Perbincangan Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Laman ini dijadikan sebagai arkib. Jika ada sebarang persoalan, harap gunakan laman Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain).

Interwiki

Saya telah menambah balik pautan interwiki kepada Wikipedia:Kedai Kopi. Nampaknya pautan-pautan ini tidak berfungsi jika dalam templat. Johnleemk 16:20, 13 Mac 2006 (UTC)

Mana yang lain?

Tahniah sebab perbaiki laman kedai kopi...tapi maklumat sebelum ini sepatutnya diarkibkan.. che 01:56, 1 Jun 2006 (UTC) ooopsss.ssaya silap ....ok teruskan.... che 01:57, 1 Jun 2006 (UTC)

Logo Java

Logo yang digunakan untuk halaman ini adalah logo Java dan menjadi hak cipta Sun Microsystems. Kenapa tak pakai logo lain? - Aviator 07:53, 22 Oktober 2006 (UTC)

Saya sokong. Yosri 09:08, 22 Oktober 2006 (UTC)

Mungkin kerana logo ini paling sesuai dengan laman kedai kopi. Tetapi tidak menghalang sekiranya ada imej lain. — Master2841 12:04, 22 Oktober 2006 (UTC)

Logo "secawan kopi" yang digunakan dalam laman kedai kopi ini tak sama dengan logo Java. Walaupun dua-dua guna logo cawan kopi, tapi reka bentuk logo Java adalah spesifik dan khusus. Rekaan itulah yang dihakciptakan sebagai logo rasmi Java. Hezery99 05:53, 17 Jun 2008 (UTC)
Logo sekarang memamng tidak sama. Logo dahulu ada iras2. ...Aurora... 08:14, 17 Jun 2008 (UTC)

Pengguna baru

Hai! Saya seorang pengguna baru dan ingin menyertai program penterjemahan untuk wikipedia. Sekarang saya sedang menterjemahkan Tsubasa: Reservoir Chronicle dan Kyo Kara Maoh!. Kalian dijemput untuk membantu saya menterjemahkan TRC. Bolehkah TRC turut disenaraikan dalam program penterjemahan? Saya telah menterjemahkan bahagian pengenalannya sahaja.- Rizius 16:02, 11 Januari 2007 (UTC)

Nampaknya anda telah jumpa Wikipedia:Rencana gotong-royong :) ...Aurora... 12:57, 12 Januari 2007 (UTC)

Kekurangan kepada jadual-jadual di Wikipedia Melayu

Saya dapati terdapat kekurangan dari segi appearance pada jadual-jadual di dalam Wikipedia Melayu jika dibandingkan dengan Wikipedia english. Jadual-jadual di Wikipedia Melayu tidak nampak seindah di Wikipedia English. Contohnya, tidak ada stail wikiclass di dalam wikipedia Melayu. Sesiapa boleh menciptanya? --Zack2007 12:22, 24 Januari 2007 (UTC)

Ia disebabkan kita tiada orang yang mahir CSS dan JS. ...Aurora... 13:01, 24 Januari 2007 (UTC)
Huhuhu, tak boleh copy and paste ajer? saya pun tak reti CSS dan JS. --Zack2007 13:04, 24 Januari 2007 (UTC)
Masalahnya, nak copy and paste yang mana satu? Ada banyak. Kalau salin semua takut nanti terkejut pula. Dan kalau ada masalah? ...Aurora... 13:10, 24 Januari 2007 (UTC)
Mungkin kita boleh minta pertolongan pakar-pakar dari Wikipedia lain (contohnya dari Wikipedia English atau Wikipedia Indonesia?)--Zack2007 00:43, 25 Januari 2007 (UTC)

"Kingdom" itu Kemaharajaan atau Kerajaan?

Saya kini tembak kaki sendiri, hehehe. Kalau nak patah balik, banyaknya rencana yang harus dibetulkan.

Pada suatu ketika dalam sejarah bahasa Melayu, iaitu pada dekad 1960-an, "Kingdom" diterjemahkan sebagai "Kemaharajaan", umpamanya "Kemaharajaan Sriwijaya". Walaupun Dewan Bahasa kini menggunakan "kerajaan", saya masih menggunakan istilah lama kerana perkataan "kerajaan" memberikan konotasi "government", baik ada raja mahupun tidak, umpamanya "Kerajaan Singapura" atau "Kerajaan Amerika Syarikat". Ini tidak menimbulkan sebarang masalah sehingga saya cuba menterjemahkan rencana "Three Kingdoms":

The term "Three Kingdoms" itself is somewhat of a mistranslation, since each state was eventually headed by an Emperor who claimed legitimate succession from the Han Dynasty, not by kings. Nevertheless the term has become standard among sinologists.

Walaupun demikian, logiknya memang boleh diterima. Jika ada maharaja, dipanggil kemaharajaan, jika ada raja, dipanggil kerajaan, tapi jika tidak ada raja, dipanggil ketakrajaan, hehehe. Mungkin pemerintahan merupakan terjemahan yang lebih tepat untuk "government". Bagaimanapun, saya bukannya ahli bahasa, saya cuma "ahli sajelah Cina", hehehe. — PM Poon 17:57, 28 Mac 2007 (UTC)


Mungkin anda tidak menyedari yang sebelum ini saya pernah membetulkan istilah "kemaharajaan" awak itu. Maharaja ialah "emperor", maka lazimnya maharaja mempunyai empayar sebagai suatu yang di bawah pemerintahannya. Kemaharajaan itu lebih kepada pengaruh yang berkaitan dengan maharaja berbanding suatu sistem pemerintahan. "Kingdom" sudah terang-terang mempunyai perkataan "king" iaitu raja dan bukan maharaja. Macam mana boleh dikaitkan maharaja? Govern boleh dirujuk juga pemerintahan. Disebabkan lazimnya raja yang mempunyai kekuasaan dalam pemerintahan, sesuatu pemerintahan itu boleh dikatakan kerajaan. Apapun, tak salah goverment digunakan untuk kerajaan dan pemerintahan kerana kedua-duanya digunakan. Erm, lebih kurang begitulah... Saya cuba terjemahkan yang awak berikan di atas.

Istilah "Tiga Kerajaan" itu sendiri adalah satu salah tafsiran, memandangkan setiap negeri diketuai oleh seorang Maharaja yang mendakwa bahawa mereka pewaris sah dari Dinasti Han, bukan oleh raja-raja. Walau bagaimanapun, istilah itu telah menjadi biasa dikalangan ahli pengkaji budaya Cina.Polar 21:38, 28 Mac 2007 (UTC)

Macam mana boleh dikaitkan maharaja?

Polar, anda berkata: "Kingdom" sudah terang-terang mempunyai perkataan "king" iaitu raja dan bukan maharaja. Macam mana boleh dikaitkan maharaja?" Namun saya nak tanya: Kerajaan terang-terang mempunyai perkataan "raja". Macam mana boleh dikaitkan pemerintahan tanpa raja? hehehe.

Mengikut kamus Bartleby.com, jika kawasan yang diperintah oleh seorang raja terdiri daripada banyak wilayah atau negara, raja itu dipanggil maharaja dan kawasan pemerintahannya dipanggil kemaharajaan. Istilah itu nampaknya jelas sehingga kita mula menyoal apakah takrif untuk "banyak wilayah". Jika seorang raja mengilhakkan tiga buah pulau kecil ke dalam wilayah penguasaannya, bolehkah dia kini dipanggil maharaja? Jika tidak, sehingga bilakah seorang raja baru dapat menjadi maharaja?

Wikipedia bahasa Inggeris mentakrifkan "Maharaja" sebagai:

Both kings and emperors are monarchs. There is no single rule to distinguish the one from the other; several factors, like interpretations of historians, the size and characteristics of the governed realm, and the title(s) chosen by the monarch play a part in distinguishing the one from the other.

Sebenarnya Yang Dipertuan Agung Malaysia ialah Maharaja Empayar Malaysia kerana baginda menguasai 14 buah wilayah. Oleh itu, saya berasa bahawa perkaitan antara maharaja dan raja adalah jauh lebih rapat, berbanding raja dengan presiden. Bagi saya, istilah dekad 1960-an yang menterjemahkan "kingdom" sebagai "kemaharajaan" kelihatan lebih masuk akal, berbanding dengan istilah baru yang telah mempergunakan "kerajaan" untuk "government". Walaupun demikian, saya bukan ahli bahasa dan oleh itu, kena ikut ahli bahasa, hehehe. — PM Poon 00:46, 29 Mac 2007 (UTC)

Kalau tak silap saya, "Maharaja/Sultan" = Bahasa Hindustan, "King/Your Majesty/Your Highness" = English, "Raja/Sultan/Yang dipertuan Agung" = Bahasa Malaysia. Bukankah semuanya sama? - Jay 01:10, 29 Mac 2007 (UTC)

Kes ini sepatutnya hitam putih:

  • jika di bawah maharaja: Kemaharajaan atau empayar
  • jika di bawah raja: Kerajaan
  • jika di bawah presiden: Kepresidenan
  • secara umum: Pemerintahan, pentadbiran, gomen, hehehe

Akan tetapi pakar bahasa dah bakar bahasa. Macam sate hangus sehingga kerajaan tanpa raja juga dipanggil kerajaan.


"Akan tetapi pakar bahasa dah bakar bahasa." Betul tu, 10000% setuju. Saya ada hantar surat rasmi kepada 33 pegawai di DBP termasuk pengarah bahagian bahasa dan Ketua Pengarah DBP sendiri mengenai "kesilapan" BESAR bahasa untuk genre muzik. Tapi diorang buat tak layan aje. Bila telefon, diorang pun tak boleh jawab, mereka bagi alasan yang "kami kurang arif" atau "penjelasan kami adalah umum bukan spesifik". Kalau kurang arif, ARIFkan lah, bukan tutup mata dan buat terjemahan sesuka hati! Apa nak buat, kita nak mempertabatkan bahasa kita, diorang ikut sedap kepala sahaja. Kalau ada orang - orang DBP baca ni, saya tak kisah. Surat rasmi saya ditujukan kepada En Firdaus Abdullah (Ketua Pengarah) sendiri. Surat rasmi dihantar kepada 33 orang, satu pun tak balas! Saya bukan nak buat kurang ajar, tapi saya terfikir untuk spam mereka (hantar surat yang sama melalui emel setiap hari) sehingga mereka menberi penjelasan mengapa mereka terjemahkan sedemikian. Saya nak minta forum dengan pakar bahasa dari universiti-universiti tempatan dan pakar muzik tanahair dan luar negara. Selagi benda ini tidak selesai, saya tak akan duduk diam. Malaysia boleh! Atau mungkin "tidak boleh" - Jay 03:50, 29 Mac 2007 (UTC)

Melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959, DBP dinaikkan taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi untuk menggubal dasarnya yang khusus:

  • menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan
  • menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku yang serupa dengan sektor swasta. (petikan daripada rencana Dewan Bahasa dan Pustaka)

Tahulah antara dua matlamat di atas, apakah penekanan DBP? Matlamat pertama ialah matlamat hiasan (untung kosong dan oleh itu cakap kosong). Matlamat kedua.... wahhh, $$$$$$$$$.

Jika anda nak tempah 1,000 naskhah buku, anda pasti akan dapat layanan serta merta. Setiap kali, saya telefon kepada DBP Johor Bahru tentang kursus, jawapan mereka sama sahaja. "Pengarah takde." Singkat dan cekap! Tak kan tiap-tiap hari pun tak ada. Makan ular atau apa? Sehingga tak boleh tahan lagi, saya ke pejabat mereka. Yang melayan saya ialah security guard di tingkat bawah. Yang lain semua berkurung di atas tingkat ketiga dan tak nak melayan sehingga saya naik berahi, hehehe.

Bagi saya, DBP sudah terlupa peranan mereka yang sebenar dan kini giat bersaing dengan penerbit-penerbit swasta yang lain untuk keuntungan sahaja. Bagi saya, saya tak nak buang masa dengan penjual kamus itu lagi, hehehe. — 17:05, 29 Mac 2007 (UTC)


Mengikut kefahaman saya, Yang Dipertuan Agung Malaysia bukanlah Maharaja Empayar Malaysia, kerana ia hanyalah dilantik menurut giliran, dalam peranan sebagai jurucakap. Lebih kepada High King. Pembentukan Malaysia bukanlah bererti penggabungan sepenuhnya, kerana setiap negeri mengekalkan sebahagian kedaulatan masing-masing seperti pentakbiran air, perundangan Islam dll. Yosri 00:46, 30 Mac 2007 (UTC)

Saya bersetuju dengan Yosri. Ini adalah kerana Yang Dipertuan Agong sendiri tidak mempunyai kuasa yang mutlak. YDA sendiri tidak berhak menolak undang-undang yang digubal, dan hanya dapat melambatkannya sahaja. Maharaja lebih kepada raja mutlak, yang maha bermaksud terhebat, tertinggi. Dan saya juga ada soalan yang menarik, bagaimana pula dengan Kerajaan Republik, seperti indonesia. Mengikut Plato, dari abad ke-17 Republik bermaksud negara tiada beraja. Boleh sesiapa menerangkan ini? --Kekacang 18:30, 3 April 2008 (UTC)

Dalam Bahasa Indonesia, mereka menggunakan istilah "pemerintah" dan bukan "kerajaan", barangkali bersesuaian dengan statusnya sebagai sebuah negara republik. Oleh kerana Malaysia secara umumnya beraja walaupun terdapat beberapa negeri yang tiada sultan, istilah "kerajaan" adalah lebih sinonim kepada kita. Sebab itulah kita menggunakan istilah "kerajaan" bagi merujuk kepada mana-mana institusi pemerintahan sesuatu negara, walaupun di negara republik sekalipun. Tentang istilah "maharaja" pula, saya ingin mengingatkan semua bahawa Maharaja Jepun tidak berkuasa mutlak; Jepun merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang dibawa hasil Pemulihan Meiji. Hezery99 02:44, 3 Julai 2008 (UTC)

Halaman utama tak fresh

Kenapa halaman utama tak diupdate lagi ya? Berapa kerap kita update halaman utama selalunya? -- Arjuna 01:59, 25 Ogos 2007 (UTC)

Lihat Perbualan:Laman Utama. ...Aurora... 15:35, 25 Ogos 2007 (UTC)

Sila semak kerja Syed Azaharul

Kepada para penyelia, bila ada masa, tolonglah semak kerja-kerja Pengguna:Syed Azaharul kerana semuanya adalah dicopy/paste bulat-bulat dari laman di website atau Wiki Indonesia. Terima kasih - Jay 08:23, 24 Disember 2007 (UTC)

Helo, kan cakap di Kedai Kopi lebih baik? Sini hanya utk bincangkan tentang laman Kedai Kopi sendiri saja, bukan usul lain. Lagipun anda sudah minta dia jgn buat lagi, anda awasi dia. Dan tentang kandungan dari Wikipedia Bahasa Indonesia pula, dia cuma mesti betulkan rencana ke dlm Bahasa Melayu DBP saja. --אדםוןד ואודס, King Edmund of The Woods 15:54, 24 Disember 2007 (UTC)

Baiklah, saya tidak akan buat begitu lagi..... --Pengguna:Syed Azaharul

Arkib

Sebahagian daripada topik perbincangan dalam laman projek ini telah diarkibkan dalam Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain)/Arkib/2008. Diharap sesiapa boleh mengubah suai pengatas laman projek ini dan meletakkan pautan ke ke laman arkib tesebut.—Aviator, 09:55, 29 September 2008 (UTC)

  • Yes check.svg Beres. Kalau ada masalah beritahu saya. Kalau lebih suka reka bentuk yang dulu, saya boleh ubahkan. Tapi kedudukan kotak arkib saya tidak ada idea. Haha kurkur 23:18, 29 September 2008 (UTC)