Perbincangan:Tronoh

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah Tronoh di sekitar 1970-an dan awal 1980-an

Tronoh merupakan pekan yang pesat membangun disekitar pertengahan 1970-an ke awal 1980-an. Wujudnya beberapa kilang amang telah menyumbangkan pekerjaan kepada penduduk di sekitar Tronoh. Malahan terdapat kilang yang membawa masuk pekerja daripada Indonesia (contohnya Kilang Amang Seri Kenering Sdn.Bhd). Pekerja akan ditempatkan di kongsi (asrama pekerja). Kilang-kilang ini banyak bertumpu di tempat di mana beradanya Universiti Petronas sekarang. Disekitar kampus universiti ini juga pada suatu masa dahulu dikelilingi oleh berpuluh lombong yang jernih dan dalam. Lombong-lombong ini menjadi habitat kepada itik-itik liar yang kini telah tidak dapat dilihat di kawasan berikut. Kehadiran itik-itik ini pada masa dahulu mewujudkan pemandangan yang amat mendamaikan. Selain itik terdapat juga sejenis burung yang membuat sarang di dalam lubang di lereng-lereng bukit. Burung ini membunyai bulu yang berwarna-warni dan ciri istimewanya ialah ia berjalan kearah belakang. Haiwan liar seperti kijang, landak, pelanduk dan babi hutan juga selalu dapat dilihat disekitar pinggir hutan.

Kejatuhan harga bijih timah pada awal 1980-an telah menyebabkan hampir kesemua kilang amang ini berhenti beroperasi.