Perbincangan:Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

SMK. Bandar Putra, Kulai telah ditubuhkan pada 1 Januari 2004 yang terletak di alamat PTD, Jalan Nuri 9 Bandar Putra, 81000, Kulaijaya, Johor Darul Takzim. Sekolah ini mendapat namanya sempena nama taman perumahan di kawasan sekolah ini dibina. Bagi memastikan kelengkapan sekolah diuruskan dengan baik pihak Pejabat Pendidikan Daerah telah melantik En. Safari bin Basir sebagai penyelaras. Pertemuan pertama untuk membuka sekolah ini telah diadakan pada 5 November 2003, tanpa Pengetua. Kerja-kerja awal seperti menentukan arah tuju sekolah dan konsep sekolah telah diuruskan oleh En. Anuar bin Jais dibantu oleh En. Safari bin Basir dan Pn. Hjh. Norsiah bte Osman.

Sekolah ini merupakan sekolah kawalan yang cuba dibangunkan dengan tujuan meningkatkan pencapaian akademik daerah Kulaijaya. Idea ini telah dicetuskan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tn. Hj. Markom bin Giran. Pada peringkat permulaan sekolah ini akan menerima pelajar seramai 450 orang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Konsep terkawal menyebabkan sekolah ini hanya menerima pelajar terbaik yang akan dimasukkan ke dalam Rancangan Khas Agama, Rancangan Khas, Program Khas dan pelajar aliran sains tingkatan 4. Tarikh 5 Januari 2004 adalah tarikh keramat sekolah kerana pada hari ini sekolah menerima pelajarnya yang pertama. Tugas merealisasikan visi sekolah diketuai oleh Pengetua pertama sekolah ini iaitu En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan dan dibantu oleh 29 orang guru dan 8 orang kakitangan sokongan.

Pengoperasian sekolah ini telah mendapat bantuan sepenuhnya daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Penyerahan Plak Pengoperasian sekolah ini telah diadakan pada 12 Januari 2004. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Zakaria bin Hj. Abd. Shukor. Dengan adanya majlis ini semangat seluruh warga sekolah telah meningkat untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah sekolah yang terbaik di dalam daerah Kulai.

Kemasukan ke sekolah ini disaring oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya. Oleh yang demikian, pelajar- pelajar yang ditawarkan masuk ke sekolah ini merupakan pelajar- pelajar yang bersekolah rendah di daerah Kulaijaya sahaja. Syarat minimum untuk kemasukan ke tingkatan 1 ialah sekurang- kurangnya mendapat 3A dan 2B dalam peperiksaan UPSR. Namun begitu, disebabkan oleh permohonan yang begitu tinggi untuk memasuki sekolah ini, syarat- syarat tersebut menjadi semakin ketat saban tahun dan akhir- akhir ini, murid yang mendapat 5A (SK) dan 7A (SJKC & SJKT) di dalam peperiksaan UPSR sahaja akan ditawarkan masuk ke sekolah ini.

Pelajar- pelajar harus mengekalkan pencapaian semasa berada di sekolah ini. Untuk mengekalkan tempat di tingkatan 4, para pelajar harus mengekalkan pencapaian dengan mendapat sekurang- kurangnya 6A dan 2B dalam peperiksaan PMR.