Perbincangan Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Adikhebat sebagai penyelia 7 November 2008

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Komen balas terhadap komen Zamwan[sunting sumber]

Saya pun berumur 13 tahun dan bergelar penyelia yang aktif di Wikipedia ini. Ironinya, saya masih dapat mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik di sekolah. Jangan beranggapan golongan belia tiada kebolehan luar biasa ye. — Didie (bincang) 15:32, 9 November 2008 (UTC)[balas]

Saya setuju dengan pendapat saudara Didie. Walaupun beliau hanya berumur 13 tahun tetapi beliau amat berdedikasi di sekolah mahupun dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Dengan usia sebegini pun status beliau sebagai penyelia adalah lebih kanan daripada saya walaupun usia saya sekarang 26 tahun. Dengan kata lain, usia tidak menjadi penghalang untuk menjadi penyelia sebaliknya komitmen serta dedikasi adalah lebih penting. - Hezery99 (bincang) 03:18, 10 November 2008 (UTC)[balas]
Bagi saya kematangan adalah jauh lebih penting. Kalaupun yang berkenaan berumur muda tapi kematangannya ada, layaklah, sebaliknya saya rasa tunggu saja dia matang. Saya belum undi lagi, anggap saya berkecuali. Sebabnya sama dengan yang saya nyatakan di pengundian Izudin. Kalaulah nanti Adikhebat bergelar penyelia, saya mohon tukarlah gaya bahasanya ya? Semoga berjaya. kurkur 03:41, 10 November 2008 (UTC)[balas]
Dulu saya pun tak tau Didie begitu muda, sangka dia lebih tua daripada saya. Kelakuannya jauh lebih matang daripada umur sebenarnya. Susah nak bayangkan Dide mula menjadi penyelia sejak 11 tahun! Jadi umur langsung bukan masalah, asalkan dia melakukan tugasnya mengikut peraturan. By the way Wikipedia Bahasa Inggeris juga ada penyelia yang hanya berumur 13 tahun. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 04:12, 10 November 2008 (UTC)[balas]
Didie, undian saya terhadap beliau berdasarkan pengamatan saya ke atas anda dan beliau setelah beberapa lama. Saya mempunyai beberapa kriteria yang tertentu dalam memberikan undian "sokong", antaranya adalah kematangan (dalam membuat keputusan dan emosi) serta jumlah sumbangan (bukan suntingan) artikel (perlukah saya nyatakan secara terperinci di sini?). Saya tidak pernah menganggap golongan belia tidak ada kebolehan luar biasa (saya secara serius tidak suka akan kenyataan ini - anda sering kali cepat membuat anggapan salah/"jump to conclusion" terhadap komen pengguna-pengguna lain). Saya tahu beliau amat popular di Kedai Kopi dan komuniti WK. Saya ingin bertanya, adakah anda semua telah membuat analisa ke atas sumbangan artikel dan statistik beliau? Nampaknya, walaupun undian membantah hanya saya seorang tetapi telah mengundang komen2 yang amat membina :). Sebelum saya berundur (kerana saya amat jarang memberi komen); seseorang hanya dikira sebagai cemerlang dalam akademik setelah mereka menggenggam segulung ijazah. Zamwan (bincang) 04:46, 10 November 2008 (UTC)[balas]
Zamwan, anda meremehkan belia, jangan kerja dekat Kementerian Belia dan Sukan!. Awak sendiripun belia ape tua ape dewasa ape remaja? Muhraz (bincang) 05:11, 10 November 2008 (UTC)[balas]

Cakap biar sopan. Ini mencerminkan kebidaban anda di dunia realiti. Saya harap ada pengguna yang mengambil iktibar. Kita semua harus hormati pendapat sdra. Zamwan. Ini kerana pada hematnya, remaja seperti Adikhebat belum matang. Tidak salah dia beranggapan begitu. Lihat saja Edmund, walaupun berusia 18 tahun, dia telah membuat perkara kebudak-budakkan. Maaf ya Edmund, hanya mengambil iktibar. PuteraLuqman Tunku Andre 06:46, 10 November 2008 (UTC)[balas]

Takpe. Btw saya 19 tahun (lagi teruk :-P) --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 14:46, 11 November 2008 (UTC)[balas]
Bagi saya umur bukan memainkan peranan utama dalam menjadi penyelia wikipedia ini. Bagi saya perjuangan untuk kebaikan wikipedia khususnya Wikipedia bahasa melayu adalah lebih penting. Jika seseorang itu berumur 10 tahun dan telah banyak menyumbang idea - idea positif, rencana dan sebagainya dan ingin menjadi penyelia, apa salahnya. Yang penting ianya membawa kebaikan semua. Penulis (bincang) 06:09, 11 November 2008 (UTC) <--- juga ingin menjadi penyelia suatu hari nanti, dalam proses memahami wikipedia. ; )[balas]
Setiap orang berhak mempunyai pandangan sendiri. ...Aurora... (bincang) 14:35, 20 November 2008 (UTC)[balas]