Perbincangan:Sultan Muhammad Shah (Brunei)

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sultan Muhammad Shah adalah anak yang ke tiga daripada 14 saudara. Di atas persetujuan semua ahli saudaranya, beliau dijadikan Raja Brunei yang pertama di Brunei yang mana ketiga itu Brunei. Pada TM 1362, baginda telah berkahwin dengan Puteri Johor (Tumasek Tua) bernama Puteri Ratna Kesuma dan beroleh seorang putera bernama Pengiran Mudan Hassan dan seorang puteri bernama Puteri Ratna Dewi (isteri kepada Awang Ong-Sum-Ping - seorang putera daripada negeri China semasa zaman Dinasti Ming).

Setelah baginda memeluk agama Islam, baginda digelar sebagai Sultan Muhammad Shah. Bagindalah yang mula-mula sekali dipercayai di dalam sejarah Brunei secara rasminya sebagai pengasas ajaran Islam di Brunei. Islam, kemudiannya berkembang di negeri Brunei. Dan Kesultanan Melayu Brunei juga bermula dari sini (Sistem Beraja).