Pergi ke kandungan

Perbincangan Wikipedia:Pertemuan/Brunei Darussalam 1

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Tambah topik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mengenal Ajaran Millah Abraham


Mukadimah

Millah Abraham @ Ibrahim, bermaksud ajaran Tuhan Yang Maha Esa yang diwahyukan kepada Nabi Ibrahim as kemudian diwariskan kepada keturunan yang tidak menzalimi diri. Ajaran Tuhan yang diwahyukan itu menyangkut hal seperti berikut:

1.Keimanan tauhid kepada Tuhan Yang Maha Esa. 2.Ibadah hanya kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan sanggup mengorbankan harta dan diri di Jalan Allah. 3.Hukum @ syariat, dengan melaksanakan seluruh hukum-hukum atau syariat di dalam menegakkan Din Allah, Ad-din Al-Islam di dalam kehidupan manusia seluruhnya.

Tiga hal di atas merupakan perkara yang pasti akan terlihat apabila kita meneliti sejarah hidup Nabi Ibrahim @ Abraham sebagai Rasul Allah sehingga siapa pun pasti akan dapat mencontohi bagaimana Nabi Ibrahim beriman, beribadah dan melaksanakan hukum atau syariat yang telah ditetapkan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Maksudnya, bagaimana konsep Nabi Ibrahim @ Abraham beriman kepada Tuhan, begitulah hari ini kita beriman. Bagaimana konsep Nabi Ibrahim @ Abraham beribadah kepada Tuhan, begitulah hari ini kita beribadah. Bagaimana konsep Nabi Ibrahim @ Abraham mematuhi dan melaksanakan hukum-hukum atau syariat Allah, begitulah hari ini kita hidup berhukum dan bersyariat.

Seluruh kisah perjalanan hidup Nabi Ibrahim @ Abraham tidak dapat dipisahkan daripada tiga perkara tersebut (keimanan, ibadah, syariat hukum). Kerana inilah tiga perkara yang utama dan sangat penting serta perlu diberi perhatian, ditelitikan sehingga dapat diaplikasikan dan diterapkan ke dalam kehidupan hari ini.

Apabila membicarakan hal keimanan, ibadah dan hukum @ syariat, sebenarnya ia adalah sesuatu yang fitrahnya manusia. Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan memurnikan ketaatannya kepada Allah, adalah fitrahnya manusia, termasuk juga hal ibadah dan hukum @ syariat. Jika ini sudah benar jalannya, pasti kehidupan manusia itu akan mendapat berkat baik secara peribadi, keluarga mahupun komuniti. Malah berkat dari Tuhan Yang Maha Esa itu, untuk manusia seluruhnya tanpa mengira siapa pun, di mana dia berada dan tidak dibatasi dengan waktu.

Justeru itu, apa yang dimaksud dengan Millah Abraham @ Ibrahim adalah Ajaran Tuhan Yang Maha Esa yang diberikan kepada Nabi Ibrahim @ Abraham yang di dalamnya menyangkut hal keimanan, ibadah/pengabdian seorang manusia selaku hamba dan hukum-hukum atau syariat. Jika seseorang manusia ingin menjadi hamba Allah yang sejati dan patuh kepada segala kehendak dan perintah Tuhan Yang Maha Esa, maka dia harus beriman, beribadah dan berhukum atau bersyariat sepertinya Nabi Ibrahim @ Abraham. Belum murni keimanan seseorang kalau belum beriman sepertinya Nabi Ibrahim beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Mari sama-sama kita teliti beberapa Firman Tuhan berikut ini:


Surah An Nahl 16 ayat 120:

Inna ibraahiima kaana ummatan qaanitan lillaahi haniifan walam yaku mina al-musyrikiina

Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan), Surah An Nisa’ 4 ayat 125:


Wa man ahsanu diinan-mimman aslama wajhahuu lillaahi wahuwa muhsinun-wattaba’a millata ibraahiima haniifaa(n), wattakhazallaahu ibraahiima khaliilaa(n).

Dan siapakah yang lebih baik diin-nya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti Millah Ibrahim yang hanif? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.

Selain daripada Firman Tuhan di atas yang terdapat di dalam Al-Quran, banyak lagi firman-firman yang berkisar tentang Nabi Ibrahim @ Abraham sehingga dapat dijadikan usawatun hasanah di dalam kehidupan hari ini. Firman Tuhan dari Surah An-Nahl ayat 120 yang telah dikongsi tadi, menjelaskan bahawa Nabi Ibrahim @ Abraham dapat dijadikan imam bagi manusia, manakala pada Firman Tuhan Surah An-Nisa ayat 125 pula menjelaskan tentang AD-DIN yang ahsanu itu adalah Millah Abraham @ Ibrahim, kerana di dalamnya ada aslama-yuslimu dan ahsana-yuhsinu, sehingga Allah menjadikan Nabi Ibrahim @ Abraham (khalilaa) kesayangan-NYA.


Bagaimana harus kita mulai? Petunjuk adalah hak prerogatif Tuhan Yang Maha Esa, sehingga seorang manusia tidak boleh mempertikaikan atau mengatakan seseorang itu beriman atau tidak beriman atau imannya benar atau tidak benar. Hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang tahu apakah seseorang manusia itu beriman atau tidak kepada-NYA. Namun demikian, di dalam kitab suci Al-Quran terdapat kaedah dan uswatun hasanah, bagaimana untuk setiap manusia menjadi orang beriman dengan memurnikan ketaatannya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Oleh itu, jika diskusi atau dialoq berkaitan hal keimanan, ibadah dan hukum @ syariat, ianya harus berdasarkan ilmu yang bersumberkan dari Kitab Suci Al-Quran.

Penulis: Broga

Mulakan perbincangan berkaitan Wikipedia:Pertemuan/Brunei Darussalam 1

Mulakan perbincangan