Perbincangan Wikipedia:Calon rencana baik

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

–== Gunung Sarut Terengganu ketinggian 1229mdpl ==

Gunung Sarut merupakan puncak tertinggi di Daerah Setiau Terengganu. Dengan ketinggian 1229 meter dari paras laut. Hutan ini jarang di jejaki, memiliki flora & fauna yang masih terpelihara sehingga tahun 2018. Pendakian Gunung Sarut bermula dari di Lata Payung Setiu Terengganu. 25 KM dari Bandar Seri Langkap Setiu Terengganu. Terletak dalam Hutan Simpan Hulu Nerus. Katagori Hutan Dipterokarpa Bukit. Lata Payung satu masa dahulu telah diwartakan sebagai Hutan Lipur. Namun disebabkan kes kepala air yang kerap berlaku, Hutan Lipur Lata Payung ditutup kepada orang ramai. Namun Latar Payung sangat popular dikalangan pendaki yang ingin mendaki ke puncak Gunung Sarut. Lokasi Gunung Sarut adalah mengadap pantai Setiu. Udara panas dan lembap dari laut di sekitar Pantai Penarik, Pantai Rhu 10 dan Pantai Merang akan bergerak menuju ke Gunung Sarut. Ini puncanya hujan bukit kerap berlaku di Gunung Sarut dan air Lata Payung akan menjadi besar secara tiba-tiba dan terjadinya kepala air. Azman Abdullah (bincang) 04:59, 23 Februari 2018 (UTC)[1][balas]

ANTARA SOLAT DAN SEMBAHYANG[sunting sumber]

 RENCANA : ANTARA SOLAT DAN SEMBAHYANG

Oleh SATA SAALIMUN

                     Assalamualaikum dan salam sejahtera...
                  Firman Allah SWT surah an-Nisaa’ ayat 103 ,

maksudnya “Maka dirikanlah solat ,maka sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang beriman yang tertentu waktunya”.

        Bangsa Melayu sebelum datangnya Islam adalah penganut Hindu

mengikut sejarawan.Ada pula yang tiada agama,malah ada yang menganut agama Buddha dan lain-lain agama yang menyesatkan.

        Negara Champa mendapat Islam pada 1100 Masehi,manakala Melaka

pula pada 1402 Masehi.Ada juga sejarawan mengatakan Islam ke Melaka sejak tahun 1200 Masehi .Dikatakan Terengganu menerima Islam lebih awal dari Melaka mengikut bukti Batu Bersurat iaitu 1282 Masehi.Kedah juga dikatakan menerima Islam seawal tahun 1000 Masehi.

        Mengikut catatan sejarah China,orang-orang Arab telah sampai ke

Sumatera pada 684 Masehi iaitu 62 tahun setelah Islam lahir di bumi Mekah. Manakala Khalifah Ma’mun ar-Rasyid ( mangkat 833 Masehi ) dikatakan menghantar 100 orang pendakwah ke nusantara untuk menyebarkan Islam. Raja Aceh ketika itu dikatakan menerima islam dan bermulalah penyebaran Islam di bumi Indonesia.Malah anak Raja Aceh dikatakan berkahwin dengan anak Khalifah al-Ma’mun.

        Ada pula sejarawan berpendapat Islam ke Nusantara melalui 

China ketika zaman Khalifah Othman ibnu Affan r.a.Apabila China menerima Islam,ia disebarkan ke nusantara sebelum tahun 700 Masehi oleh pendakwah dari China.

        Tiada tarikh yang tepat kedatangan Islam ke bumi Nusantara di mana

majoritinya bangsa Melayu.Namun fakta sahih ialah sebelum memeluk Islam,majoriti bangsa Melayu adalah penganut agama Hindu,Buddha dan sebagainya.


        Ini disepakati sejarawan dan banyak bukti kuil Hindu dan Buddha 

di Indonesia,Thailand,Filiphina,Champa dan lain-lain kawasan Nusantara.Justeru memang benarlah Melayu dahulu kala menganut agama Hindu,Buddha dan sebagainya.

        Perkataan sembahyang di mana sembah ialah menyembah dan 

‘yang’ ialah berhala mengikut bahasa Sankrit.Jadi ribuan tahun Melayu menggunakan perkataan sembahyang dengan maksud sembah berhala.

        Apabila Islam datang ke nusantara,perkataan sembahyang digunakan

hinggalah kini.Jika dahulu maksudnya sembah berhala,kini bermaksud menyembah Allah SWT.Namun persoalannya kenapa perkataan tersebut masih digunakan sedangkan bangsa Melayu banyak meminjam perkataan Arab seperti masjid,azan,tasbih,sejadah dan sebagainya?Jika boleh meminjam perkataan arab lain,mengapa sembahyang tidak ditukar?

        Mengapa tidak gantikan sembahyang kepada solat atau bersolat?

Jika Melayu boleh meminjam perkataan masjid,tasbih,sujud,sejadah, rehal,Quran,kiblat dan lain-lain perkataan Arab,mengapa sembahyang masih digunakan sedangkan ada perkataan alternatif iaitu SOLAT ?

        Ketika Melayu masih beragama Hindu dan Buddha,apabila 

ditanya pergi mana?Mereka menjawab sembahyang kerana di kuil ada berhala.Maka maksud sembahyang yang dituturkan ialah sembah berhala di kuil.

        Yang ( Yhang ) memang bermaksud BERHALA.Puluhan kamus

dan enskopedia yang penulis temui,ianya bermaksud BERHALA.Maka sembah-yang ialah SEMBAH BERHALA.

        Islam sentiasa mengajak kepada kebaikan.Sebuah hadis sahih

menceritakan Nabi SAW bertanya nama kepada seorang sahabat perempuan dan wanita itu menjawab namanya “Aasiyyah” yang bermaksud

“Yang Derhaka”,lantas Nabi SAW menukar namanya kepada JAMILAH 

yang bererti “Yang Cantik”.Itulah kecantikan dan kemolekan Islam . Apabila sesuatu yang buruk dan memalukan,Islam menukar kepada kebaikan dan kecantikan serta keelokan termasuklah nama dan bahasa.

        Islam agama yang amat indah.Sebuah hadis SAW bermaksud

“Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan”.

        Perkataan sembahyang yang digunakan ribuan tahun sepatutnya

ditukar kepada solat dan bersolat.Solat adalah perkataan Arab yang ada dalam al-Quran dan hadis.Solat itu jelas menunjukkan makna yang benar, bukan seperti sembahyang yang bermaksud sembah berhala.

        Sampai bila kita mahu gunakan perkataan sembahyang sedangkan

solat atau bersolat lebih baik dan indah?Kenapa masih mahu gunakan perkataan yang jelas menunjukkan kepada perbuatan syirik iaitu sembah berhala?

        Ketika Islam mula bertapak di Mekah,puluhan berhala di Kaabah

dan kota Mekah.Apabila Nabi SAW dan para sahabat membebaskan kota Mekah,kesemua berhala dihancurkan dan dibinasakan.Kota Mekah menjadi tanah haram ,tiada lagi orang bukan Islam dan berhala di tanah haram hinggalah sekarang.

        Islam adalah agama yang amat suci.Sejarah menunjukkan ketika 

islam memerintah Andalus ( kini Sepanyol) ,tiada penindasan berlaku dan bukan Islam bebas mengamalkan agama.Andalus melahirkan ribuan cendekiawan dan tokoh terkenal dan kesan pemodenan Islam seperti Kota Al-Hambra dan sebagainya masih wujud hingga kini.

        Apabila Salahuddin al-Ayubi  rahimahullah menakluk Baitul 

Muqaddis,orang bukan Islam diberi pilihan sama ada kekal berada di Baitul Muqaddis dan taat kepada pemerintahan Islam atau keluar dengan aman.Tiada kejadian membunuh atau kezaliman berlaku.Ia amat berbeza apabila tentera Salib berjaya menawan Baitul Muqaddis,di mana kanak-kanak,wanita dan orang tua dibunuh dengan kejam tanpa rasa kemanusiaan dan simpati.

        Lihat sahaja kekejaman tentera Mongul menakluk kota Baghdad,

orang Islam dibunuh dengan kejam,perpustakaan yang memiliki jutaan buku dibakar dan sungai Furat menjadi hitam dan merah akibat kesan kebakaran kota Baghdad.


        Kisah-kisah yang dipaparkan bukanlah propaganda,namun kisah

benar mengikut sejarawan Islam,Kristian,Yahudi,China dan sebagainya. Malah jika membuka Wikipedia sekalipun,sejarah yang disebutkan adalah sama dan ianya FAKTA.Wikipedia adalah kamus moden menjadi rujukan penduduk dunia termasuklah mahasiswa universiti!

        Ketika dunia Islam zaman keemasan,tiga perempat dunia menganut

Islam dan teknologi moden hari ini sama ada sains dan teknologi, kejuruteraan,muzik,perakaunan,sejarah,bahasa,budaya dan sebagainya diasaskan oleh Islam.Jutaan buku teknologi ditulis oleh sarjana Islam seperti Ibnu Sina,Ibnu Battuta,al-Farasi,al-Farabi dan sebagainya.Jutaan cendekiawan dari Eropah dan China datang ke Baitul Hikmah ( Perpustakaan terbesar zaman Khalifah,mempunyai lebih 3 juta buku ) untuk menimba ilmu teknologi dan pemodenan dan memaksa diri belajar bahasa arab kerana buku-buku pada zaman tersebut ditulis dalam bahasa arab.

        Lihat sahaja buku al-Qanun Fittib karangan Ibnu Sina masih 

dibuat penyelidikan universiti ternama seperti Oxford dan Harvard. Ini membuktikan buku-buku ilmiah karangan sarjana Islam masih laku pada abad ke 21 ini.

        Apabila Andalus tewas kepada tentera Salib,mereka tidak 

membinasakan bangunan dan teknologi yang diasaskan sarjana Islam. Mereka akui kebolehan sarjana Islam dan tokoh yang memajukan Andalus hingga digelar Kota Ilmu di Eropah pada zaman tersebut.

        Pada majlis makan malam wartawan Amerika di New York pada tahun 90an ,seorang wartawan bukan Islam berdarah Amerika berkata
“Pemodenan dunia hari ini adalah hasil sumbangan cendekiawan dan

sarjana Islam.Kita tidak boleh menafikan sumbangan mereka.”. Hadirin yang mendengar ucapan wartawan tersebut bertepuk tangan mengiyakan kata-kata wartawan tersebut.

        Ibnu Nafis rahimahullah contohnya telah menulis 600 buah buku

tentang muzik dan pemodenan muzik hari ini adalah diasaskan oleh beliau.


        Manakala al-Khwarizmi sarjana Islam mengasaskan teori Algebra

dan nama tersebut digunakan hingga kini pelusuk muka bumi.400 tahun sebelum Graham Bell mencipta telefon,sarjana Islam telah mengasaskan teori dan teknologi telefon,namun ianya tidak disebut dalam buku sejarah moden demi menutup kebijaksanaan sarjana Islam.

               Wilbur Wright yang dikatakan pengasas kapal terbang 

pertama dunia sedangkan ratusan tahun sebelumnya Ibnu Nafisi rahimahullah dengan ciptaannya dan berjaya turun dari bangunan tinggi dengan selamat dan gunung tinggi melalui hasil ciptaannya.

        Buku sejarah moden dikarang oleh sarjana yang mahu menunjukkan

bangsa Eropah,Amerika dan sekufu mereka adalah bangsa yang hebat, pengasas pelbagai teknologi,hakikatnya ianya palsu dan pembohongan. Memang menghairankan buku sejarah Malaysia masih mengambil fakta palsu dari sarjana ,cendekiawan dan sejarawan PEMBOHONG!

        Ibnu Sina ialah Bapa Pemodenan Perubatan dan bukunya al-Qanun

Fittib diterjemahkan kepada ratusan bahasa dunia kerana tidak semua penduduk dunia memahami bahasa arab.Bahasa Arab menjadi bahasa antara bangsa dan sarjana bukan Islam dari Eropah,China dan lain-lain benua sanggup mempelajari bahasa Arab demi mendalami ilmu teknologi. Jutaan penduduk dunia menganut Islam pada zaman keemasan Islam kerna kagum dengan keperibadian mulia penganut Islam serta kagum dengan teknologi yang diasaskan dunia Islam.

        Ibnu Sina rahimahullah yang mengasaskan pembedahan dan pelbagai

teori dunia perubatan.Pemodenan dunia perubatan hari ini adalah hasil sumbangan Ibnu Sina dan sarjana Islam sebelumnya.Namun orang Islam sendiri tidak kenal siapa Ibnu Sina berbanding Mr Bean,pelawak terkenal melalui drama dan filem.





        Penjajah telah menjajah dunia Islam ratusan tahun.Melaka dijajah 

pada 1511,manakala Champa hilang dari peta dunia pada tahun 1832 Masehi.Dunia arab yang mengasaskan Khalifah dan melahirkan jutaan sarjana ditakluk oleh Perancis,British dan lain-lain.Ini berlaku kerana umat Islam leka dengan kekayaan,kemewahan dan menganggap musuh lemah dan tidak mampu menewaskan tamadun Islam.

        Apabila Khalifah Osmaniyyah runtuh pada 1924 Masehi,dunia

Islam mula kucar kacir dan bersengketa.Khalifah yang bermula dari tahun 1517 Masehi berjaya dikalahkan musuh dan dunia Islam mula lemah dan mundur.

        Negara haram ISRAEL lahir pada tahun 1948 dan tanah milik

warga Palestin dijajah hingga ke isinya tanpa rasa simpati.Ribuan warga Palestin syahid mempertahankan bumi Palestin sejak negara haram Israel lahir pada 1948 Masehi.

        Bukanlah niat menukar sembahyang kepada bersolat untuk

mengarabkan Melayu namun perkataan sembahyang mempunyai makna yang tidak baik.Justeru sewajarlah ianya ditukar dan buku-buku yang masih menggunakan perkataan sembahyang dihapuskan.Didik bangsa Melayu menggunakan solat dan bersolat.Perkataan solat dan bersolat adalah lebih sedap dan enak didengar.

        Jika bangsa Melayu boleh menggunakan perkataan masjid,tasbih,sujud,

tahajjud,doa,tasbih,sejadah dan lain-lain bahasa Arab dimelayukan,kenapa tidak boleh menukar sembahyang kepada bersolat???

        Malaysia dikenali dunia Islam sebagai negara Islam membangun 

yang banyak membantu dunia Islam.Ketika Bosnia dan Palestin diserang, Malaysia membantu dengan pelbagai cara.Malah apabila dunia ditimpa masalah seperti gempa bumi di Jepun dan perang saudara di Afrika, Malaysia tetap membantu walaupun bukan negara Islam.

        YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad ,Perdana Menteri Malaysia

ke tujuh sering mengajak negara-negara Islam bersatu agar menjadi sebuah dunia yang kuat dan saling bekerja sama.Namun suara beliau dipandang sepi dan negara Islam yang kaya raya masih tunduk dengan ugutan dan


nasihat Polis Dunia,Amerika.

        Mengubah perkataan buruk kepada baik adalah JIHAD.Jihad

tak semestinya melalui senjata dan peperangan kerana jihad ekonomi,jihad penulisan,jihad menghapuskan kemiskinan,jihad memakmurkan masjid, jihad mengekalkan adat dan budaya,jihad membasmi penyakit serius, jihad membersihkan negara,jihad memerangi dadah dan macam-macam jihad lagi.

        Manakala menukar perkataan sembahyang kepada bersolat adalah

juga jihad.Walaupun jihad kecil,namun ianya mempunyai makna besar dalam mengubah perkataan buruk kepada baik.

        Sabda Nabi SAW bermaksud “Barangsiapa yang menjalankan

sesuatu perkara yang baik,dia akan mendapat pahala orang yang mengikutnya hinggalah seterusnya”.

        Tepuk kepala,tanyalah di mana iman???

Terima kasih kerana membaca.

10 Ramadhan 2019