutnya mengambil langkah pro-aktif menyebar luas bahasa ibunda sebagai teras budaya ilmu bangsa. Cadangan yang terbaik buat para ahli Wikipedia ialah untuk terus menterjemah dan menulis rencana-rencana berkualiti melalui WBM. Kembangkan lagi BM sebagai wadah ilmu. Jadikan WBM sebagai salah satu tempat yang boleh dijadikan rujukan tak rasmi. Ini memerlukan rencana yang berkualiti dengan rujukan yang berkredibiliti. Mungkin ahli Wikipedia lain boleh berkongsi teknik terbaik bagaimana ingin menjadikan sesebuah rencana di WBM menjadi berkualiti dan boleh dibaca mudah oleh semua golongan. -- i wong (bincang) 04:01, 13 Januari 2013 (UTC)[balas]

Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Bukan itu sahaja, seharusnya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu bukan sahaja di sekolah malah patut diluaskan terutamanya di IPTA,IPTS dan institusi-institusi pendidikan yang terdapat di Malaysia, barulah semua orang terutamanya rakyat Malaysia akan kagum dan bangga dengan bahasa kita sendiri.--Aplikasi (Bincang) 04:16, 13 Januari 2013 (UTC)[balas]