Perbincangan Wikipedia:WikiProjek Filem/Penilaian

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penilaian rencana filem.[sunting sumber]

Saya ingin tahu apa kriteria penilaian filem, dan cara ia dinilai. Adakah penilaian menurut subjektif atau objektif. Saya cadangkan penilaian dilakukan secara objektif menurut kriteria berikut :-

  • Rendah - Hanya mempunyai maklumat mengenai judul, tahun.
  • Serdahana - Mempunyai maklumat mengenai judul, tahun, pelakon, muzik.
  • Biasa - Mempunyai maklumat mengenai judul, tahun, pelakon, muzik, plot, dan rujukan.
  • Baik - Mempunyai maklumat mengenai judul, tahun, pelakon, muzik, plot, rujukan dan pencapaian.
  • Amat Baik - Mempunyai maklumat mengenai judul, tahun, pelakon, muzik, plot, rujukan, pencapaian, dan maklumat tambahan lain yang difikirkan berguna.

Ini kerana sebagai ensiklopedia, maklumat lebih dipentingkan. Mutu penulisan boleh menggunakan template bagi memastikan setiap rencana memiliki mutu piwaian (Quality standardization). Selain itu penilaian objekif akan menyingkir penilaian subjektif, berat sebelah, atau menurut emosi. Yosri (bincang) 10:50, 2 November 2008 (UTC)[balas]

Ikut saja skema sedia ada. Untuk lebih detail lihat en:Wikipedia:WikiProject_Films/Assessment#Quality_scale niduzzi 11:00, 2 November 2008 (UTC)[balas]
Dengan itu saya cadangkan satu rencana filem terbaik digunakan sebagai template dan maklumat piwaian digantikan dengan maklumat khusus bagi setiap filem menurut template rencana terbaik. Ini memastikan kualiti filem adalah sama rata dan piwaian. Selain itu penilaian dilakukan secara berdua, satu pencadang dan satu penyokong sebagai check and balance. Di Wiki Inggeris, ia dilakukan oleh assessment department Yosri (bincang) 11:15, 2 November 2008 (UTC)[balas]
Buat masa ni hanya filem Star Wars dan Cicak-Man yang menjadi rencana pilihan. Itu pun kualitinya boleh dipersoalkan. niduzzi 11:22, 2 November 2008 (UTC)[balas]
Munkin boleh dicalonkan sebagai projek usahasama menulis satu rencana mengenai filem terbaik, dan seterusnya digunakan sebagai template. Saya pasti dengan terhasinya template piwaian, banyak rencana filem bermutu mampu dipertingkatkan dengan banyaknya, dengan usaha minima. Yosri (bincang) 11:30, 2 November 2008 (UTC)[balas]
Boleh saja. niduzzi 16:02, 2 November 2008 (UTC)[balas]