Perbincangan:Sandakan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suluk dan tausug ada banyak perbezaan. namun kedua- duanya menutur bahasa yang sama tetapi dialek punya sedikit kelainan. Suluk merupakan suku kaum asli bumiputera di Sabah. Mereka mendiami pesisir pantai seperti di Sandakan, Lahad datu, Tawau dan sempurna.Suluk mempunyai tamadunnya tersendiri iaitu semasa pemerintahan kesultanan sulu. Melalui kuasa ini, mereka berjaya membuka beberapa kepulauan di Filipina (masa tu Filipin belum wujud).

Bersama dengan kuasa kesulatanan Brunei masa itu, banyak kawasan yang dibuka. Contohnya Sultan Omar Ali Saifuddien I merupakan Sultan Brunei yang memerintah kerajaan Brunei dari tahun 1740 hingga 1795. Pada 1769, baginda menitahkan angkatan Brunei diketuai oleh Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela Awang Aminuddin menyerang Manila dan berjaya menduduki Manila. Manila berasal dari bahasa Arab iaitu "maniuLlah".

Kesultanan Sulu tidak bermula di Filipin tetapi ia bermula di Borneo. Ramai orang- orang Suluk berhijrah dan menetap di Filipin. Hanya sedikit yang tinggal di Borneo dan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Hari ini suku kaum Suluk masih terus memperjuangkan kebudayaan mereka. Orang- orang Suluk yang terus menetap di Filipin dipanggil tausug. Pemikiran mereka terus dijajah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka dibeza- bezakan dengan kaum di sana. Visaya lebih mendapat kemudahan berbanding dengan mereka. Hidup mereka cukup tertekan. Mereka terdidik dengan pemberontakan. Hari ini mereka menjadi warga asing di Sabah. Mereka menyusup datang tanpa izin. Kerana berlatarbelakangkan penghidupan yang tidak baik semasa di Filipin mereka sering membuat kacau di Sabah. Malah mereka turut menggelar mereka Suluk. Akhirnya apabila ada kes jenayah berlaku yang dilakukan oleh tausug, Suluk yang dituduh. Itulah hakikatnya!

kebenaran teks akan diteliti, terima kasih, au sug kau? hehe--Tearfate 16:50, 11 Februari 2007 (UTC)[balas]