Perbincangan Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib6

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahagian yang berikut ini tertinggal oleh Master2841 tanpa sengaja (berdasarkan bukti-bukti yang nyata) apabila memulihkan perbuatan pelaku musnah pada 28 Julai 2006:


Hari ulang tahun pilihan[sunting sumber]

Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa saya akan menterjemahkan rencana "Hari ulang tahun pilihan" sehingga akhir bulan ini, iaitu 31 Julai 2006. Sebenarnya, saya tidak sanggup mengambil tanggungjawab ini tetapi cuma hendak membantu mengautomasikan rencana "Peristiwa dalam Hari Ini" serta menunjukkan bagaimana menggunakannya sahaja. Bagaimanapun, saya berasa tiada orang membacanya dan jika ada cadangan untuk menghapuskan rencana ini daripada Halaman Utama, saya berasa cadangan itu adalah baik juga dan harus diberikan pertimbangan yang wajar. — PM Poon 20:16, 2 Julai 2006 (UTC)[balas]

Saya bantah penghapusan sudut Peristiwa hari ini di Laman Utama kerana saya berpendapat ia memang merupakan sesuatu yang baik untuk Wikipedia Melayu ini. Paling mendalam, ia sedikit sebanyak mendidik pembaca tentang perkara yang berlaku pada hari yang sama dalam sejarah dan paling cetek, ia adalah tanda bahawa Wikipedia ini sentiasa terkini dan bukannya satu laman mati serta membantu mengekalkan satu format sudut-sudut empat segi yang menarik. Saya tidak pasti akan dakwaan akan "tiada pembaca" tetapi saya sebagai satu sentiasa memberi perhatian (meskipun bukan perhatian penuh) kepadanya. Namun sebagai memahami keadaan PM Poon, mengemaskinikannya dengan menterjemah daripada Wiki-En sentiasa adalah terlalu memenatkan. Tapi kalau ya pun, kenapa tak minta bantuan je? Saya boleh pikul sebahagian daripada bebannya. Berat sama dipikul,ringan sama dijinjinglah! Alistair 阿力斯特伊儿 03:39, 3 Julai 2006 (UTC)[balas]