Perbincangan:Tenaga

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tenaga tidak boleh hilang atau dimusnahkan merupakan satu prinsip yang tidak logik dan karut. Yang tidak boleh hilang atau dimusnahkan hanya Allah Taala mengikut Sains Kesyukuran.


Kita hendaklah mengambil iktibar bahawa tenaga hanya tidak boleh hilang atau dimusnahkan sehingga hari kiamat, dengan kehendak Allah semata. Yosri 10:38, 10 November 2005 (UTC)[balas]

Soalan Pertama[sunting sumber]

Mengapa tenaga hilang dan dimusnahkan secara beransur-ansur di dalam banyak keadaan? Contohnya, pembakaran bahan api. Tenaga yang dijanakan akan susut dan hilang. Ia tidak dapat dikembalikan sama sekali. Bukankah ini bermakna ia boleh hilang dan dimusnahkan?

Bertukar bentuk[sunting sumber]

Tenaga tidak hilang tetapi bertukar bentuk. Sebagai contoh sekiranya sekeping kayu mempunyai potensi tenaga 100 unit. Apabila dibakar 20 unit bertukar menjadi cahaya, 40 unit bertukar menjadi haba, 10 unit menjadi bunyi, bakinya menjadi yang lain-lain. (Ini contoh sahaja, bukannya pengiraan sebenar.) Untuk lebih terperinci, sila rujuk kepada Wiki Inggeris yang lebih lengkap.Yosri

Tenaga Bertukar Bentuk, Menyusut dan Hilang[sunting sumber]

1. Tenaga bertukar bentuk, menyusut dan hilang. Ia bertukar menjadi cahaya, haba dan bunyi. Cahaya, haba dan bunyi ini kemudiannya susut, habis atau hilang. Ia merupakan hakikat yang perlu diterima oleh saintis. Tiada yang istimewanya berkenaan tenaga. Tidak ada tenaga atau perkara yang kekal.

2. Edisi bahasa Inggeris mengatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta dan alhamdulillah ia tidak diterjemahkan ke dalam edisi Melayu. Ia merupakan kesilapan yang besar kerana tenaga dicipta dalam banyak keadaan termasuk keadaan awalnya. Yang tidak boleh dicipta hanya Allah.

Alhamdulilah di atas keperihatinan saudara.

  1. Wikipedia adalah satu himpunan pengetahuan manusia, terhad kepada keupayaan manusia. Dengan itu sebarang kenyataan mengenai ciptaan adalah semata-mata merujuk kepada keupayaan manusia. Sebagai contoh, tenaga tidak boleh dicipta (oleh manusia). Nyawa tidak dapat dilihat (oleh manusia).
  2. Allah mencipta malaikat (satu makhluk) sebelum manusia dan mematikannya pada hari kiamat. Dengan itu kenyataan mengenai tenaga tidak hilang dan hanya bertukar bentuk tidak bertentangan dengan hakikat ciptaan Allah. Pada hari kiamat, Allah berkuasa melenyapkan tenaga, dengan kehendakNya semata, sebagaimana Allah akan mematikan para malaikat.
  3. Saudara tidak perlu bersusah hati mengenai urusan Allah, sekadar pelajari, fahami dan bersyukur dengan apa ciptaan Allah.
  4. Pernyataan bahawa tenaga tidak hilang, hanya bertukar bentuk, ini berdasarkan pemerhatian, kajian, dan pengiraan manusia terutama dalam tindakan kimia. Ianya masih tertakluk kepada hukum Allah dan berlaku dengan kehendaknya. Kita tidak perlu menafikan apa yang telah ditetapkan oleh Allah.Yosri 11:29, 14 November 2005 (UTC)[balas]

apa benda la korang merepek ni... 1) sains tu bukan la benda yang betul2 pasti, ia berubah2 ikut dapatan terkini atau hasil perbincangan yg mana lebih make sense. ia berdasarkan hipotesis, pembuktian etc. jadinya tak payah la keluarkan assumptions yang tah apa2 kalau setakat nak cakap je 2) nak buat bateri? apa tu bateri? tindakbalas kimia menyebabkan pergerakan elektron (prinsip & pemahaman atom pun masih berubah2 sampai sekarang). untuk menghasilkan bahan kimia asal bagi bateri perlukan tenaga. nak cerita pasal bateri pun panjang lg... 3) Allah menciptakan satu set tenaga untuk kegunaan semua mahklukNya. pada hemat saya, Allah yang satu adalah absolute sumber dan pemilik tenaga. apa2 makhlukNya guna, cuma sikit2, pinjaman semata, taka wujud cerita memiliki tenaga. kalau ada sapa manusia kata dia buat tenaga, tak tau la kata apa. tentu saja Allah boleh musnahkan tenaga mengikut kehendakNya mengikut kepercayaan kita. tetapi pada level manusia, kita faham tenaga yang ada kita boleh berubah, tenaga itu tidak hilang begitu saja, atau secara magiknya datang. oleh itu kita faham bahawa satu2 perkara bersumberkan kepada perkara lain, kita faham kalau kita buat satu perkara akan ada tindakbalas. pemahaman ini juga membolehkan mesin2 pengubah tenaga dihasilkan, kita faham tentang kecekapan dan kehilangan x) tambahan, kuasa tu adalah hasil perubahan tenaga secara terkawal. pada level makhluk, sapa yang dapat kawal perubahan tenaga yang besar, ia dianggap berkuasa (kuasa tu sendiri relatif, tak termasuk kecekapan etc)

Mengapa hanya Tenaga?[sunting sumber]

Syukur alhamdulillah di atas peringatan tersebut. Namun saya tertanya-tanya mengapa di dalam banyak perkara yang dipelajari oleh sains, hanya tenaga yang dikatakan tidak boleh dicipta atau dimusnahkan? Kalau mengikut kata-kata saudara, ia dicipta Allah dari awal. Sama juga dengan matahari, bumi, batu dan sebagainya. Tapi kenapa tenaga sahaja yang dikatakan tidak boleh dicipta atau dimusnahkan?

Apakah istimewanya tenaga? Mengapa sains tidak menyatakan perkara sebenar bahawa di dalam tindakan kimia tenaga yang dicipta sama ada di dalam makmal atau di dalam lapangan sebenarnya akan dimusnahkan sebelum dunia kiamat lagi.

-- Saya tidak pernah mengatakan matahari, bumi, batu dan sebagainya dicipta semenjak awal. Hanya saudara mengandaikan sedemikian. Saya menyatakan sekiranya sesuatu tahan sehingga kiamat, maka ia tidak bersalahan dengan sifat makhluk (malaikat juga makhluk).

Tiada apa yang istimewa dengan tenaga. Cuma pengiraan secara sains menunjukkan ianya berubah-ubah bentuk. Fikirkan tentang air. Kita minum air, kencing, masuk longkang, masuk laut, terpelowap menjadi awan, hujan, kita minum sekali lagi. Tetapi air boleh diurai menjadi atom oksigen dan hidrogen, yang kedua-duanya masih boleh dipecahkan menjadi unsur lebih kecil. Tetapi bagi tenaga, manusia masih belum berupaya mengukur samada ia boleh diurai lebih lanjut. Dengan itu tenaga dikatakan kekal (sehingga ada pengiraan lain yang membuktikan sebaliknya). Seperti yang dikehendaki oleh Islam, sesuatu perkara mestilah berlandaskan bukti yang nyata. Kebenaran itu hak.Yosri 04:15, 16 November 2005 (UTC)[balas]

Tenaga boleh dihuraikan[sunting sumber]

Anda mengatakan tenaga tidak boleh dihuraikan. Tapi di dalam keadaan sebenar, apabila ia digunakan ia memang dihuraikan kepada jumlah yang lebih kecil. Anda sepatutnya berfikiran jujur di dalam sains dan tidak menyamakan sesuatu yang ragu-ragu dengan yang hak. Buangkan ego anda demi kebenaran.

Anda membandingkan air dan tenaga sedangkan kedua-duanya melalui proses yang tiada banyak bezanya. Tenaga akan diolah mengikut tindakan yang dikenakan terhadapnya. Contohnya, daripada tenaga pembakaran matahari kepada tenaga haba dan lenyap. Ke mana? Musnah? Nyatakan dengan jujur sama ada musnah ataupun tidak?

Saya menciptakan satu bateri. (Sebelumnya tiada bateri). Saya lengkapkan litar dan nyalakan mentol dengannya. Nyatakan dengan jujur dan ikhlas siapakah menciptakan tenaga secara langsung di dalam hal ini?

(Jangan lupa anda belum menjawab ke mana perginya tenaga jika ia tidak musnah di dalam pembakaran bahan api? Di manakah ia dan mengapa ia tidak dapat dikembalikan jika ia tidak dimusnahkan?)


  1. Saya andaikan saudara bukannya troll.
  2. Saya menyatakan fakta dalam sains, saudara pula menyatakan pendapat saudara. Sekiranya saudara ikhlas bertanya, saya telah jawap. Kalau saudara hendak menunjuk pandai, maaf, saya tidak dapat melayan.
  3. Saya tidak perlu jawap, jawapannya ada dalam keabadian tenaga.

WassalamYosri 09:16, 25 November 2005 (UTC)[balas]

Sama ada troll atau apa jua kata nista dilemparkan, pahala akan diberi Allah Taala kepada orang yang ikhlas memperjuangkan kebenaran, insya-Allah. Mungkin saudara dan mungkin saya, atau semuanya.

Insya-Allah, dengan barakah Ilahi pada tahun 2010 ini, saya akan membuktikannya melalui keabadian tenaga (bahasa Inggeris)yang saudara maksudkan. Sesiapa yang berminat, boleh melihat sendiri artikel perbincangan yang jelas menunjukkan bahawa tiada kaitan langsung antara konservasi tenaga (bukannya keabadian tenaga) dengan kalimah kufur 'Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan'.

Sebelum saya mengakhiri di ruangan Bahasa Melayu ini, saya membuat pesanan berikut:

1. Tiada ruginya mempercayai bahawa 'Tenaga BOLEH dicipta dan dimusnahkan.' 2. Sebaliknya, mempercayai secara membabi buta fakta sains kuno yang sekadar 'ikut sedap mulut' tidak membawa manusia ke mana-mana. 3. Kenyataan perenggan 1 bukan sahaja logik dan saintifik, malah akan membawa sains lebih jauh lagi. Insya-Allah. 4. SEMUA jisim dan tenaga tidak boleh dicipta atau tidak boleh dimusnahkan MELAINKAN dengan kehendak Allah Taala.

Allah jua Maha Mengetahui. 203.82.66.201 05:48, 4 Januari 2010 (UTC)[balas]

Troll hanyalah istilah/gelaran bagi mereka yang suka membuat ulasan kontrovesi supaya orang lain marah, dan saya tidak menganggap ianya sebagai satu kata nista. Anda dialu-alukan bagi membuktikan dalam bahasa Inggeris dakwaan anda di laman Inggeris. Mereka memiliki lebih kepakaran bagi membuktikan atau menafikan sebaliknya. Jika anda berjaya membuktikannya, tidak mustahil anda dapat anugerah nobel. Saya tidak mempercayai secara membabi buta fakta sains kerana ia boleh dibuktikan melalui ujikaji yang boleh diulang oleh sesiapa yang berminat. Sesiapa yang boleh mencabar bebas mencabarnya (dengan fakta) dan boleh melakukannya dipenerbitan saintifik. Selamat bejaya dalam usaha saudara membuktikan pendapat anda. Yosri (bincang) 08:58, 4 Januari 2010 (UTC)[balas]