Perbincangan:Republik China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pada tarikh November 02, tahun 2005 hari Rabu rencana 'Republik China' telah dicipta bagi tujuan menerangkan tentang kerajaan yang memerintah di Taiwan. Perlu ditekankan disini bahawa artikel 'Republik China' dan 'Taiwan' adalah artikel berlainan dengan artikel ini menerangkan tentang entiti Taiwan sebagai sebuah 'political state' manakala artikel 'Taiwan' lebih kepada asal-usul Taiwan sebagai pulau. Rencana ini pada ketika ini sedang mengalami pengalihan bahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

November 03, 2005

Laman Siap Dan Dibuka Untuk Semua[sunting sumber]

Pada tarikh 12 November 2005, artikel ini telah siap diterjemah daripada Bahasa Inggeris dan dibuka kepada dunia Melayu untuk melihatnya, orang ramai juga dijemput memberbaiki dan memelihara article ini.

12 November 2005

Terima kasih kerana menyumbangkan rencana yang begitu lengkap dan menarik. Tidak mahukah anda mendaftar dan terus menyumbang di sini? Aurora 03:06, 14 November 2005 (UTC)

Pembubaran rencana ini[sunting sumber]

Dengan ini saya mengistiharkan pembubaran rencana ini seperti termaktub dalam cadangan di Perbualan:Taiwan Alistair 14:42, 12 Mei 2006 (UTC)

Dari talk:Republik China di Taiwan selepas pengalihan[sunting sumber]

Rencana ini dicipta selaras dengan cadangan memisahkan perihal Republik China dan Taiwan untuk menggelakkan kekeliruan. Lihat Perbualan Taiwan untuk penerangan lanjut. Rencana ini pada masa ini masih dalam peringkat pembinaan dan anda dijemput untuk memperbaikinya. Sila keluarkan maklumat berkait Republik China sebelum 1949 dan bataskan kandungan rencana ini kepada pemerintahannya di Pulau Taiwan sahaja. Alistair 15:56, 9 Mei 2006 (UTC)

Sayalah yg melakukan pengalihan. --Edmund The King of The Woods! 17:54, 23 November 2007 (UTC)

Apa yang anda buat ni? Tak baca Perbualan:Taiwan ke!? Sila jangan ganggu persetujuan. Terima kasih. Alistaire (bincang) 14:23, 26 Januari 2009 (UTC)

Apa Ni?[sunting sumber]

Pening selepas baca rencana ni. China ada artikel sendiri. Mengapa harus dicampur dengan Taiwan? Kalau macam tu, Republik Cyprus Utara(tak pasti, lihat daftar negara) pun harus ditukar.

Apa yang anda tak faham? Republik China (nama rasmi Taiwan) dan Republik Rakyat China (nama rasmi China yang kita kenali) dua insitusi dan negara yang berbeza. Republik Turki Cyprus Utara merupakan wilayah pisah dari Cyprus yang mempunyai kuasa pemerintahan de facto. -Yk Yk Yk 12:44, 24 November 2007 (UTC)

Peresiden baru[sunting sumber]

Ma Ying-jeou akan mengambil alih tampuk pemerintahan ROC dari Chen Shui-bian mulai 20 Mei kelak. Sila bersiap sedia. 219.95.210.225 04:17, 24 Mac 2008 (UTC)