Perbincangan:Pusat PERMATApintar Negara

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini ditulis kelihatannya oleh bukan sekadar pelajar/bekas. Penyuntingnya dikehendaki mengistihar kaitan mereka dengan organisasi bagi mematuhi syarat Wikipedia. Yosri (bincang) 18:23, 4 Ogos 2018 (UTC)[balas]

Saya sudah mengisytiharkan kaitan saya dengan PERMATApintar. Sila rujuk sini. Slainthayer(bincang) 14:00, 5 Ogos 2018 (UTC)[balas]

Sila baca ini dahulu[sunting sumber]

Untuk Penyelia yang mahukan Verifibaliti: Pusat PERMATApintar Negara diletakkan dibawah Sektor Pengurusan PERMATA, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. [Organisasi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia]. PERMATApintar tidak diletakkan bersama sekolah lain kerana struktur sekolah ini berbeza dengan sekolah KPM lain. PERMATApintar juga adalah sebuah institusi di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia.[[1]]

Saya, Slainthayer adalah penyumbang utama dalam artikel ini. Saya adalah pelajar sekolah ini. Kami cuba dengan sedaya upaya untuk mencari sebanyak mungkin fakta dan data selain laman web rasmi kolej dan program [2]. Tetapi mendapatkan akhbar tentang fakta-fakta PERMATApintar sebelum tahun 2016 sangat terhad. Kami tidak memakai blog bekas pelajar kerana boleh diragui kesahihannya.

Kami sedang mencuba sedaya upaya untuk menulis artikel ini melalui pandangan neutral. Jikalau anda mempunyai sebarang bantahan terhadap ayat-ayat atau frasa-frasa spesifik dalam artikel ini, sila berbincang di sini dan tidak terus memadamkan keseluruhan blok teks tersebut. Kami percaya rujukan yang agak bias lebih baik daripada tiada rujukan kerana sekurang-kurangnya kami boleh memberi peluang kepada editor lain untuk mengesahkan fakta-fakta.

Pengguna:Slainthayer (bincang). 9:16 (UTC)

Peringatan[sunting sumber]

Ini adalah artikel sekolah. Kebanyakan informasi hanya boleh didapat daripada laman web sekolah. Jikalau ada yang komplen disebabkan ada konflik kepentingan, sila padam semua sekolah di Malaysia dahulu sebelum kolej ini. Sekolah lain di Malaysia kebanyakannya tidak mempunyai apa-apa rujukan dan kebanyakan adalah rujukan dari minda penyumbang utama sahaja.

Kami sudah cuba sedaya upaya untuk menambah sebanyak mungkin rujukan walaupun tidak berkualiti mengikut polisi Wikipedia kerana sekurang-kurangnya kami dapat memberi laluan kepada penymbang masa hadapan (selain kami) mengesahkan fakta-fakta diperlukan.

Jikalau pengguna ingin menimbulkan isu tidak notable saya ada satu soalan, "Mengapa semua SBP dan MRSM di Malaysia boleh mempunyai artikel Wikipedia sendiri tetapi PERMATApintar, diketahui oleh ramai kerana liputan besar oleh media dan ahli politik pembangkang dan kerajaan tidak boleh?". Sila jangan hipokrit. Kebanyakan sekolah-sekolah ini jarang mempunyai liputan media tetapi PERMATApintar sudah berpuluh-puluh kali dilaporkan media samada bebas atau melalui kenyataan media oleh pihak pentadbiran.

Semua sekolah memiliki Kod Sekolah, dan boleh dirujuk di Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri. Bagi organisasi laain (yang tiada kod sekolah dan merujuk berita akhbar lapuk), sila patuhi dasar Wikipedia bagi pengesahan dan kelayakan, untuk penilaian penyelia. Penyumbang bertanggung jawab memasukkan pautan rujukan. Yosri (bincang) 15:48, 5 Ogos 2018 (UTC)[balas]
Verifiability (Dipetik daripada pengesahan: Readers must be able to check that any of the information within Wikipedia articles is not just made up. This means all material must be attributable to reliable, published sources. Additionally, quotations and any material challenged or likely to be challenged must be supported by inline citations
Rujuk sini : [3][4][5]
General notability guideline (dipetik daripada Kelayakan ): If a topic has received significant coverage in reliable sources that are independent of the subject, it is presumed to be suitable for a stand-alone article or list.
Rujuk sini [6][7] [8] [9]
Ketika peringatan diberi, rencana itu tidak memiliki rujukan akhbar, dengan itu tiada bukti ia layak. Rujukan akhbar hanya dimasukkan selepas tindakan diambil. Ulasan mengomel mengenainya hanya dilakukan oleh anda selepas memasukkan rujukan. Rujukan dalam laman perbincangan tidak diambil kira dan diabaikan. Anda juga diingatan agar tidak membuang kritikan jika dimasukkan, dan mengelakkan membuat penulisan berbentuk promosi. Yosri (bincang) 11:14, 8 Ogos 2018 (UTC)[balas]