Perbincangan:Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Usul pemindahan tajuk berdasarkan keputusan penundaan penganjuran[sunting sumber]

Pada 24 Mac, pihak IOC telah mengumumkan penundaan sukan ini kepada tahun hadapan. Saya dan SNN95 di Discord WBM telah berbincang tentang usul pemindahan rencana untuk menukar tajuk rencana selaras dengan keputusan tersebut, yakni "Sukan Olimpik Musim Panas 2020" ke "Sukan Olimpik Musim Panas 2021".

Setakat maklumat yang saya dapat, pihak IOC tidak berhasrat untuk menukarkan nama rasmi, jadi mereka masih menggunakan tahun 2020 dalam nama rasmi. Kebanyakan versi Wikipedia juga dilihat mengekalkan tajuk yang sama. Oleh itu, saya ingin buka perbincangan ini untuk mendapat pandangan yang lebih menyeluruh. Harap maklum dan terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 03:04, 25 Mac 2020 (UTC)[balas]